TIMBALAN PRESIDENT PAS: MAT SABU VS NASHARUDIN

BLogTips
0

PROFILE MAT SABU

Di awal penglibatannya dengan gerakan Islam, pemikiran Hj. Mohamad banyak dibentuk oleh pemimpin-pemimpin dan pembimbing-pembimbing yang terpengaruh dengan Ikhwan Muslimin. Berikutan pengalamannya berinteraksi dengan beberapa tokoh Ikhwan, Hj. Mohamad meneruskan pencarian dalam membentuk pemikiran politiknya. Beliau membaca dan mengkaji hasil tulisan tokoh-tokoh seperti Imam Khomeini, Ayatullah Mutahhari, Ali Shariati, Kalim Siddiqui, Muhammad Al-Asi, Jalaluddin Rachmat dan banyak lagi tokoh yang lain-lain. Di antara kalangan tokoh-tokoh tempatan pula, pemikiran dan pandangan Syed Naquib Al-Attas dan Tan Sri Musa Hitam menarik perhatian beliau.
NAK TAHU LEBIH LANJUT..KLIK DISINI.....



PROFILE USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Ustaz Nasharudin mendekati PAS mulai tahun 1984 iaitu sewaktu beliau menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM) dan universiti di luar negara. Sewaktu menuntut di India, beliau terus mendapat kefahaman PAS dengan lebih serius, terutama apabila sering dikunjungi pimpinan-pimpinan PAS Pusat. Ketika belajar di Jordan, beliau mewujudkan us-rah dan menggunakan kaedah teks yang digunakan oleh ahli PAS.
Apabila beliau balik ke Malaysia tahun 1993, Ustaz Nasharudin terus dilantik menjadi AJK Lajnah Tarbiyyah dan Antarabangsa PAS Pusat. Kemudian Ustaz Nasha-rudin terus dipilih menjadi AJK Dewan Pemuda PAS Pusat selama 2 penggal dan seterusnya diamanahkan memegang jawatan Setiausaha Agung PAS Pusat, sehingga beliau sanggup meninggalkan jawatan Pensyarah Fakulti Undang-undang di UKM. 
NAK TAHU LEBIH LANJUT..KLIK DISINI 

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)