Tips Menulis Iklan Yang Mantap


Iklan terbaik adalah iklan yang relevan untuk audiens target dan ditulis menggunakan kata yang jelas dan mengesankan:
  • Pilih kata yang menarik perhatian audiens target Anda. LinkedIn digunakan dengan cara yang berbeda dari situs web lainnya -- saat Anda membuat iklan, anggap diri Anda sebagai audiens.
  • Timbulkan rasa ingin tahu agar audiens iklan mengklik iklan Anda, dengan menawarkan penawaran istimewa, keuntungan unik, uji coba gratis, atau demo.
  • Gunakan frasa yang mendorong audiens untuk bertindak sekarang seperti Coba,DownloadDaftar, atau Minta Perkiraan Harga.
  • Gunakan gambar yang relevan dengan produk atau layanan yang Anda tawarkan. Halaman situs LinkedIn memiliki latar belakang berwarna putih, jadi gambar yang memiliki warna yang cerah dan cemerlang akan menarik perhatian audiens Anda. Ukuran maksimal gambar adalah 50 pixel (lebar) x 50 pixel (tinggi).
  • Review Panduan Iklan untuk detail lebih lanjut mengenai himbauan dan larangan.
Tips: Perhatikan Rasio Klik Per Tayang (CTR) Anda - Pada umumnya rasio klik per tayang akan menurun jika Anda terus menayangkan iklan yang sama. Sebaiknya Anda mengganti iklan setidaknya satu kali setiap bulandengan teks dan gambar baru.
  Efektif

  Kurang Efektif

Beberapa hal yang efektif:
  • Judul memberi deskripsi yang jelas mengenai produk atau layanan yang ditawarkan. Sebagai variasi, Anda dapat menggunakan pertanyaan yang ditujukan kepada audiens sebagai judul.
  • Deskripsi yang jelas mengenai keuntungan produk/layanan dan dorongan untuk bertindak sekarang.
Beberapa hal yang dapat ditingkatkan::
  • Logo dan teks dalam logo terlalu kecil dan tidak mudah dibaca.
  • Nama perusahaan digunakan sebagai judul dan bukan kata atau frasa yang menjelaskan produk/layanan atau keuntungan utama dari produk/layanan tersebut.
  • Deskripsi tidak menggunakan kalimat lengkap atau tanda baca yang benar.
  Efektif

  Kurang Efektif

Beberapa Hal yang Efektif:
  • Judul iklan menggunakan bahasa yang relevan dan dikenal oleh audiens target.
  • Iklan ini memiliki deskripsi yang jelas mengenai siapa yang dapat memanfaatkan produk ini dan iklan ini menawarkan uji coba gratis.
Baca lagi disini
Beberapa hal yang dapat ditingkatkan:
  • Judul iklan menggunakan frasa umum yang tidak membedakan dari produk atau layanan lainnya atau menarik perhatian audiens target.
  • Gambar yang digunakan tidak berhubungan dengan produk atau layanan yang diiklankan.

Anak Derhaka Disumpah Menjadi Batu


Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.
Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je.

Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.
Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.

Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.
Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.
Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.
Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah. Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"
Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.
Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.
Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.
Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila.
Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.
Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.
Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku.

Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah. Kami banyak buat salah pada ayah". Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka.
Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.
-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik.
Karyawan Bisu

Timbalan Presiden Pas: Najib Salah Langkah Lagi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tersilap langkah lagi apabila beliau sendiri yang menerangkan skop siasatan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki beliau.
“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” – Kenyataan PM, 8 Julai 2015
Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya.
Tindakan ini lebih buruk daripada hakikat bahawa empat individu yang mengetuai pasukan siasatan ini iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, and Bank Negara governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekerja di bawah beliau.
Oleh itu, PAS sekali menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih. Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar.
Najib berulang kali menegaskan beliau tidak mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Ada dua isu fokus yang masih belum dijawab dengan kenyataan di atas – apakah ada dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun-akaun yang didakwa milik beliau? Jika ya, untuk kepentingan siapa, jika Najib bercakap benar bahawa ia bukan kepentingan diri sendiri?
Oleh itu, skop siasatan Pasukan Petugas Khas bukan sahaja perlu menentukan samada kebenaran dakwaan samada ada dana 1MDB yang dimasukkan ke akaun-akaun bank yang didakwa milik Najib – malah pasukan ini juga harus menentukan ke manakah dana itu disalurkan seterusnya daripada akaun-akaun bank tersebut.
Apakah ada cek-cek yang dikeluarkan daripada akaun-akaun tersebut, dan siapa penerimanya untuk kepentingan siapa? Diharap siasatan dapat diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan negara dan rakyat terus berada dalam keadaan gawat dan kebimbangan. Atas ini, selain menyerbu pejabat 1MDB, PAS mencadangkan agar akaun 1MDB juga dapat dibekukan untuk membantu mempercepatkan siasatan.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
9 Julai 2015

Budaya Melayu: Cara Ikat Sampin Turun Temurun


Sampin adalah perkara wajib bagi masyarakat melayu semasa menyambut hari raya. Terdapat pelbagai nama dan kaedah untuk mengikat sampin.

Pastikan anda belajar supaya penampilan di hari raya nanti boleh mencairkan hati awek awek nanti.

Gunakan peluang ini untuk memikat bakal mertua anda. Kalu nasib baik, mertua bagi lesen untuk bawak girl fren keluar nanti. Untung sabut timbul, untung btu tenggelam.

Selamat mencuba ya!!!.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...