APABILA RAKYAT SENDIRI MENGEMIS DI NEGERI PKR

Tags


Sedihnya,
Sampai je dekat stor,terus je nampak kau kat situ,
Hampir 5 minit aku duduk atas motor sambil melihat kau,
Dalam hati berkata "betul ke ape aku tengok ni?",
Bila aku pergi dekat.sah memang kau,
Tapi kenapa sampai teruk macam ni?,
Showcase pecah,tiang dah terbuka,canvas bumbung dah rupa macam kena campak,dapur tah ke mana,

Sedihnya,
Dulu masa sy apply lesen kat awak,
Awak tak luluskan,
Lepas tu awak datang stall & tampal notis suruh tutup perniagaan dalam masa 3 hari,
Sy terus call pejabat awak & awak kata "berniagalah,tapi lepas niaga kena clearkan stall",
Sy akur sebab sy masih ingin berniaga,
3 hari sy tolak stall sy simpan lepas niaga,
Tapi sy tak larat tolak sorang²,
Tangan sy tak kuat akibat dari kemalangan 2 tahun lepas yg menyebabkan tulang sy hancur,
Jadi sy ambil keputusan untuk call awak lagi,
Awak kata "kalau camtu,kena hati kering la bang.kalau kami datang nak sita abg bagi je.nanti boleh tuntut balik.",
Sy akur sebab sy masih ingin berniaga,

Sedihnya,
2 minggu lepas awak datang untuk sita stall sy disebabkan operasi di bangi,
Sy takde kat stall waktu tu,
Jadi awak ambil stall sy,
Sy akur sebab memang salah sy berniaga tanpa lesen dan stall tu sy letak di tempat awam,
Ni pengalaman kedua stall sy disita,
Jadi sy tak menaruh rasa curiga yg awak akan rosakkan stall sy sebab sy percaya awak akan angkat elok-elok,
Sebelum ni pon elok je awak angkat kan?,

Sedihnya,
Semalam sy pergi ke pejabat awak untuk bayar kompaun & kos sita TANPA sy dapat melihat stall sy dulu,
Sebab lagipun sy tau awak akan jaga stall sy tu elok-elok,
Dah settle semua,sy pon pergi ke stor & tengok keadaan macam ni,
Siapa yg tak sedih?,
Sy beli guna duit dengan niat nak berniaga,
Sy tak salahkan awak sebab awak buat kerja,
Tapi tolong la jaga elok-elok masa angkut tu,
Jangan la buat sambil lewa sebab awak tau yg owner akan datang tuntut,
Kalau tak tuntut pun,awak boleh lelong,
Jadi tak salah kalau buat kerja elok-elok kan?,
Sekali lagi sy akur kesalahan sy kerana berniaga tanpa lesen,
Tapi sy tak ganggu awak nak angkut stall sy,
Jadi kenapa tak angkat elok-elok?,
Sy tau awak penat,
Tapi kena pikir juga sy pon penat turun naik pejabat awak,
Kena cari lori untuk angkat balik,
Penat sy cari duit nak beli stall tu,
Penat sy nak cari duit untuk hidup zaman sekarang ni.

Sedihnya,
Sy harap pihak awak dapat jadikan ini sebagai cabaran untuk awak lebih mengutamakan kualiti kerja,
Jangan buat kerja sekadar buat je,
Kena selalu fikirkan perasaan orang,
Mungkin kebanyakan dari kami peniaga-peniaga kecil ni tak marah awak nak sita,
Tapi tolong la jaga barang kami,
Walaupon barang tu tak mahal,
Tapi semua tu periuk nasi kami.

Luahan hati kecil,sabar itu separuh daripada iman.

#mpkj #penguatkuasa #bandarbarubangi #bangi
c/p fb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...