CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE

Tags

CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE

Bahan-bahan :

(saiz loyang springform 23cm/9in)

Bahan:
A:
200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat
120gm butter ~ cairkan

B:
30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml dairy whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappuccino emulco
1 sudu kecil chocolate emulco

Cara:
A:

Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati
Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:
Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C:

Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)

Ketepikan.

Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.

Masukkan yogurt dan adunan gelatin.

Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.

Kacau dengan spatula hingga sebati.

Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau.

Satu bahagian lagi dimasukkan cappuccino emulco. Kacau hingga sebati.

Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.

Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.

Keluarkan dan tuangkan adunan cappuccino keatasnya dan ratakan.

Titikan sedikit cappuccino emulco keatasnya dan buatlah corak marble.

Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.

Kemudian bolehlah dihidangkan.

* cappucinno dan chocolate emulco boleh dibeli di kedai bahan2 baking ...
 
 c/p
Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...