KESILAPAN BIASA PELABUR MELAYU


7 KESILAPAN LAZIM SEBELUM MELABUR

1. Tidak menitikberatkan soal margin keuntungan. Yang difokus hanya dalam bentuk currency. Ini akan menyebabkan kerugian diluar jangka atau jika untung, tidak dapat memaksimumkan keuntungan.

2. Mendapat nasihat dari mereka yang tak pernah melabur. Tiba-tiba orang yang kita kenali yang mana selama ini kita ketahui tidak gemar melabur tiba-tiba terlampau excited untuk melabur malah menyarankan kita untuk melabur.

3. Mengamalkan intraday trading atau short term investment tanpa ilmu, power, speed dan kegagalan mengawal emosi. Ini boleh menyebabkan kita kerugian teruk.

4. Sentiasa beranggapan harga tengah murah maka eloklah dibeli. Harus berhati-hati. Jangan mudah terperangkap dengan situasi ini. Hartanah atau saham memiliki kenaikan yang hampir serupa tahun lepas. Jika penurunan berlaku pada tahun ini, kemungkinan besar ia hanya kembali kepada fundamental value.

5. Merendahkan keupayaan diri sendiri. Kenapa? Sebab kita sering beranggapan orang yang melabur ini adalah orang yang kaya-kaya. Kita silap. Tak kira miskin atau kaya, kita perlukan pelaburan. Pelaburan adalah untuk memastikan wang yang kita kumpul tidak terperap begitu sahaja tanpa sebarang appreciation.

6. Apabila nak melabur kita terlepas pandang skop yang lebih besar. Brand developer atau saham memainkan peranan penting. Kita tentu masih ingat berapa banyak projek-projek tergendala semasa kegawatan lalu. Oleh itu carilah developer atau saham yang berjenama. Mungkin mahal sedikit tetapi dapat mengurangkan risiko kerugian.

7. Tidak dapat menerima kegagalan. Gagal merupakan resam dalam pelaburan dan perniagaan. Belum pernah saya jumpa orang yang tidak pernah gagal didalam pelaburan atau perniagaan. Kegagalan adalah guru yang amat bermakna untuk kita terus berjaya asalkan tidak patah semangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...