RESEPI FROZEN NUGGET AYAM BERSAYUR

Tags

Buat stok frozen nugget ayam bersayur untuk anak-anak sekolah☺

Sedap tau😉

Hehehehe..maaf tertido plak.. ok bawah nie resepi ya



BAHAN A:
1 pek besar Ayam kisar (jenama apa2 pun boleh)
2 cawan tepung jagung (nak guna tepung gandum pun boleh, tapi nugget keras sikit dan kurang sedap)
Serbuk lada hitam (sedikit)
Serbuk bawang putih (sedikit) @Garlic powder
Daun sup
Daun ketumbar
Sayur (pilihan masing2 nak letak carrot ke, kubis ke, dll)
Garam (atau nak letak apa2 tambahan perasa. Sebaiknya tak perlu. Kalau nak letak sikit je la)

Semua bahan tu gaulkan sebati



BAHAN B:

5 biji telur untuk salut
Serbuk roti

Bila bahan A dah digaulkan sebati, ambikla sedikit demi sedikit dan ikutla nak buat bentuk apa, baru golek kat telur dan golek2 kat sebuk roti rata2.

Simpan dan sejukkan terus dalam peti sejuk beku korang. Esoknya boleh la goreng. Nak terus goreng pun boleh

#kalau tak suka ayam, boleh guna daging, dan juga ikan. Guna je kaedah yg sama. Kalau ikan tu, korang kene bland dulu bg hancur.

Selamat2 la mencuba ya😉
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...