RESEPI KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

BLogTips
0
RESEPI KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

Bahan-bahan :

Adunan ni dapat banyak tau! ita hanya buat 1/2 daripada adunan sahaja. Resepi yg di bawah ni resepi asal dari Chef Hanieliza
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
Semua bahan di atas di gaul rata dan di ayak

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur
1 s/k esen vanilla
Semua bahan di atas di satukan dan dikacau rata

Jika buat 1/2 adunan macam ita gunakan loyang 8 inc
Gris loyang dgn butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan kukusan
Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
Adunan ni tak payah pukul guna mixer, guna senduk kayu atau spatula aje pun boleh.
Kacau rata sahaja. Setelah adunan sebati.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
Bila dah masak biar kek betul2 sejuk. Bila kek dah sejuk kita sediakan pula krim keju

Untuk krim keju ita buat 1 adunan.

Bahan krim keju
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel - ita tak letak

Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
Masukkan yogurt dan pukul lagi.
Dalam resepi asal chef hanieliza campurkan sekali dgn air dari buah2 koktail tapi ita tak masukkan kerana adunan dah cair.
Masukkan agar2 tadi.
* Agar2 ni ita rasa lebih elok jika gunakan geletain lain kali kerana agar2 bila kita dah masak kita tak boleh tunggu sejuk sebab nanti dia keras. Bila kita tuang dalam adunan ni pula dia terus beku dan bergentel2 pula. Kena kacau cepat2. Tapi ita rasa lain kali kalau buat memang kena guna gelatin.

Kek yg telah sejuk tadi kita buang bahagian atasnya yg licin.
Guna pisau yg nipis dan tajam
Bahagi kek kepada 2 keping
Letakkan lapisan kek di atas pinggan
Ambil 1/2 adunan krim keju dan masukkan 1/2 buah koktail ratakan
Tuangkan krim yg dah bercampur buah atas kek span dan ratakan.
Lapik pula dengan sekeping kek lagi.
Tuangkan baki krim tadi dan taburkan baki buah2 koktail diatasnya
Simpan dalam peti sejuk semalaman
Potong dan hidangkan

c/p
Facebook Page : Resepi Kek & Puding
Website Resepi Kami : Daridapur.com
Telegram Chanel : telegram.me/daridapur
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)