RESEPI KERABU DAGING

Tags

KERABU DAGING

BAHAN-BAHAN:
300 gram daging batang pinang
1 biji timun saiz kecil
5 biji bawang merah, hiris
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
5 biji cili padi, hiris halus
2 helai daun limau purut muda, hiris halus
4 camca besar pati santan
5 -6 biji limau kasturi, perah jusnya
Gula secukup rasa
Sos ikan secukupnya

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:
2 biji cili merah
4 biji cili padi
1 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUAT:
Daging direbus bersama sedikit garam hingga lembut, sejukkan dan potong kecil, isi dalam bekas.
Timun belah 4, buang empulur dan hiris serong nipis setiap belahan. Ketepikan.
Dalam satu bekas besar, satukan daging, timun dan semua bahan-bahan di atas kecuali jus limau kasturi, garam, gula dan santan. Gaul semua hingga rata, masukkan santan dan gaul lagi.
Tambahkan sos ikan dan gula secukup rasa serta jus limau kasturi, ikut tahap masam mana yang anda suka. Biar sekejap dan hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...