RESEPI KERABU KACANG PANJANG

Tags

KERABU KACANG PANJANG SEDAP

BAHAN-BAHAN :
1 ikat kacang panjang
1 biji timun saiz sederhana
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
1/2 batang bunga kantan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering jus limau nipis secukupnya sedikit belasan kerisik secukupnya Garam dan gula secukup rasa ** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi.

CARA PENYEDIAAN: Bersihkan kacang panjang dan dipotong nipis/kecil-kecil kemudian potong timun kecil-kecil buang empulur tengah timun ni . Potong nipis-nipis bunga kantan dan potong buah tomato. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata .
Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...