RESEPI KERABU KERANG KACANG BOTOL

Tags

KERABU KERANG KACANG BOTOL

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi .
Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing.

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botol dan dipotong nipis kemudian bersihkan tauge dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...