14 Januari, 2016

RESEPI KERABU PUCUK PAKU PERUT LEMBU


KERABU PUCUK PAKU PERUT LEMBU

BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk paku
400gm perut lembu - direbus sampai masak
Sebiji bawang besar - dimayang nipis-nipis
garam dan gula secukup rasa
jus limau nipis secukupnya
kerisik kelapa secukupnya

BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :
3 biji cili merah - blh tambah kalau suka pedas
1-2 inci belacan bakar
2 inci halia
1-2 batang serai

CARA MEMASAK :
Bersihkan pucuk paku dan ambil daunnya saja .
Rebus air dan celur pucuk paku sehingga masak kemudian ditos dan ketepikan dulu .
Perut direbus sampai masak dan dipotong kecil dan diketepikan dulu. Tumbuk lumat semua cili merah dgn belacan , halia dan serai .
Masukkan bahan tumbuk kedalam bekas yang sesuai kemudian gaul semua bahan dgn pucuk paku , bawang besar , perut lembu , garam / gula , jus limau nipis dan kerisik .Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra dan rasa jelatah jika ada bahan terkurang boleh la ditambah lagi . Kalau suka pedas boleh ditumbuk hancur beberapa biji cili api dan dicampur dalam adunan kerabu ni .