RESEPI SOTONG SUMBAT PULUT

Tags


SOTONG SUMBAT PULUT

BAHAN-BAHAN :

10 ekor sotong saiz sedang
6 biji lada hitam
2 ulas bawang merah
1/2 sudu kecil biji halba
1 cm halia
1 1/2 cawan santan
250 gm pulut - boleh tambah
garam dan gula secukup rasa

CARA MASAK :

1. Bersihkan sotong
2. Masukkan beras pulut yang telah direndam dengan santan ( pulut direndam selama 1-2 jam) kedalam badan sotong tadi, dan masukkan lebih kurang 1/3 bahagian sotong. Kemudian masukkan kembali kepala sotong, kemaskan dengan menggunakan lidi.
3 Masukkan sotong kedalam periuk yang telah di letakkan santan, gula melaka, gula dan garam..
4.Masukkan daun pandan.
5. Masak sehingga kuahnya menjadi pekat ( gunakan api sederhana )
6. Setelah masak..boleh hidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...