JANDA ANAK 9 BOGELKAN TEMAN LELAKI KERANA DITEGUR CURANG

BLogTips
0

OH.....OH.....ORANG NEGORI

* BULAN LEPAS, ISTERI POTONG ANU SUAMI

* SEMALAM, SEORANG WANITA BOGELKAN TEMAN LELAKINYA

* WANITA ITU BERUSIA 33 TAHUN JANDA BERANAK 9

* LELAKI ITU 48 TAHUN DAH MEMPUNYAI ISTERI

JEMPOL - Seorang lelaki juga berstatus suami orang menerima nasib malang apabila dibogelkan sendiri dipercayai dilakukan teman wanitanya dan beberapa lelaki lain memukul mangsa di Taman Rekreasi Bahau awal pagi Sabtu lalu.

Mangsa diperlakukan sedemikian selepas menegur teman wanitanya agar tidak membawa mana-mana lelaki ke rumah kerana dia (teman wanita) merupakan seorang janda beranak sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden pada jam 12.30 pagi berlaku selepas mangsa, 48 tahun menerima panggilan telefon teman wanitanya, 33 tahun.

"Mangsa diminta datang ke sebuah pam minyak di Mahsan, kemudian menaiki motorsikal bersama. Namun terdapat sebuah kenderaan lain mengekori mereka dipercayai terdapat lima orang.

"Setibanya di simpang jalan berhampiran Rumah Rakyat Mahsan, mangsa dipukul oleh kumpulan lelaki yang mengekorinya dipercayai merupakan rakan teman wanitanya itu.

"Mangsa terus dibawa ke Taman Reakreasi Bahau dan sekali lagi dipukul kemudian dibogelkan seterusnya gambarnya dirakam.

"Mangsa turut diugut agar membayar RM5,000. Akibat terlalu takut mangsa menyerahkan kad bank dan wang tunai," katanya ketika mengesahkan laporan sebentar tadi.

Noorzainy berkata, kes ini bagaimana pun masih dalam siasatan polis dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. - SINAR

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)