MALAYSIA PERLUKAN 70JUTA TENAGA KERJA UNTUK JADI NEGARA MAJU BERDAYA SAING

Tags

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Kerajaan Bangladesh meluluskan draf perjanjian persefahaman (MoU) berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.

Setiausaha Kabinet Bangladesh, Mohammad Shafiul Alam berkata, keputusan itu dicapai dalam me­syuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina semalam.

Menurut beliau, penghantaran pekerja warga Bangladesh akan dibuat melalui kaedah baharu iaitu sistem G2G Plus.

“Malaysia telah menyenaraikan Bangladesh sebagai negara sumber untuk mendapatkan tenaga kerja dan bagi kita, perkara ini merupakan satu kejayaan besar.

“Kini, warga Bangladesh boleh bekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan. Sebelum ini mereka hanya dibenarkan bekerja dalam sektor perladangan,” katanya seperti dilaporkan portal berita Bangladesh, ‘bdnews24.com’ (http://bdnews24.com) semalam.

Pada 25 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Mohammad menambah, sekiranya MoU itu dimeterai, pihak majikan perlu menanggung kos antara 34,000 taka (RM1,808) hingga 37,000 taka (RM1,968) bagi setiap pekerja warga Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia. -utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...