14 Februari, 2016

PETUA SERI WAJAH HANYA MENGGUNAKAN KUNYIT DEBU


FLAWLESS KAN KULIT TANPA SKINCARE

Dah lama nak share . tp sebab takde masa so harini baru berkesempatan . Ni Fatin bagi details lengkap ye !

BAHAN-BAHAN
1 1/2 sudu kunyit serbuk
1 sudu yogurt ( Perisa Asli )
1 sudu madu

===============

1 - Sediakan bekas plastik yang korang dah tak sayang sebab nnt kunyit tu akan lekat warnanya.
2 - Masukkan satu persatu bahan tadi menggunakan SUDU PLASTIK . ( Sudu besi boleh hilangkan khasiat madu )
3 - Tak pun pakai je sudu yogurt tu .
4 - Gaulkan sampai sebati semua .
5 - Pastikan dia pekat dan tak menitik .
6 - Ratakan di muka guna belakang sudu .
Jimat tayah beli berus 😝
7 - Biar dalam 30 minit sehingga kering
8 - Basuh muka guna air suam & pencuci muka korang dan scrub muka terus ( amat digalakkan )

Pssss : Sediakan towel muka yg korang dah tak sayang sebab nnt kena kesan kunyit

KELEBIHAN :
❤️ Kulit jadi cerah dan flawless
❤️ Glowing kan kulit
❤️ Sembuhkan jerawat
❤️ Kurangkan pigmentasi
❤️ Anti Aging (penuaan)
❤️ Kurangkan infection
❤️ Kulit rasa lembab je
❤️ Pulihkan dari surnbun ( terbakaq)
❤️ Kurangkan gelap bawah mata

πŸ‘‰πŸΌπŸ‘‰πŸΌ Fatin dah amalkan setahun ++, seminggu 2 kali . Paling malas seminggu sekali .

===
SOALAN FAMOUS
πŸ‘‰πŸΌ " Tak jadi kuning ke muka tu nanti ? "
YES, Muka kita akan jadi sedikit kekuningan . Tapi selepas beberapa jam saja . Sebabtu fatin galakkan scrub muka selepas tu .

πŸ‘‰πŸ» " Berapa lama nak nampak kesan ? "
Hmmm .. Tah la . Fatin tak kira pulak berapa lama . Tapi yang pasti selalu lah buat . Tiba2 orang dah tegur . EH FLAWLESS NYA KULIT ! hahahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

======

Sebenarnya , petua ni dapat masa fatin sembang dengan satu UNTIE CLEANER (India) masa belajar dulu. Walaupun kulit dia gelap , tapi glowing gila kulit dia ! Sebijik jerawat pun tarak . So dia bagi petua ni .

Dia kata orang india memang dok amal benda ni . Lagi2 time dorang nak kawin . Dorang akan kerap buat untuk naikkan seri pengantin . So kita ni cuba lah sebab nak nampak seri pengantin tu setiap hari . Kuikuikui 😝

Fatin lebih suka amalkan petua lama berbanding guna skincare yang kita taktau isi dia apa .

selamat beramal ye !

TAG kawan2 anda !
SHARE kalau suka 😍😍