18 Februari, 2016

TABLIGH DILUDAH SEMASA DAKWAH " AKU MENDAPAT HAKIKAT SUNNAH"


Jangan cakap apa² tentang tabligh kalau belum pernah rasa apa yg mereka rasa.

Pernah 1 jemaah ketika menziarahi sebuah rumah. belum sempat lagi org yg memberi salam (rahaba) memperkenalkan jemaah, terus tuan rumah mencaci dan meludah tepat ke wajahnya lalu menutup pintu rumahnya dengan kuat.

Lalu dia(rahaba) pergi ke jemaah dan tunjuk air liur di mukanya smbil berkata, "Aku mendapat hakikat sunnah! "

Lalu jemaah semuanya rasa cemburu lalu mengetuk semula rumah tadi. selepas tuan rumah keluar lalu jemaah meminta utk mendapat ludah dan cacian yg sama. lalu tuan rumah merasa hairan dan bertanya kenapa. rupanya jemaah mahukan keadilan dalam usaha yg dibuat. mereka juga mahu mendapatkan hakikat sunnah! dakwah bukan utk org yg dijumpa tp utk diri sendiri.

Mereka dituduh tidak berilmu,
Mereka dihina berpakaian selekeh
Mereka dihalau dari masjid
Mereka dihambat dengan parang
Dan macam² keadaan lagi.

Tapi usaha mereka membuatkan mereka semakin bertambah menangis.. merayu.. mengadu pada Allah... membuatkan hubungan mereka bertambah rapat dengan Allah.. mereka tak minta utk Allah mengazab manusia tapi tetap mohon hidayat utk manusia yg menghina mereka. sebab inilah cara yg Nabi saw buat ketika berdakwah di negeri Taif.

Lalu asbab usaha istiqomah mereka lah yg menarik hidayat yg menyebabkan beribu² manusia yg belum muslim menjadi muslim dan menarik muslim kepada Islam.

Mereka yg mengambil usaha dakwah dan tabligh ni dilihat buruk dan hina di mata manusia tapi mulia pada pandangan Allah. bimbanglah utk kita yg memandang hina pada mereka, bimbang pandangan hina juga yg Allah berikan pada kita. naudzubillah.