TANDA-TANDA NAK BERSALIN YANG WAJIB BAKAL IBU AMBIL TAHU

Tags

5 Tanda-tanda bersalin Yang Ibu Wajib Tahu
Agar Segera Ke Hospital.

1. Sakit belakang di bahagian pinggul
Sakit belakang ini biasanya akan mula dialami oleh ibu hamil sejak awal trimester ke-3 lagi. Tapi, kalau sakit itu bertambah kerap dan buat ibu rasa cramp di bahagian pinggul dan ke bawah (kadang kala sampai ke kai pun boleh cramp), itu adalah berita yang baik sebab ada kemungkinan ibu akan bersalin dalam masa terdekat nie.

2. Engage
Kepala baby biasanya akan mula masuk ke pangkal rahim sejak minggu ke-36, tapi ada juga yang lagi awal ataupun lambat dari itu. Masa itu ibu akan rasa yang bahagian abdomen bawah memang keras dan akan menyebabkan mudah terasa senak perut.

Kalau makin sakit macam ada rasa kepala menolak-nolak dari dalam dam makin rasa macam nak terkeluar dah, mungkin sudah tiba masa ibu akan bersalin.

3. Air Ketuban Pecah
Air ketuban macam lendir pekat dan kadang-kadang bercampur darah. Air ketuban ini boleh pecah sedikit sahaja dan ada juga yang pecah banyak hingga basah kain ataupun seluar yang kita pakai.

Syu tak pernah mengalami air ketuban pecah masa bersalin ketiga-tiga anak Syu. Syu cuma tahu, air ketuban kalau pecah memang kita kena pergi ke hospital cepat. Takut kalau-kalau akan membahayakan nyawa ibu dan anak.

Masa bersalinkan anak-anak Syu, memang doktor yang akan pecahkan air ketuban dan Syu bersalin tak sampai setengah jam dari air ketuban dipecahkan. Itu menunjukkan betapa pantasnya ibu BOLEH bersalin selepas air ketuban pecah (walaupun ianya berlainan mengikut individu). Sebab itulah kena pergi ke hospital dengan kadar segera, kita tak tahu apa yang bakal berlaku.

4. Bleeding (Pendarahan)
Ada sesetengah ibu mengalami pendarahan yang ketara, dan ada ibu sekadar mengalami ‘spotting’ ataupun ‘bloody show’. Tak kira la pendarahan yang mana, ibu kena pergi ke hospital dengan segera. Kita tak tahu pendarahan itu disebabkan apa kan? Baiklah kita berjaga-jaga demi kandungan yang bakal lahir tu.

Ada kes pendarahan ibu hamil yang menyebabkan doktor terpaksa membuat keputusan untuk memaksa bayi keluar, sama ada dengan cara induce mahupun pembedahan. Itulah bahayanya kalau kita mengalami pendarahan semasa mengandung nie.

5. Kontraksi Yang Kerap dan Konsisten
Di saat-saat menunggu nak bersalin, ibu akan mengalami kontraksi, di mana perut kita akan mengeras selama 30-90 saat dan pada masa itu memang rasa sakit sangat. Memang rasa macam baby nak keluar dah ni. Kalau kontraksi semakin kerap dan konsisten, contohnya setiap 10 minit kontraksi berlaku untuk 30-40 saat, ibu dah boleh pergi ke hospital. Itu adalah petanda ibu dah nak bersalin. Kalau setakat sela masa tak konsisten antara kontraksi, itu mungkin hanyalah kontraksi palsu untuk buat ibu lebih alert dan peka dengan kontraksi sebenar yang bakal berlaku :)

Kita memang susah nak jangka bila kita perlu pergi ke hospital dan lagi susah nak jangka bila kita akan bersalin. Sebab itulah kita perlu menyediakan barang-barang bayi kita dengan lebih awal dan juga kita perlu pastikan yang beg hospital memang dah berasa dalam kereta dari mula terimester ke-3 lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...