TIPS BAJET MELANCONG KE KUNDASANG SABAH

Tags

Budget per pax
4 days 3 nights (25/1 - 28/1)
KK - Kundasang - Ranau - KK

Ticket flight AirAsia KLIA - KKIA (Return) RM 160
Sewa Kereta (Viva Auto) RM 100
Minyak RM 20
Entrance Kinabalu Park RM 3
Entrance Desa Cattle Farm RM 5
Ticket Poring rm 6 (inc entrance + canopy walk )
Ticket to Island Hoping (Sapi & Mamutik) RM 28
Entrance to TAR Park RM 3
Makan RM 80
Souvenir rm 20
Hotel (4 days 3 nights) RM 80

Total Budget : RM 505

*Actually sewa kereta boleh dapat rendah dari harga tu (rm300 for 4 days) sebab lepas sembang dgn org sabah diorang cakap boleh dapat dalam rm75 per day. tapi sebab booking last minute so tu ja lah harga paling murah yang boleh dapat.
NO KERETA SEWA 0146719019

*seafood kat sana harga lebih kurang macam dekat Langkawi saja. tapi still dalam harga yang murah la. tapi seafood sana lagi sedap dari Langkawi

*sebab utama nak pergi Sabah sebab nak view hunting saja kot. so takdalah food hunting, takda sukan lasak(rafting etc) dan semua aktiviti yang kami lakukan hanya berkaitan bajet yang rendah atau yg tak perlukan duit.

*memandangkan masa yang agak singkat, banyak tempat yang kena cancel. contoh, dalam plan nak pergi tip of borneo, tapi jarak kk to kudat pun dah 3 jam lebih. tak campur penat drive lagi. nak teroka tasik dekat ranau pun tak sempat. byk jugaklah tempat yang cantik yang tak sempat tgk, so next time kena plan seminggu kalau nak discover separuh sabah saja!

*tempat tidur wajib kena try bila ke kundasang ialah Hounun Ridge Farm. even jalan masuk dia agak gila, tapi view dia memang lawa gila and tempat tu tenang sangaatttttt. rugi kalau tak stay situ. awalnya plan nak camping dkt situ tapi cuaca ptg tu hujan lebat and angin kabus kuat sangat, so kami decide tidur dlm bilik ja mlm tu. harga bilik dgn camping pun lebih kurang. boleh lawat fb Hounun Ridge Farm kalau nak tahu pasal harga. jarak Hounun Ridge Farmstay dari Pekan Kundasang dalam 40 minit.

*tempat wajib ke kundasang nak acah2 macam kat new zealand mestilah di Desa Dairy Farm. make sure kalau nak pemandangan yang cantik, nampak Gunung Kinabalu clear & tak berkabus, pergi sebelum pukul 10 am. and kenalah berani meredah kawasan kalau nak ambil gambar lawa. ahaha

*lepas balik dari Desa Dairy Farm, boleh singgah ke Crystal Hill. kena berani redah semak, sebab situ korang boleh nampak view Pekan Kundasang yang sangat cantik. nak ke Crystal Hill, dekat roundabout Pekan Kundasang ada signboard ke Crystal Hill. so make sure mata kena tajam nak cari signboard tu.

*jumlah bajet di atas adalah jumlah yang dibahagi 3 orang. bajet per person yang saya letak boleh jadi lagi jimat kalau korang pergi lebih dari 3 orang. lagi cantik kalau pergi 4 orang, boleh jimat nak bayar kereta sewa, penginapan & etc. harga flight, penginapan semua kami dah settlekan sebelum ke sabah. booking online lagi murah dari walk in, saya dah try tanya, mmg harga walk in lagi mahal. harga hotel boleh cari di trivago.com

harap itinerary di atas membantu korang untuk discover Sabah even tak banyak. thanks for sharing my post :)

credit fb sarah afendi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...