Cara tanam kangkung

BLogTips
0
MG pasti mesti diantara kita beranggapan bahawa menanam sayur kangkung di rumah sesuatu perkara yang susah, pasti anda akan terkejut bahawa sebenarnya ia semudah ABC. Maksud MG takdelah sesusah mana pon.

Dengan bermodalkan beberapa peralatan dan bahan yang berharga kurang RM10 dapat menghasilkan sayur kangkung bernilai RM 20-25. Berbaloi kan?

Bahan/peralatan
1) biji benih kangkung
2) bekas tapis
3) baldi kecil
4) baja cecair
5) air

Cara-caranya
1) Rendam biji benih kangkung 24-35jam dahulu
2) Lepas rendam biji benih masukkan biji benih dalam tapis, isi air dalam baldi cukup2 paras tapis, jangan bagi rendam, kemudian tutup tapis dalam tempoh 2 hari
3) Selepas 2 hari buka penutup dan anda akan nampak biji benih kangkung telah bercambah
4) Pada hari ke 6 dedahkan benih yang bercambah ke matahari (akan nampak akar telah memanjang
5) Pada hari ke 7 baru masukkan baja AB (cecair)
6) Biarkan ia membesar dan boleh tuai ikut kehendak anda

Dengan gambar ini mungkin akan memberikan insperasi kepada anda semua untuk memulakan projek mini tanam kangkung. Sayur kangkung kalau digoreng dengan belacan memang sedap

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)