RESEPI COLEK AYAM KELANTAN


COLEK AYAM KELANTAN

Bahan-bahan untuk Ayam.

2 keping dada ayam.-ambil isinya saja.
Sos perisa ayam .
Garam secukup rasa.
Lidi pencucuk sate secukupnya.
Tepung gandum.
Serbuk roti.
1 biji telur.
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara

Ayam di potong kecil-agak-agak sebesar 2 jari dan panjang pun lebih kurang jari jugak.(Jika jari besar besar lah ayam tu hikhik)
Perap ayam dengan sos perisa ayam dan garam sekejap.
Cucuk isi ayam dengan lidi sate seperti mencucuk sate.
Golekkan atas tepung gandum.(Resipi asal dicelup dengan bancuhan tepung goreng pisang)
Kemudian celup dengan telur.
Akhirnya salutkan dengan serbuk roti dan goreng hingga masak.Goreng dengan lidinya sekali ya...
Toskan minyaknya.

Air Lada/sos cili.

10 biji cili kering.
5 biji cili masak.
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit tepung jagung-pemekat.
2 ulas bawang putih.
Sedikit cuka.

Cara-caranya:

Kisar cili dan bawang putih hingga lumat.Guna 1 - 1 1/2 cawan air.
Masukkan cuka,gula dan garam.Masak sehingga mendidih.
Seimbangkan rasa masam,masin dan manisnya.(Cm lebih suka jika sos ni agak manis sikit)
Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan sosnya.
Biarkan diatas dapur sekejap agar sos cili betul-betul masak.
Selamat menjamu selera ya...oh ya Colek ayam ni sedap di ratah begitu saja .

**Boleh tambah kerepok kering goreng di ramas makan bersama2 colek ayam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...