Resepi Bistik Daging Mudah dan Senang


Perkongsian resepi ini diambil dari fb Noor Saffa'

Disini sy sertakan resepi Bistik daging, resepi arwah nenek saya. Tak sangka zmn2 jepun dulu ada dh resepi ni. Tapi ni resepi rajin sebab ada rempah3.
Nenek saya suka herba2 dan rempah sebab tu la ada nasi kerabu 14 ke 21 jenis daun guna.
Semoga ilmu berpanjangan mendapat keberkatan
-Arwah Hajah Minah@Sepiah Bt Saripah
Gulai Bistik Daging
1. Daging batang pinang di hiris sebesar separuh tapak tangan, senipis jari kelingking (lagi nipis lagi best, potong semasa daging separa keras)
2. Rempah ratus perap daging (sukatan 1 sudu putih KFC yg kecik tu-utk 1/4 daging) -jintan putih 1 sudu -jintan manis 1 sudu -pelaga hendi 4 biji -lada sulah 1 sudu -Bwg putih 4 ulas -Halia *tumbuk/blend semua bahan di atas
-sos tomato
-secubit garam
-1/2 bawang besar cincang
sudah blend campurkan bahan blend dgn bahan atas ke daging. Perap ikutlah berapa lama.
3. Bahan tumisan
-bawang merah 4 ulas
-bawang putih 2 ulas besar
-halia 2 hirisan
*semua bahan di atas mayang@tumbuk
-kulit kayu manis
-pelaga hendi
-bunga lawang
-cengkih
tumiskan semua bahan2 di atas termasuk yg di tumbuk
4. Cara masak
-Goreng daging yang di perap. Guna apik yg perlahan sebab nak rempah daging tu garing
-Siap daging angkat dan toskan. Ketepikan -guna minyak goreng daging tu utk tumis bahan2 tumisan tadi sehingga kekuningan
-bila kuning masukkan daging dan air serta tomato.
-kalau daging keras lagi rebus sehingga empuk ye -selepas tu masukkan perisa, bawang besar, lada merah besar,tepung jagung nk bg pekat skit dan ubi kentang or goreng fries

posted from Bloggeroid

Resepi Nasi Baryani Batu Pahat


NASI BARYANI BATU PAHAT

Bahan-bahan ( 4 orang )

3 cawan beras basmathi - rendam lebih kurang 10 minit dan toskan

rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air (ikut sukatan beras)
setengah cwn susu cair

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani
2. Masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
3. Masukkan air..tunggu sampai didih
4. Masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan
5. Pindahkan periuk ke dalam rice cooker.Biarkan nasi masak seperti biasa
6. Bila nasi sudah hampir masak, keluarkan daun-daun yg ada di dalam periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.
7. Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
8. Biarkan masak sedikit lagi sehingga betul2 masak.
9. Masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

KAMBING BARYANI

BAHAN-BAHANNYA :

600 daging kambing yang dipotong
4 biji kentang, kupas, belah 4 setiap 1 dan rendam
1 biji bawang besar, belah 4
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun ketumbar
1/2 cawan susu sejat
1 biji limau nipis
1 biji bawang besar, hiris
3 camca besar penuh rempah briyani (sebarang jenama)
2 camca besar gula melaka
2 camca besar penuh kerisik
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Air secukupnya
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
Sedikit bawang goreng untuk hiasan

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau

BAHAN-BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Sementara itu bancuh rempah briyani dengan bahan2 kisar halus dan kacau hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.

Panaskan minyak dala periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan daging kambing, daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga daging kecut.

Tuang air secukupnya hingga daging tenggelam. Kacau rata dan biar mendidih, kemudian sederhanakan api. Masak hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika kuah kering dan daging masih belum empuk.

Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar. Perah limau nipis dalam susu sejat, kacau rata masukkan ke dalam kurma, kacau dan masak hingga kentang empuk. Tambah gula melaka, perasakan dengan garam secukupnya dan akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau.

Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Boleh dihidangkan bersama nasi baryani

PENCUK NENAS

1 biji timun ~ potong kecil
1/2 biji nenas masak ~ dikupas dan dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ di hiris halus
1 batang cili merah ~ dihiris
1 batang cili hijau ~ dihiris
1 sudu besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan ke dalam bekas
gaul rata dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan

AYAM MASAK MERAH LADA HITAM

1 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1 batang serai ~ dititik

1 cawan lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar
10 ulas bawang merah ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ di kisar
2 sudu teh lada hitam ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar

1 sudu besar tomato puri
2 biji tomato ~ di potong baji
1 keping gula Melaka
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris
Air secukupnya

Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng ayam separuh garing
Toskan ayam setelah di angkat

Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 senduk
Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan serai titik hingga naik bau
Kemudian masukan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Masak lama sikit supaya cili kering benar-benar garing
Tambahkan air jika terlalu kering
Kemudian masukkan, kiub ayam, tomato puri dan tomato buah
Renihkan
Masukkan gula Melaka dan ayam
Biar ayam mesra bersama kuah
Masukan garam dan gula secukup rasa
Perlahankan api dan biarkan kuah sedikit pekat
Taburkan daun ketumbar
Gaul mesra
Sedia dihidangkan

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...