KARTEL DADAH MEXICO JALANKAN HUKUMAN HUDUD KEPADA PENCURI

Lima lelaki dan seorang wanita ditemui dalam keadaan masih hidup dengan tangan dipotong serta dahi tertulis dengan perkataan 'saya pencuri'.

Kesemua mangsa dicacatkan oleh kumpulan penjenayah dikaitkan dengan pengedaran dadah yang turut membiarkan mayat seorang lelaki di tepi jalan bersama dua beg yang berisi tangan dipotong di Tlaquepaque, berhampiran Guadalajara.

"Mereka dalam keadaan lemah dan tangan dibungkus dengan plastik," kata komander polis tempatan Roberto Larios dipetik AFP.

Kartel dadah sering membiarkan mayat dikerat di tepi jalan di Mexico, namun penemuan mangsa yang masih hidup adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Pemuda yang maut berusia 39 tahun dipukul hingga mati namun tangannya tidak dipotong.

Mangsa merupakan suami kepada mangsa wanita yang berusia 44 tahun.

Mangsa lelaki yang lain dilaporkan berusia di antara 25 dan 43 tahun.

Pihak berkuasa mengesyaki jenayah mengerikan dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Saksi berkata, mangsa dibawa ke lokasi kejadian dengan dua kenderaan dan ditinggalkan dengan nota tertulis "Ini terjadi kerana kami menjadi pencuri,"

#SHonline
#DTTB
#GLOBAL

RESEPI MEE SUP SEEFOOD ALA THAI

Tags
Bahan2 nye

- Bawang merah 6 biji (blend )
- Bawang putih 6 ulas ( blend )
- lada hitam 1 sudu ( blend )
- rempah 3 sekawan * kayu manis...bunga lawang ngan bunga cengkih 😊
- ayam / daging / udang / sotong
- sayur2 carrot & sawi
- limau kasturi ( 2 biji )
- telur
- daun sup
- bawang goreng

cara2 nye :
- tumis bahan blend dan bertanda ( * ) sampai garing & naik bau
- masukkan bahan lauk2 . masak hingga separuh masak
- masukan carrot
- masukkan air ( buka api besar bg mendidih ganas )
- masukkan mee yg telah dibersihkan
- pecah kan telur ( jgn kacau kuat )
- masukkan sawi
- perah limau
- sebatikan dgn perasa
- taburkan bawang goreng & daun sup

GADIS 20 TAHUN MENYESAL DI TIPU PAK LEBAI

Tags
Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan dia mahukan seorang suami yang 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yang ingin menikahinya dengan syarat²:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari

3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga³ syarat tu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya.

Maka bernikah si gadis itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan suami dia tu.

"Eh, tak puasa pulak laki aku hari macamane nak puasa setahun?"

"Err aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni."

"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap suami tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan 'Ditipu Oleh Suaminya'

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat² yang saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si isteri pada Hakim Mahkamah

Hakim pun tanya kepada jejaka tu, "kamu ingat apa syarat² nikah yang isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif
.. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari..", jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim Mahkamah bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"

Si suami tu selamba jawab, "Buat!"

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?"

Si Suami itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"

Hakim tidak puas hati, "Baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak" jawab Si Suami lalu Hakim terus potong ayat, "Hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,
"Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka ganjaran seolah sama juga dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya berpuasa sepanjang tahun."

Hakim Mahkamah tu tersentak. "Habis tu macam mana kamu khatam Al Quran setiap hari Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa."

Si Suami itu terus menjawab, "Saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.
Rasulullah Nabi Muhammad {s.a.w} bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah² sama juga dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kepada Hakim Mahkamah.

Hakim itu makin tergamam kemudian menyoal, "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"

Si Suami itu sekali lagi senyum, "Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. Nabi Muhammad {s.a.w} Rasulullah bersabda, Sesiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah² dia telah beribadah sepanjang malam", dia terus menyambung, "Islam itu indah dan mudah hanya untuk penganut yang menggunakan akal ikhlas mencari redha Allah!..
Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai²lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia²!" Si Suami yang dituduh menipu oleh isterinya itu meluahkan buah fikiran berhujah berdasarkan fakta Islam yang sahih.

Hakim terangguk² lalu memerintahkan si isteri bangun lalu bersuara, "Awak sebenarnya beruntung sangat. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan dan tertuduh dilepaskan kerana didapati tidak bersalah kepada semua tuduhan. Perbicaraan selesai!"

Si suami tersenyum puas
.. Sekian Al Kisah Rekreasi moga boleh dijadikan tauladan.

*3 amalan itu bukan hanya dikhususkan kepada lelaki, perempuan juga boleh mendapatkan ganjaran besar hanya perlu ikhlas beramal hanya kerana Allah!

Peringatan bersama semoga Allah ta'ala memberikan jalan dan kekuatan untuk kita beribadat yang barakat dan berkualiti kepada Allah Rabbal'alamiin wa la haulawala quwwata ilabillah.

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam al Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“

Rasulullah tersenyum dan bersabda :-

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al Ikhlas tiga kali
Seakan² engkau telah mengkhatamkan Al Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan² engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya In Shaa Allah. ..

MASALAH YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM BEKERJA DI AUSTRALIA

Selamat petang,ada beberapa perkara yang kena tahu pasal australia nie.(Kekurangan)

1)Sewa rumah kena bayar mingguan-purata aud70-125 (rm210-370).Itu bukan dikira per house tapi dikira per head.Bayangkan 1 rumah 8 orang bayar aud70(rm560).Sanggup tak..?

2)Kerja hampir semua tempat ada tapi harga semua lain2.Salah pilih tempat dan kerja,meroyan la sampai bila2

3)Gaji ramai yang tau tinggi dan lumayan$$$$.Tapi hakikatnya,indah khabar dari rupa.Bukan semua musim boleh dapat banyak $$$.Datang tak kena musim,duduk rumah main lari2 la jawabnya

4)Bila time nak gaji,masa tu la ada orang bawak lari duit,tak bayar gaji,kena potong itu ini.Kerja 7hari tapi gaji xdapat.Mula2 kerja semua nak cantik je tapi bila time gaji semua senyap

5)Kebanyakan yang kat sini semua kes kena game dengan agen yang janjikan itu ini.Pergi sana sini,mesti ada yang cakap kena game sebab kerja takde,$$$ banyak keluar.Itu la hakikatnya yang terjadi

Sebelum fikir jauh2 pasal australia nie,fikir la benda asas tu dulu.Sanggup atau tak???Semuanya perlukan $$$.$$$ untuk bayar sewa mingguan,sewa kenderaan,cara kerja lagi.
Memang dengar 'kerja aussie mesti masyukk' tapi hakikatnya INDAH KHABAR DARI RUPA seperti yang dikhabarkan..

Sekian...
(saya bukan agen/kontraktor/orang tengah dll.Sila jangan tanya yang xde kaitan.Ini cuma pengalaman yang saya dapat rasai sepanjang disini untuk dikongsi bersama)

KENALI TANDA-TANDA SUAMI BAKAL BERKAHWIN LAGI

1. Suami anda selalunya tidaklah terlalu bergaya, tetapi tiba-tiba anda perasan suami mula menjaga badan dan berdandan. Tidak lagi biasa-biasa saja atau selekeh lagi dan cukup ambil peduli kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami anda sudah mula beri perhatian kepada seseorang yang diminatinya.

2. Suami pakai dua atau lebih handphone? Ada sesetengah syarikat memberi kemudahan telefon genggam dan suami mungkin dikurniakan kemudahan ini. Tetapi awas, jika salah satu telefonnya dipadamkan. Ini memang boleh menimpulkan keraguan.

3. Suami mula dingin atas katil jika anda mengajaknya bersama.
Ada pepatah mengatakan, masakan kucing menolak lauk. Atau mungkin bila suami nampak kelemahan anda, suami mula merungut bahawa anda tidak pandai itu dan tidak pandai ini. Jika suami memilih untuk berdiam diri tanpa rungutan, suami akan bermasam muka.

4. Suami anda semakin banyak termenung sendirian sambil tersenyum meleret seorang diri. Orang yang hatinya sudah berputik dan mula ber‘bunga’ biasanya boleh dilihat menerusi ekspresi mukanya. Maklumlah, lelaki yang baru mula menjalinkan hubungan dengan seseorang yang diminatinya mudah dilihat seri cinta diwajahnya.

5. Tiba-tiba suami anda menjadi seorang yang mudah lupa. Mungkin fikirannya merewang jauh kerana asyik terkenangkan 'kekasih gelap'nya. Jadi banyak perkara yang dia mudah lupa.

6. Suatu hari suami mengatakan dia ditugaskan ke luar daerah. Jika anda katakan yang anda ingin turut serta tetapi suami pula bersungguh-sungguh pujuk suapaya anda tidak mengikutnya. Awas! Suami mungkin telah berjanji dengan temanitanya untuk berjumpa semasa ke luar daerah.

7. Tiba-tiba suami cukup perihatin dan memberi perhatian lebih pada anda. Anda mungkin mudah terpedaya dengan aksi hidung belangnya, kadang-kala sikapnya yang tiba-tiba positif ini sebenarnya untuk mengaburi mata anda supaya anda tidak perasan atau terhidu kesalahannya.

8. Suami selalu lewat tidur. Jika dahuulu beriya-iya mengajak anda tidur awal supaya boleh diulitnya tiap-tiap malam, tetapi kebelakangan ini dia suka tidur lewat. Jika tiada rancangan menarik di televisyen dan suami asyik mengerling handphonenya, kemungkinan suami mahu bermain “sms” dengan 'kekasih gelap'nya. Lewat malam adalah masa yang boleh menimbulkan suasana romantis.

9. Suami tergagap-gagap bila ditanya soalan yang umum, misalnya “Kenapa nak jaga badan sekarang ni?” atau “Ada tak abang suka perempuan lain?”

10. Suami mula tidak ambil ambil peduli kepada anak-anaknya biarpun selama ini suami mengambil berat perihal anak-anak dan selalu bermesra/bermain dengan mereka.

KEAJAIBAN TELUR YANG KELUAR DARU OVARI SEORANG WANITA

Tags
Ovum Keluar Dari Ovari Seorg Wanita
.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah para saintis di Belgium telah berjaya merakam proses awal pada reproduksi manusia dengan jelas iaitu keluarnya sel telur (ovum) dari ovari seorang wanita.

Menurut Dr Jacques Donnez dari Universiti Katolik Louvain (UCL) di Brussels, proses pelepasan ovum dari ovari itu dirakamkan ketika dia sedang melakukan operasi histerektomi kpd seorang wanita. Gambar-gambar yang menakjubkan dikeluarkan dalam majalah New Scientist.
.
Secara semulajadi, wanita normal akan mengeluarkan satu hingga beberapa sel telur setiap bulan ketika memasuki fasa subur. Namun begitu, sejauh ini belum ada ahli saintis yang mampu merakam secara jelas dan terperinci detik keluarnya sel telur manusia dari ovari wanita. Sel telur dalam gambar tersebut adalah milik seorang perempuan berusia 45 tahun berasal dari Belgium.
.
Sel telur dihasilkan oleh folikel-folikel, kantung-kantung berisi cairan, di bahagian dalam ovari yang pada masa ovulasi akan mengeluarkan benjolan kecil berwarna kemerahan yang kelihatan seperti di dalam gambar. Telur-telur akan muncul pada hujung benjolan tersebut dengan bentuk sel-sel yang mirip seperti jeli. Setelah keluar dan lepas dari benjolan tersebut, sel-sel kemudian akan menuju ke tiub fallopio untuk disenyawakan oleh sel sperma. Detik itu berlaku sekitar 15 minit.

KISAH SEBENAR KES BUNUH BAKAL ABANG IPAR DI TERENGGANU

Tags
Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu

- Sepasang kekasih dan abg si perempuan pergi ke pejabat agama. Ini kerana abg kandung wanita tersebut mengesyaki yg lelaki itu sudah berkahwin.(kasihnya seorang abang kepada seorang adik perempuan ingin memberikan jodoh terbaik untuk si adik).

- si wanita tidak mempercayai kata2 abangnya yang lelaki tersebut sudah berlahwin (adik lebih percayakan org lain berbanding abg sendiri kerana ..)

-pejabat agama sah kan lelaki tersebut sudah mempunyai 2 bini..berlaku lah perang mulut dalam bilik kaunseling.

-sampai tempat parking, si kekasih adik telah menikam abg kandung wanita itu sehingga mati dan melarikan diri kerana tidak berpuas hati. Inikah yg yg dinginkan wanita itu?lelaki seperti ini ingin dijadikan suami

Kepada wanita diluar sana, dengar dan percaya dahulu la pendapat ahli keluarga kita dahulu berbanding org luar kalau hadapi kes mcm ni.. kerana syaitan banyak berupa manusia sekarang ini..

PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA UNTUK YANG BERUMUR 35TAHUN KEATAS

CARA NATURAL MENEGANGKAN KULIT MUKA

Kulit muka akan kelihatan berkedut, terutama apabila memasuki usia 40an apabila ia kehilangan elastin, kolagen, dan asid hyaluronik, (atau HA), yang biasa terdapat dalam struktur kulit.

Malangnya,apabila kulit muka mula berkedut, terlalu sukar untuk menghilangkan kedutan itu, kecuali dengan prosedur pembedahan kecil.

Oleh itu cara terbaik untuk menghalang kedutan di muka ialah dengan mengamalkan beberapa suplemen apabila memasuki umur 35 tahun.

Saya mencadangkan agar memakai kream penghalang matahari (sun block) ketika keluar dari rumah antara pukul 11am-5pm. makan makanan yang kaya dengan antioksida atau mengambil suplemen antioksida seperti Vitamin C dan E, dan Omega-3 dan mineral Seleneium dan Zink.

Makanan soya seperti tauhu, taufu, dan tempeh serta ekstrak kacip fatimah juga bagus untuk kulit kerana banyak kandungan antioksida dan mineral di dalamnya.

RM200 LESAP APABILA MENGGUNAKAN KAD DEBIT DI PETROL PAM

Ambil duit d ATM. Tgk baki mcm kurang. Tak puas hati, print penyata mini d ATM. Tgk mcm ok. Tp bila kira jumlah masuk dgn jumlah keluar, lesap RM200.

Refer dgn bank. Terpaksa que smpi boring. Smpi giliran, pegawai bank check mmg ada RM200 yg kena apung tp tak nampak d penyata. Dia bgtau sbb sy guna kad ATM @ Debit d mesin isi petrol shell. Sy bgtau, sy isi petrol tak sampaipun RM70 knapa perlu apung hingga RM200. Dijawabnya selamba, mmg begitu.

Baki transaksi mungkin dapat & mungkin jg tidak. Nadanya pula makin sarcasm. Aku panas. Pegawai kaunter sebelah perasan. Terus datang utk pulihkan keadaan & bagitau bila kita guna kad d mesin mmg RM200 akan diapung. Tapi akan dpt semula baki selepas 5 hari bekerja. Nah, ckp beginikan senang. Tak perlu nak sarcasm bagai 😡😡😡

Persoalan :

1. Mengapa tidak maklumkan kpd pelanggan sewaktu kempen penukaran kad ATM @ Debit ttg pengapungan duit sehingga RM200 sekiranya kad tersebut digunakan pd mesin isi petrol? Bayangkan klu kena org yg sesak time hujung bulan.

2. Adakah pengapungan ini dikenakan bagi setiap transaksi? Klu ikut percakapan pegawai bank, dia guna istilah "setiap kali guna d mesin isi petrol". Klu betul, bayangkan klu guna 5 kali X 200 = RM1000. Kesianlah klu terkena pada org yg tak tahu. Bisa terbeliak biji mata.

3. Teknologi seharusnya menyenangkan tetapi terasa seolah merisaukan.

4. Solusi? Senang sj, jgn pakai. Tapi bagaimana pula dgn org yg tak maklum atau terpaksa guna disebabkan terdesak? 🤔🤔🤔

* Sekurang2nya sy share pengalaman supaya org lain maklum 😘😘😘 fb.com/cikguRC

TIPS SETTING FANTASY PREMIER LEAGUE TODAY ASAP

For those who haven’t remembered, make sure you remove Wayne Rooney from your teams ASAP.

If you have to take a hit then so be it – it will be worth it. Jose Mourinho has not handed the 30-year-old a start since United’s Capital One Cup win over Northampton Town.

It’s no coincidence that the Red Devils’ form has picked up since Rooney’s ommission from the starting XI so expect the England man to continue his stint on the bench against Liverpool on Monday night.

Willian

Chelsea midfielder Willian had some awful news in midweek which means he will miss the clash with Leicester on on Saturday afternoon.

The Brazilian lost his mother and posted a poem in tribute to her on Instagram on Thursday ahead of the all-important match against the Premier League champions.

Willian has already found the net twice for Antonio Conte’s side in the English top division so a large proportion of fantasy footballers have the 28-year-old in their sides.

He’s expected to return when Chelsea host Manchester United at Stamford Bridge on October 23.

Adam Lallana

Adam Lallana is struggling to be fit for Liverpool’s home match versus arch-rivals Manchester United on Monday evening.

The midfielder did not feature in either of England’s World Cup qualifiers against Malta and Slovenia after picking up an injury in Liverpool’s 2-1 defeat of Swansea at the Liberty Stadium.

Jurgen Klopp, however, stated Lallana is ‘not ruled out’ of the game at Anfield.

Is he worth the risk?

Three players you must bring in…

Son Heung-min

Many predicted Tottenham could be in a bit of trouble when Harry Kane suffered an ankle injury against Sunderland in mid-September.

Spurs supporters predicted summer signing Vincent Janssen could be the man to fill the Kane-shaped hole but another player has stepped up in the striker’s absence.

Son Heung-min has scored three in three for the north London outfit in all competitions and is definitely worth a punt ahead of their clash with West Brom on Saturday.

He picked up the Premier League Player of the Month award which was fully deserved as a result of his recent performances.

James Milner

Has there been a better utility man in the history of the Premier League than Liverpool star James Milner?

The 30-year-old has transformed himself into a handy left-back this season, under the stewardship of Jurgen Klopp, and has greatly impressed in his recent showings in defence.

Milner already has four goals for the Merseyside outfit this season so playing at the back has certainly not impacted his game negatively in the goalscoring department.

Will he get a clean sheet against Manchester United at Anfield, though?

Romelu Lukaku

If you haven’t already got Romelu Lukaku in your team, what on earth are you playing at?

The Belgium centre-forward has been unplayable at times this season and his quickfire hat-trick against Sunderland in September was an absolute joy to watch.

Ronald Koeman’s side head to the Etihad to face Manchester City on Saturday afternoon and Pep Guardiola’s side are without a victory in their last two matches.

Lukaku will no doubt be licking his lips…

MITOS BAHAYA MEE SEGERA TERUNGKAI HARI INI

Tags
Merungkai Mitos- Mee Segera

Dikatakan Mee segera mempunyai Wax ataupun bahasa melayunya adalah lilin. Wax ni bukan bermaksud lilin berserta sumbunya yang boleh dibakar tu. Tetapi Wax ini adalah bahan yang digunakan untuk menjadikan batang lilin. Yang mencair bila kita bakar.

Dalam post itu mengatakan di dalam Mee Segera mempunyai lilin. Ini kerana keadaannya yg keras sebelum itu dan akan menjadi lembut selepas dipanaskan sama seperti lilin. Perlu diketahui bahawa Maggi tersebut bukanlah menjadi lembut disebabkan ada lilin di dalamnya. Tetapi ia disebabkan air yang panas itu mampu meresap ke dalam maggi itu dan membuatkannya kembang dan lembut.

Sama seperti beras. Sebelum masak keras, apabila masak dengan air ia mengembang dan lembut.

Disamping itu, perlu diketahui bahawa wax juga dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuh-tumbuhan, sayur sayuran dan juga buah-buahan. Kesemua wax ini tidak boleh dicernakan oleh badan kita termasuk juga wax yang dihasilkan di dalam makmal.

Adakah itu bermaksud kita juga tidak boleh makan tumbuhan, sayuran dan juga buah-buahan. Sudah tentu tidak bukan.

Lagipun semua makanan terutamanya bahan yang tidak boleh dicernakan akan disingkirkan melalui najis termasuklah Wax. Hari ini makan insyallah esok akan keluar.

Sebagai tambahan, tiada lagi bukti yang Wax boleh menyebabkan kanser.

***Post ini bukanlah menggalakkan anda untuk mengambil Maggi setiap hari. Tetapi menjelaskan kekeliruan yang berlaku

copy/paste fb

PANADOL PARACETAMOL BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN HATI

Tags
Merungkai Mitos- Panadol(Paracetamol)

Ramai daripada Netizen yang memviralkan ubat Paracetamol(PCM) sebagai salah satu ubat yang akan merosakkan hati. Saya juga bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Tetapi ia wajib memenuhi satu syarat ini iaitu OVERDOSE.

Hanya dose ubat PCM yang berlebihan saja yang akan merosakkan hati. Jika dose paracetamol tersebut sesuai dengan umur dan berat badan seseorang, maka ia dijamin selamat dan tidak akan merosakkan organ hati

Selain daripada itu, 85 ke 95% dos PCM yang diambil akan disingkirkan dalam masa 24jam. Jadi dalam masa 2-3 hari tiada lagi kompoun PCM di dalam badan kita. Pernyataan yang mengatakan paracetamol akan tinggal dalam tubuh manusia selama 5 tahun adalah sesuatu yang salah.

Selain daripada ubat demam, PCM juga boleh bertindak sebagai ubat tahan sakit. Kegunaannya hanya melibatkan sakit-sakit yang kecil sahaja seperti sakit-sakit badan, sakit kepala yang tidak serius dan sebagainya.

Manakala ketika pembedahan melahirkan bayi pula, ubat PCM tidak digunakan sebab ianya tidak bertindak seperti ubat bius. Ubat bius inilah yang akan menghilangkan rasa sakit secara sepenuhnya dan cara ia bertindak(Mechanism of action) sangat berlainan dengan PCM.

Rekomendasi:

1) Ubat Paracetamol adalah ubat yang sangat selamat
2) Penggunaan dengan jumlah dos yang betul tidak akan merosakkan hati
3) Hampir keseluruhan dos paracetamol akan disingkir dalam masa 24jam

Harap bermanfaat

Copy/paste Fb

PETUA BELIMBING BULOH MENGURANGKAN KUNING/JUNDIS PADA BAYI

Tags
Merungkai Mitos- Belimbing Buloh mengurangkan kuning pada bayi

Kuning ataupun istilah perubatannya ‘Jaundice’ merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan. Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurang oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yg mencukupi.

Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana organ paru-paru dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi yang telah lahir itu. Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati. Apa-apa molekul lain yang mengganggu enzim ataupun membebankan hati akan mengganggu juga penyingkiran bilirubin. Ini akan menyebabkan kandungan bilirubin tinggi dan menyebabkan kekuningan.

Sebab itu kita nasihatkan para ibu yang menyusukan bayi supaya mengelakkan diri daripada mengambil herba pada peringkat awal kelahiran. Sebab herba tersebut boleh masuk ke dalam susu dan membebankan hati bayi. Instead dia nak singkirkan bilirubin, dia juga terpaksa berkerja untuk menguraikan molekul daripada herba tersebut.

-------------------------------------
Belimbing Buloh tidak mengurangkan kekuningan pada bayi

Menggunakan Belimbing buluh dan meletakkannya di atas kulit merupakan suatu cara yang tidak terbukti berkesan. Beberapa persoalan perlu dilontarkan berkenaan mekanisma bagaimana ia mengurangkan kekuningan pada bayi

1) Adakah dalam Belimbing Buluh mempunyai kompaun yang mampu mengurangkan kuning?

2) Adakah ia bertindak dengan cara menyerap bilirubin ke dalam buah belimbing itu?

3) Adakah dengan meletakkan belimbing itu akan menyebabkan bayi sentiasa mendapat air yang banyak drpd belimbing tersebut, lalu mengurangkan kuning pada bayi?

4) Etc, etc

Ketahui bahawa kulit manusia merupakan lapisan yang telap air. Ia tidak membenarkan air dan kebanyakkan molekul lain masuk ke dalam saluran darah. Ia juga tidak membenarkan kompaun bilirubin diserap keluar drpd saluran darah ke dalam belimbing buluh tersebut.

Para pembaca perlu tahu, seseorang bayi mampu menurunkan kandungan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa memerlukan apa2 bantuan. Sebab itu majoriti daripada bayi hanya akan diperhatikan kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja. Jika semakin menurun kita akan biarkan sampailah ia kembali normal tanpa berbuat apa-apa. Hanya jika ia mencapai kadar tertentu sahaja baru kita letakkan dibawah lampu biru untuk mengurangkan kekuningan bayi tersebut.

Harap bermanfaat

INGIN KEKAL FLAWLESS, GEBU PASTIKAN GUNA SET LENGKAP SHAKLEE INI

Tags
🌷 SET KECANTIKAN SHAKLEE 🌷

Siapa yang impikan kulit wajah CANTIK BERSERI, meh la beralih ke SET KECANTIKAN SHAKLEE ni. Memang PUAS HATI dan JIMAT 😍

Jom kita tengok fungsi bagi setiap produk. Baru la yakin nak cuba kan 😉

☑Energizing Soy Protein (ESP)

💕Sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
💕Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit
💕Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka
💕Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru

☑Vitamin E

💊Vitamin penting untuk kecantikan kulit
💊Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida, menyerikan wajah yang kusam.
💊Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
💊Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
💊Mempercepatkan proses pemulihan kulit, bagus untuk mereka yang mengalami kulit yang kering
💊Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
💊Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit, menghilangkan parut-parut, mengecilkan pori-pori muka
💊Awet muda

☑Sustained Release Vitamin C

🍃Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain
🍃Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
🍃Melindungi dan membaiki kulit.
🍃Bahan utama dalam sintesis kolagen.
🍃Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembab.
🍃Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti tubuh.

NASIHAT MANJA UNTUK PASANGAN YANG BARU BERTUNANG

Tags
"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja"

Kami serentak menoleh.

"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.

"Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga"
Kami terdiam.

"Perasan tak, dulu duduk sorang - sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana - manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba - tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik.

"Perempuan ni lagi baik dari tunang hang"

"Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari"

"Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal"

"Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah"

Ustaz tiba tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat.
"Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham"

"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna"

"Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha"

Kami mengangguk perlahan.

"Apa pun, jangan suka sangat pegang hati awak erat - erat. Serahkanlah pada tuhan. Dia pegang, dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah dia yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"
"Istikharahlah"

"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak"

Saya terdiam lama.
"Ya, inshaAllah. Moga Allah redha"
Syafiq Ridhwan.
Penulis tepian jalanan..

KAEDAH PENCEGAHAN KEHAMILAN UNTUK MERANCANG KELUARGA

Apa itu Implanon???
Alat pencegah kehamilan..

"Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.

Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.

“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya.

Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian. Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.

Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr. Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.

“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.

Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka. Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlaku kesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tiga hingga empat bulan penggunaan.

Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan.

Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.

Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga boleh berlaku kepada pemakai implanon. Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.

Siapa yang boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?
Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Fakta mengenai implanon:
berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.
implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.
mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudian diluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai oleh lebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.
Cara pemakaian


credit to mama zharfan
Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.

Mengapa perlu perancang keluarga? Hukum??...
Kata Dr. Hamizah, kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.

“Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak,” katanya. Menurut Dr. Hamizah, seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.

Jelasnya lagi, fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

“Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

“Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus,” katanya menjelaskan mengenai fatwa tersebut.

Nasihat doktor kepada mereka yang ingin merancang keluarga?
Dapatkan rundingan daripada pakar mengenai kaedah yang bersesuaian. Jangan dengar cadangan orang lain selain doktor kerana tidak semua kaedah sesuai dengan semua orang.

MASIH ADA YANG PUNYAI HATI YANG BAIK DAN MULIA

Tags
FAITH IN HUMANITY, RESTORED!!
Kisah ini dikongsikan oleh page Oh Media berkenaan seorsng pengguna kenderaan yang tidak mempunyai duit tunai untuk mengisi petrol keretanya.

"Hi Oh! Media. Kisah di shell menghala ke Pasaraya TF Tanjung Malim pukul 2pm tadi.. niat utama nak ke tf..memandangkan minyak dah 2 kali menyala bgi isyarat so singgah la shell isi minyak dulu..masuk dlm kaunter tanya hakak cashier...boleh guna kad bank tak..(kad debit) dia kate kite takde mesin swap kad la kak..hokey atm mesin pon takde..ayokk...duit pon ade brape henget je dlm wallet..

so berdiri tepi kaunter..kira duit sehenget2 ngan duit syiling..dpt isi dlm rm10 pon jadi la dulu..tetibe hakak cashier ni tanye...akak nak isi berapa ye..pakai la duit saye dulu..saye jwap..saye nak isi rm54..takpe2 kak..akak pakai duit saye dulu ye..kalau akak tak sempat bayar arini..esok pon akak bleh dtg bayar..

hadoiii..tetibe mengalir air mata..padahal tak penah kenal pon hakak cashier ni..tapi dia confident dan percayakan saye..terima kasih bebanyak kak aisya..lepas isi minyak...batal kan hasrat nak ke tf..terus gi proton..kuarkan duit kat atm mesin proton..teruih gi bayo balik kat hakak ni..moga ALLAH murahkan rezeki hakak ni dan permudahkan segala urusan hakak ni di dunia mahu pun di akhirat...amin..." - Norazura

RESEPI AYAM BAKAR THAILAND STAIL

Tags
Ayam bakar...

Bahan...
Ayam bahagian kepak atau paha 2kg
Sos tomato 240g
Sos cili 240g
Gula 120g
Garam 2 sudu mkn
Serbuk lada hitam 2 sudu mkn
Serbuk paprika 4 sudu mkn (atau lebih )
Bawang putih tumbuk lumat 2 sudu mkn (atau lebih)
Majerin 120g

Cara...

Dlm periuk...masuk majerin bawang putih
Sos cili sos tomato aerbuk lada serbuk
Paprika garam gula letak atas api guna api
Perlahan kacau sehingga mendidih

Dah masak tutup api...sejukan.

Gaul bersama ayam yg kita sedia tadi gaul lebih kurang 10 minit biar rata...

Tutup dengan plastik simpan dlm peti ais
1 mlm

Kemudian bakar dlm oven sehingga
masak

Jangan lupa alihkan ayam dan sapu sos

Kredit /Do Eat Their Own ของอร่อยมีอยู่ทุกที่

RESEPI MEMBUANG SISA DIDALAM USUS PERUT ANDA

Tags
2 liter air
1 sudu teh parutan halia (segar)
1 lemon bersaiz sederhana, dihiris nipis
1 timun sederhana, dikupas dan dihiris nipis,
12 helai daun pudina kecil
2 liter air
1 sudu teh parutan halia (segar)
1 lemon bersaiz sederhana, dihiris nipis
1 timun sederhana, dikupas dan dihiris nipis,
12 helai daun pudina kecil

Persediaan:
Campurkan semua bahan dalam periuk yang besar dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Minum 4-5 gelas sepanjang hari. Anda boleh mula minum ramuan itu pada waktu pagi sebelum sarapan pagi untuk hasil yang lebih baik dan lebih cepat.
Anda akan berasa seperti anda telah kehilangan 1 paun selepas dua jam pertama.
Pakar pemakanan mengatakan bahawa penggunaan biasa air ini, bersama-sama dengan aktiviti fizikal sederhana, boleh mencairkan lemak perut dan membantu mengurangkan perut yang buncit.

Tidak disyorkan untuk wanita hamil dan ibu menyusu, ATAU UNTUK ORANG YANG MEMPUNYAI MASALAH PERUT atau alah kepada MANA-MANA BAHAN TERSENARAI!

TIPS PERKAHWINAN: MEMILIH BARANGAN HANTARAN UNTUK BAKAL RAJA SEHARI

Tags
🌸Pemilihan Barangan Hantaran🌸

1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.

2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.

3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).

4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.

5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.

6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.

7. Sireh junjung merupakan hantaran yang WAJIB bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.

8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.

Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

Sirih Junjung
Kemeja/Seluar
Beg duit/Tali Pinggang
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Jam Tangan
Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
Kasut
Buah-buahan
Kek/Kek Cawan
Coklat
Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Mas kahwin/Duit Hantaran
Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
Tepak sirih
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Potpourri/Bunga Rampai
Jam tangan
Kasut
Telekung
Beg Tangan
Set wangian /Barang mekap
Buah-buhan
Kek/Kek Cawan/ Coklat

RESEPI CHEESE KEK COKLAT BROWNIES

Buat penggemar cheese dan coklat, ini adalah resepi yang harus anda cuba.. Brownies ni sedap kalau dimakan sejuk! Memang sangat best! Jom cuba!

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 35 minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:

Bahan untuk adunan brownies:
115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
150g (3/4 cawan) gula perang
2 biji telur
50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
1 biji telur
225g (1 cawan) cream cheese
50g (1/4 cawan) gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:
1.Cara-cara untuk adunan cheesecake:

Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
Pukul sehingga lembut dan berkrim.

2.Cara-cara untuk membuat brownies:

- Panaskan oven pada suhu 160 ℃. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
- Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
- Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
- Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
- Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
- Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan.
- Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok. Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
- Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek 'set' di bahagian tengah.
- Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.

Tips:
Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.

Selamat mencuba!

WHATSAPP GROUP YANG BANYAK BOLEH MERBAHAYAKAN ANDA.

Tags
Semua Ada WhatsApp

-> Berapa Group Anda Ada?
-> Kalau Lebih 2 Anda Dalam Bahaya tau

Baca & Share.....

10 sebab kenapa group WhatsApp jadi semak

1. Jenis yang terlebih ambil berat, suka forward imej lengkap gambar bunga
bagai semata-mata nak ucap salam, selamat pagi sampai 2, 3 keping. Paling tak boleh blah, yang reply pun sama. Kalau group 5-10 orang dalam group boleh tahan lagi. Buatnya, lebih separuh daripada 50 orang buat hal sama, tak ke pagi-pagi dah serabut perut.

2. Sembang berjela hal yang hanya kena pada 2 orang saja padahal group ada lebih 50 orang. Ada tu pula suka benar menunjuk-nunjuk gambar selfie diri sendiri atau gambar anak sampai 14 kali sehari. Habis data. Akhirnya, tekan More --> Clear Chat!

3. Respon menganjing/ tak serius pada komentar ahli group yang bagi
cadangan atau pandangan padahal sebelum tu menyalak minta respons. Bila 'exit group' boleh pula yang menganjing tu tanya kenapa dia left?

4. Kalau group kawan sekolah lama, masing2 tanya khabar, sibuklah cakap
rindu, kenangan indah bagai tapi bila admin nak set tarikh utk jumpa
punyalah payah.

5. Kalau group kawasan kejiranan, ada yang suka merapu melebih-lebih
sampai masuk hal dalam kain padahal masing-masing dah ada bini, anak
berderet, siap kalau malam Jumaat hantar gambar yang sewaktu temanya
sampai jam 2,3 pagi. WTH?!

6. Kalau group rasmi, hantar beberapa keping gambar dah cukup. Tapi kalau jenis yang tak fikir orang lain sanggup hantar sampai 30 gambar serentak untuk satu program je termasuk gambar kabur/blur sampai memori full.Gila kau! Habis jammed hp.

7. Isu remeh-temeh yang sama dikitar semula. Kalau jumpa cerita sama,
dalam group pun cerita sama. Akhirnya baik jadi silent reader tak pun CCTV.

8. Ada pandangan berbeza nanti kalau cakap boleh tercetus perang dunia
ketiga tambah kalau menyentuh bab politik.

9. Bosan jenis yang copy & paste atau dipetik dari group sebelah cerita2 yang konon mengajak ahli group ingat Tuhan. Sumber tak tahu sahih ke tidak. Panjang2 pula ayatnya itu. Akhirnya sekadar scroll tak baca habis.

10. Jenis yang kepoh berangan reporter Melodi. Sibuk copy & paste berita
sensasi, khabar angin tup tup, esok lusa hal yang dikecohkan itu hanya salah faham, tak berlaku pun atau gambar edit.

Jadikan group WhatsApp bukan alat pencuri masa berharga anda sedangkan hayat kita semua ni sedang dihambat!

RUPANYA TIDUR DALAM KERETA SUATU PERBUATAN MERBAHAYA

Tags
Salam Jumaat buat semua. Arini admin terjumpa satu artikel yang sangat berguna so admin nak berkongsi dengan mommies semua..

Info Penting‼️ Sila Baca‼️

Apa jadi pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tengah idle/tak bergerak sebab ianya boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum ni orang mati sebab tidur dalam kereta, tapi masih ramai yang buat.

Contohnya bila rumah/office black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.

Sama juga kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta sambil engine dan aircond ON.

Tidur dalam kereta bahaya kalau:

1. Engine ON, aircond ON, tingkap fully tutup.
2. Engine OFF, aircond OFF, tingkap fully tutup.

Bila engine ON dan kereta idle dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO daripada ekzos boleh masuk ke dalam cabin penumpang. Ada dua cara CO membunuh, pertama ianya akan menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. Kedua CO akan bergabung dengan Oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila ON aircond dan sebab nak tidur.

Kalau engine OFF, tapi tingkap tutup rapat, akan sebabkan kekurangan oksigen.

Boleh kalau nak tidur dalam kereta tapi tingkap tu kene turunkan sikit. Agak cukup tangan dari luar tak boleh masuk. Aku pun selalu kalau nak tidur aku akan OFF aircond dan turunkan tingkap sikit. Jangan turun banyak sangat, nanti pencuri boleh bukak dan kalau nak tidur, parking kat tempat yang ramai orang.

Bila korang terperangkap dalam traffic jem, mesti korang akan rasa pening kan? Mungkin korang ingat sebab kereta yang kerap bergerak dan berhenti, tapi sebab sebenarnya ialah keracunan CO. Masa traffic jem, penghasilan gas CO akan lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama. Mungkin sebab ni la sampai 15 orang meninggal dalam jem teruk di Indonesia baru2 ni. Apa yang korang perlu buat bila rasa pening masa traffic jem, ialah bukak tingap sekejap dalam 30 saat. Bagi oksigen masuk sikit dan keluarkan CO dari cabin.

Kesimpulannya, elakkan la tidur dalam kereta kalau bukan hal emergency.

TEKNIK MENGAMBIL UKURAN UNTUK JAHITAN BAJU

🌺Mengambil Ukuran menggunakan inci ye 🌺

1. BAHU
Letakkan tali ukur di pangkal tulang bahu kanan hingga kiri melalui lengkungan leher. Boleh rasa tau tulang bahu tu. Sebelum letak tape tu boleh tekan2 lembut ada tulang joint antara hujung bahu dan pangkal lengan. Ukuran ni penting,terletaknya baju tu sebab ketepatan ukuran ni.

2. LABUH TANGAN.
Ada 2cara ambil ukuran ni.

-tanpa alihkan tape masa ukur bahu tadi, terus tarik tape hingga hujung tangan. Bacaan akhir nanti tolak je ukuran bahu tadi. Sebagai cth:
Bahu 14"
Labuh tangan & bahu 39"
Jadi, labuh tangan 23"

Tapi, kelemahannya adalah kadang2 kita boleh tersilap tolak jika bacaan bahu&labuh tangan nanti melibatkan hoon. Cth bacaan bahu dan labuh tgn 39inci 6hoon. Nak tolak bahu 14" 2hoon. Ha masaklah mengira hoon tu bagi yang tak biasa ngan tali ukur.

-Alih tape bacaan bahu tadi. Letakkan tape di tulang bahu tadi dan tarik sehingga hujung lengan,atau lebih tepat tulang di pangkal tangan. Atau ikut uols nk labuh mana. Boleh refer pict no 6 untuk step ni.

Kalau nak hujung tgn getah ke kaf ke jangan gatal2 tambah ukuran ye. Seperti kami tulis atas tadi, ini adalah UKURAN ASAS. Jadi ukur yang asas je dulu. Nak tambah2 nanti kite citer masa lakar pola.

Bagi yang nak zip hujung tangan boleh ukutlilit hujung tangan . Agak2 je besar mana korang nak. Jangan ketat sangat sudah la kang jadi robot tak leh gerak

So ni lah 2cara tu. So ikut uols nak folo step mana. Nk try error pun boleh.

3. DADA
Ukurlilit dada ,pastikan tape mesti diparas puncak dada. Jangan lilit ketat sangat. Cukup sekadar ngam2. Masa lakar pola kita akan tambah kelonggaran. Ukuran lilit ni hanya sekadar ukuran asas.

4. PINGGANG
Ukurlilit pinggang. Sama macam dada tadi. Ukuran ni adalah separas ngan pusat. Jangan beria cari kat mana pusat pulak, anggaran paras pinggang kain/seluar sudah memadai. Ukuran ni adalah sebagai benchmark untuk blouse kita nanti.

5. PUNGGUNG
ukurlilit punggung mesti diparas puncak punggung.

6. Leher.
Ukurlilit leher dengan kelonggaran 2jari. Just masukkan 2jari telunjuk dan tengah masa ukur ni. Atau boleh juga dengan kelonggaran yang korang nak besar mana.

7. LABUH BAJU
Diambil dari depan bahagian badan. Letak tape di tulang pangkal leher sampai labuh mana korang nak. Blouse biasanya paras lutut.

8. PARAS PINGGANG
diukur dari belakang badan. Letak tape dari pangkal leher belakang sampai paras pusat tadi.

So, rasanya tu je untuk ukuran blouse.

*PENTING
💐Catat semua bacaan semasa mengukur dan simpan didalam buku khas supaya boleh dirujuk kemudian hari

💐Ukuran asas ni boleh digunakan untuk membuat baju lain seperti kebaya, kebarung, jubah,kurung moden. Hanya perlu olah masa lakar pola nanti. Jadi mohon ukur betul2

Share from fb.com/ninalabuchiboutique

MYPREPAID : 1 SIMCARD 1001 KELEBIHAN

Jana Income Sampingan:
🔹Guna simkad MyPrepaid anda dapat tabung khairat sehingga RM1500..
🔹Guna simkad MyPrepaid anda dapat mata ganjaran tanpa tarikh luput.. Mata ganjaran bole ditukarkan dgn barang2 yg ada di web http://goo.gl/iZ39gC

🔹Guna simkad MyPrepaid anda dapat guna app my2u+.. Free call, free text, free video antara MyPrepaid dgn MyPrepaid..
🔹Guna simkad MyPrepaid anda dapat menjadi ahli myclub dengan yuran rm20 setahun.. Ahli myclub
• Layak dapat perlindungan Takaful percuma RM50000 (tidak perlu maintain apa2)
• Layak dapat diskaun pembelian reload sebanyak 3% & merchandise sebanyak 3%-7%..
• Layak dapat kemudahan utk pembayaran bil2 utiliti..
• Layak dapat perkhidmatan menjual reload..
🔹Guna simkad MyPrepaid anda layak memohon pinjaman RM3000
tanpa faedah melalui program MyUsahawan.. Layak juga memohon pinjaman yg kedua & seterusnya sehingga RM50000..
🔹Guna simkad MyPrepaid anda layak menyertai cabutan bonanza setiap bulan yg bernilai RM20k sehingga RM50k..
🔹 Yang PALING BEST, guna simkad MyPrepaid anda DAPAT MENJANA PENDAPATAN SEHINGGA 6 ANGKA SEBULAN..
🔹 Bole kekalkan no lama anda ke MyPrepaid..

RESEPI NASI DAGANG KELANTAN

Tags
Resepi Nasi Dagang Kelantan

Bahan
3 cawan beras nasi dagang, rendam selama 20 minit, cuci bersih dan toskan.
1 cawan santan kelapa pekat
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 inc halia
3 ulas bawang merah
1/4 sudu teh halba, rendam selama 10 minit
1 helai daun pandan
Cara Masak Nasi Dagang
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk nasi.
2. Kacau rata kemudian tanak nasi seperti biasa hingga ia masak.
3. Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstik dan tutup semula periuk dan biarkan ia masak dengan sempurna.
4. Sementara kita tunggu nasi masak, bolehlah kita sediakan bahan untuk masak gulai ikan tongkol

RESEPI NASI LEMAK ANAK DARA ALAS DAUN PISANG

Tags
Assalamualaikum dan selamat pagi

RESEPI NASI LEMAK DENGAN ALAS DAUN PISANG

Bahan-bahan untuk nasi:
● 2 cawan beras
● 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
● 1 helai daun pandan - disimpul
● 3 hirisan halia
● garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk sambal:
● 6 sudu besar cili kering mesin
● 4 ulas bawang merah -ditumbuk
● 2 ulas bawang putih -ditumbuk
● 1 biji bawang besar -dihiris
● segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
● sedikit air asam jawa
● sedikit belacan (jika suka)
● garam dan gula
● Bahan sampingan lain:
● Ikan bilis goreng, telur rebus, kacang tanah goreng dan timun.
● Daun pisang (sebagai alas)

Cara memasaknya:
1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2. Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.

3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.

4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.

5. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan dengan beralaskan daun pisang.

RESEPI MEETBALL ALA IKEA HOMEMADE

Tags
Assalammualaikum dan selamat pagi semua.. ok arini saya nk share resepi meetball ala ikea.

Bahan
1 biji bawang holland
5sudu tepung
1 1/2 cup susu full cream dutch lady
1/2 cawan air
4 susu sos tomato-saya xde sos tomato just pki sos cili
3-5sudu kicap manis-ikut colour korang nak
4 susu sos tiram
4 sudu butter
4sudu lada hitam
Gula dan garam secukup rasa

Meetball-brand saudi gold
Kentang-brand ramly

Jem strawberry/blueberry/longanberry- saya pki jem strawberry jenama achievers

Cara2
1. Potong dadu bawang holland
2.masukkan butter dlm kuali n bila butter dah cair masukkkan bawang
3.masukkan tepung gandum bila bawang dah nmpak perang sikit
4.ok dah boleh masukkan susu dah air
5.kemudian masukkan semua bahan lain kecuali gula dan garam.
6. Bila dah berbuih sikit masukkan gula dan garam
7. Kene kacau ya takut nnt berketul.
8. Dah masak secukup rasa kita tutup api
9.masukkan dalam blender
10. Bila blender sos akan cair.
11.goreng meetball dan kentang
12. Get ready untuk makan ya semua.

Semoga ilmu ni bermanfaat utk anda semua.

RESEPI BURGER DAGING BAKAR HOMEMADE

Resepi Burger Daging Bakar:

Bahan-bahan:
500 gram daging (direbus & dicarik-carik)
1 biji bawang holland goreng
1/2 cawan sos barbeku/lada hitam
4 keping keju cheddar
2 biji roti bun
2 sudu makan mustard
4 sudu makan mentega
Garam & serbuk lada sulah
Keranjang aluminium

Cara membuatnya:
1. Campurkan bawang holland goreng, sos barbeku, mustard, garam & serbuk lada sulah.
2. Potong roti bun, sapu mentega dan letakkan daging di tengah.
3. bungkus dengan keranjang aluminium dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 5 minit.

RESEPI BEEF MACARONI CHEESE VERSI MELAYU

Tags
Beef Macaroni Cheese sekilo
ni versi tekak melayu
beli dekat kedai mahai . buat sendiri berbaloi2 . boleh letak cheese banyak..muahahaha.. :D

Resipi beef macaroni & cheese

macaroni
bawang holland ( cincang halus )
bawang putih ( cincang halus )
sayur campur
sosej
daging burger 2 keping ( cincang halus
sos spageti kimball ( sy suka guna jenama kimball sbb murah )
cili sos
mozarella cheese

Cara2 :

1) panaskan minyak . guna sikit je minyak taw . nanti bila tumis daging burger dia akan keluarkan minyak .

2) tumis bawang holland & bawang putih
masukan sosej
masukkan daging burger

3)tumis sampai masak

4) masukkan sayur campur
masukkan sos spageti & cili sos
masukkan macaroni yang dah direbus terlebih dahulu

5) sebatikan dengan perasa
dah siap tu . letak dalam ape2 bekas & tabur cheese banyak2 .

6) bakar pada suhu 160 selama 15 -20 minit
(api atas bawah)

7) 5 minit akhir tu ja buat api atas je . bagi cheese tu nampak colour brown and crispy bila makan nanti .

MITOS KESIHATAN: LEMAK MEMBEKU SELEPAS MINUM MINUMAN AIS

Berkenaan memakan lemak dan minum air sejuk.

Ada orang beritahu saya yang kita tidak boleh minum air sejuk atau air berisi air batu selepas makan makanan yang berlemak. Katanya ia akan menyebabkan lemak itu beku dan akan menyumbat saluran darah kita.

Saya kata kepada kawan saya, Allah telah membuat satu sistem yang dinamakan "homeostasis" dalam bahasa perubatan moden. Homeostasis ialah sistem pengimbangan dalam badan dimana keadaan badan akan sentiasa berada dalam keadaan normal termasuk suhu badan kita. Walau pun didedahkan kepada suhu yang sejuk, suhu badan kita akan tetap berada dalam lingkungan 36 - 37.5 darjah celsius. Jadi walau pun kita minum air yang ada air batu, suhu air itu akan ditingkatkan kepada suhu optima badan. Jadi pembekuan lemak dalam badan kita tidak akan berlaku.

Keduanya, lemak diserap masuk kedalam darah bukan dalam bentuk pepejal, ia diserap dalam bentuk molekul individu. Jadi proses pembekuan lemak tidak sama sekali akan berlaku didalam saluran darah.

Jadi jangan khuatir, nikmatilah air sejuk atau berair batu tanpa was-was

-Dr Abd Ghani Hussain

RESEPI SHELL OUT MUDAH DAN MURAH

Smlm masak sendiri shellout sbb beli penah dpt ketam dgn kupang tak masak. Berlendir. Masak sendiri puas hati. Konpemm masak dgn sempurna. Korang try k. Resepi kat bawah

Resepi shell out - Makan 7 org

Ketam 2 ekor (belah 2) - rebus sampai masak
Kupang (1/2 kilo) - rebus sampai masak
Udang (1/2 kilo)
Sotong (1/2 kilo)
Jagung & brokoli - rebus sampai masak
Bwg putih, bwg merah, cili kering, halia-(blender)
Sos tiram (2sb)
sos ikan (1sb)
sos cili ( 5sb)
Asam keping (3pcs)
Kiub pati ikan bilis (1kiub)
Garam n gula (secukup rasa)

Cara2
1) Rebus bahan yg perlu direbus dan ketepikan.
2) Panakan minyak. Tumis bahan kisar dan asam keping sampai naik bau
3) Masukkan sos2 dan kiub pati ikan bilis. Kalau pekat masukkan air sikit.
4) Masukkan semua seafood. Kacau sebati. Masuk garam dan gula. *puasa ni agak2 je laa yee huhu
5) Hidangkan dgn jagung dan brokoli. Hias lemon
6) Nasi panas2

Cengginiiii 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

RESEPI KEK COKLAT BERHANTU

Sy pun dah cuba buat smlm..mmg sedap kek ni..kek coklat cheese berhantu😱
Kek ni sbnrnya sama je dgn resepi yg org lain buat tu..sy pun amek dari grup masak..cuma sy ubah sikit2 ikut cara sy..

Kek coklat cheese

Bhn utk kek coklat
2 biji telur(sy guna gred a)
1 cwn serbuk koko
1 cwn tpg gandum
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam halus


Cara2
1) ayak tpg gandum,serbuk koko,baking powder,soda bikarbonat & garam..
2) dalam bekas lain,satukan telur,gula & esen vanila..mixer hingga kembang..
3) masukkan minyak masak & susu pekat..mixer sebati..
4) masukkan tpg yg telah diayak td..masukkan sikit2..& kacau sebati
5) panaskan susu cair hingga mendidih & masukkan dlm adunan td..kacau sebati
6) tuang adunan dlm bekas kecil(sy guna bekas saiz sq450)..isi 1/2 bekas shj
7) panaskan pengukus hingga airnya mendidih..kukus kek td selama 20-25 minit..
sy balut tutup pengukus utk mengelakkan air menitik atas kek
8) bila kek dah masak,biarkan kek sejuk dahulu..

Bhn utk cream cheese
250gm cream cheese tatura
1/2 cwn susu pekat( yg ni bleh tambah @ kurangkan..ikut rasa sendiri)
2 cwn whipping cream(sy guna anchor uht whipping cream)

Cara2
1) satukan cream cheese dgn susu pekat..mixer hingga sebati..
2) masukkan whipping cream..& mixer lg hingga cream menjadi pekat..
hati2 ye,jgn terlebih putar,nanti cream tu jd cair balik

Bhn utk coklat ganache
250gm coklat compaund(sy guna beryls dark compound)
1 cwn whipping cream(sy guna anchor uht whipping cream)
1 sudu teh esen vanila

Cara2
1) potong coklat beryl kecil2 & cairkan secara double boiler..bila coklat dah cair,masukkan whipping cream & esen vanila..kacau hingga sebati n tutup api
ni cara yg sy buat tau..xpasti la betol ke tidak..hehe😊😊
lg 1,bleh tambah butter 1 sudu mkn..sy xletak sbb lupa

Bhn utk lorek
2 sudu besar adunan cheese kt atas td tu + coklat ganache sikit..kacau sebati & boh dlm piping bag


Cara2 seterusnya
~ adunan cheese masukkan dlm piping bag
^ kek coklat yg dah sejuk tu belah dua..masukkan blk yg pertama..paipkan adunan cheese..letak lapisan yg kedua..paipkan adunan cheese lg sekali..ulang proses yg sama hingga kek td abis
~ simpan & sejukkan dahulu dlm peti ais selama 20-30minit..utk bg cheese td keras sedikit
^ selepas 30minit..keluarkan kek & tuang coklat ganache td..
^ lorek ikut kreativiti masing2..
^ sejukkan dlm peti ais dulu..agak2 jela nk simpan lama mana..😊😊

**yg sy buat tu dpt 6 bekas saiz sq450

Kredit FB : Siti Hajar Hashim

TUTORIAL VIDEO UNTUK HILANGKAN RASA GELI /NGILU KEPALA ZAKAR

Ngilu atau rasa geli pada kepala zakar adalah punca utama yang menyebabkan para suami di luar sana tidak dapat bertahan lama di atas ranjang. Jadi disini dikongsikan teknik senaman untuk menghilangkan rasa geli tersebut dengan kaedah tradisional. Senaman ini perlu sentiasa diamalkan setiap hari hingga berjaya.

Isteri jaga suami dengan masakan, suami jaga isteri dengan prestasi yang mantap di ranjang. Baru isteri tidak mencari lelaki lain.

a. Senaman Pertama - Waktu yang paling baik senaman ini dilakukan di waktu subuh bagi mengeluarkan segala udara kotor yang terperangkap jika nafas disedut dan dihembus separuh penuh ketika tidur. Gerakan ini berfungsi memasukkan udara baharu yang bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru serta urat saraf dengan menyerapkan udara baharu hingga ke urat biji ranting (avioli) yang berada di hujung urat paru-paru. la melatih paru-paru supaya mengembang ke peringkat yang lebih baik.

-Video Tutorial Senaman Zakar-

b. Senaman Kedua - Biasanya lelaki yang sihat akan bangun pagi dengan keadaan zakarnya tegang. Gerakan ini dlilakukan di waktu pagi ketika zakar masih tegang. Bagi yang lemah syahwat atau mati pucuk, gerakan ini dapat menolong mengembalikan kekuatan tenaga batin. Gerakan ini menolong melatih otot kendalian zakar supaya dapat menarik zakar rnenuju ketegangan seimbang. la dapat menambah kemampuan kendalian urat paha; menguatkan dada; membesarkan zakar; mengeluarkan biji zakar serta mengurangkan rasa ngilu pangkal zakar.

Gerakannya ialah duduk dengan keadaan tumit kaki bertemu dan bawakan hampir dengan kernaluan. Tegakkan belakang. Tarik nafas hingga penuh paru-paru, tariklah dengan tempo yang secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, tekan kedua-dua lutut dengan kedua tapak tangan supaya kedua-dua lutut itu dapat mencecah lantai. Jika tidak boleh, buat setakat terdaya dahulu.
Kedua-dua lengan patut diliruskan bagi mencapai piawai gerakan. Bahu sepatutnya tegak seimbang. Pada waktu yang sama, kemutkan otot zakar supaya kepala zakar kembang. Tahan nafas 7 detik. Hembuskan nafas secara perlahan-lahan. Lakukan lagi gerakan yang sama sebanyak 3 kali.

c. Dari kedudukan sebelumnya, tarik nafas semua secara perlahan-lahan. Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat paha di bahagian dalam paha dan urut menggunakan perut ibu jari dari hujiung paha ke pangkal paha dan akhirnya gerakan itu melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar. Urutan dilepaskan jika mahu nencecah kepala zakar. Selepas itu, lepaskan nafas. Gerakan ini bertujuan untuk mengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di sini. Ia juga membesarkan kembali zakar yang kecil. Anda disarankan supaya urutan dibuat nnenggunakan minyak urut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...