06 Oktober, 2016

20 TIPS UNTUK MELUPAKAN BEKAS KEKASIH

Bercinta memang menyeronokkan tetapi apabila hubungan cinta tidak kekal maka kita pasti rasa menyesal kerana pernah bercinta. Putus cinta adalah suatu perkara yang paling menyakitkan dalam hidup.

Disini dikongsikan cara-cara untuk anda melupakan bekas kekasih anda. Semoga berjaya. Selamat Beramal.

1. Cuba jauhkan diri kamu daripada dia.

2. Jangan cerita tentang dia kepada kawan-kawan kamu.

3. Cuba fikirkan kejahatan yang pernah dia lakukan kepada kamu.

4. Buang nombor dia dalam telefon bimbit kamu.

5. Buang semua mesej antara kamu dan dia.

6. Buang atau block dia dari facebook, twitter, etc kamu.

7. Tahan diri daripada menghubungi atau mesej dia.

8. Buang gambar dia di komputer dan telefon bimbit kamu.

9. Buang barang yang pernah dia berikan pada kamu.

1.0 Sibukkan diri dengan aktiviti lain atau kerja.

11. Cuba alihkan fikiran kamu kepada hal-hal lain supaya kamu tidak fikirkan tentang dia.

12. Cuba cari orang lain atau kawan yang boleh membuat kamu gembira.

13. Kalau terserempak dengan dia di mana-mana, jangan pandang, buat tak tahu je.

14. Jangan banyak termenung kerana mungkin kamu akan teringatkan dia.

15. Tumpukan perhatian kamu kepada hal yang lain apabila kamu teringatkan dia.

16. Cari kelemahan dia, yang akan membuatkan kamu membenci dia.

17. Jangan dengar lagu-lagu sedih yang akan membuatkan kamu teringat kepada dia.

18. Lupakan segala kenangan manis kamu bersama dia.

19. Carilah orang yang lebih menghargai kamu, lupakan dia yang banyak memberi kesakitan kepada kamu.

20. Jangan lupa berdoa dan tenangkan hati kamu. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan.