04 Oktober, 2016

JENIS JERAWAT DAN CARA ATASI JERAWAT DENGAN MUDAH

Apa Itu Jerawat?

Jerawat berlaku apabila minyak semulajadi kulit (aka sebum) dan sel kulit mati tersumbat dalam liang kulit. Liang kulit ni macam lubang penafasan kalau tersumbat kulit tak dapat bernafas dan sisa kumuh tak dapat keluar dari kulit.
Bila dah tersumbat, bakteria pun akan join sekali maka terjadilah Jerawat.


Jenis Jerawat

Jerawat ni ada banyak jenis yang biasa orang ada ialah whitehead, blackhead, papule, pustule dan cyst. Jerawat jenis nodule ni jarang orang ada. Nodule ni lebih kurang macam cyst tapi lagi sakit dan lagi besar.

1.Whitehead (jerawat pasir)

Jerawat pasir ni kecil dan terjadi bila pori tersumbat di bawah kulit. Yang bagusnya jerawat pasir ni tak ada merah-merah dan tak sakit(tak ada jangkitan dan radang) . Cara nak rawat ialah kena rajinkan diri buang sel kulit mati. Boleh guna scrub atau masker.
.
2.Black head

Blackhead ni lebih kurang sama macam jerawat pasir cuma ia bintik putih bertukar jadi warna hitam sebab bahagian atas jerawat (sebum) tu terdedah dengan udara dan teroksida. Pernah tgk besi berkarat kan? Mcm tu kesannya bila kena udara.
.
3.Papule

Papule ni nampak merah ,bonjolan pada kulit tanpa nanah. Sakit bila disentuh . Papule terjadi bila jerawat pasir(whitehead) tu tadi dijangkiti dengan bakteria menyebabkan jangkitan dan keradangan (inflamasi). Elakkan picit papule sebab ia akan membesar menjadi pustule.
.
4.Pustule

Pustule ni pulak ada bintik merah dan kat pusatnya ada nanah warna putih atau kuning. Biasanya tak sakit dan terjadi bila ada campuran minyak, sel kulit mati dan bakteria. Kalau nak picit, picit masa betul2 dah masak. Kalau salah picit, boleh jadi parut dan susah nak hilang.
.
5.Cyst

Bahagian kulit yg ada cyst biasanya merah, sakit dan ada nanah kat bawah kulit. Biasanya tak nampak dengan mata kasar, namun bila sentuh tu memang rasa lembik-lembik mcm ada air kat bawah kulit tu. Biasanya terjadi sebab hormon tak seimbang seperti hormon androgen (bagi perempuan) & hormon testosteron meningkat (lelaki).
Ia boleh duduk bawah kulit selama berminggu-minggu.
.
6.Nodule (jerawat batu)

Nodule pulak jerawat paling serius dan paling susah dirawat. Nodule ni sakit ,besar dan ada ketulan bawah kulit. Jangkitan bakteria terjadi nun jauh dibawah kulit dan krim jerawat yang disapu pada jerawat ni biasanya tak berkesan sebab ia mengeringkan jerawat dibahagian atas sahaja.
.
Cara Hilangkan Jerawat

Semakin anda belajar tentang jenis jerawat yang anda hadapi, semakin mudah anda mencari penyelesaian yang terbaik untuk jerawat anda tu.Kebanyakan jenis ringan dan sederhana boleh dirawat dengan mengguna produk yang ada asid salicylic ,benzoyl peroxide atau minyak tea tree.

posted from Bloggeroid