PETUA BELIMBING BULOH MENGURANGKAN KUNING/JUNDIS PADA BAYI

Tags

Merungkai Mitos- Belimbing Buloh mengurangkan kuning pada bayi

Kuning ataupun istilah perubatannya ‘Jaundice’ merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan. Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurang oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yg mencukupi.

Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana organ paru-paru dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi yang telah lahir itu. Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati. Apa-apa molekul lain yang mengganggu enzim ataupun membebankan hati akan mengganggu juga penyingkiran bilirubin. Ini akan menyebabkan kandungan bilirubin tinggi dan menyebabkan kekuningan.

Sebab itu kita nasihatkan para ibu yang menyusukan bayi supaya mengelakkan diri daripada mengambil herba pada peringkat awal kelahiran. Sebab herba tersebut boleh masuk ke dalam susu dan membebankan hati bayi. Instead dia nak singkirkan bilirubin, dia juga terpaksa berkerja untuk menguraikan molekul daripada herba tersebut.

-------------------------------------
Belimbing Buloh tidak mengurangkan kekuningan pada bayi

Menggunakan Belimbing buluh dan meletakkannya di atas kulit merupakan suatu cara yang tidak terbukti berkesan. Beberapa persoalan perlu dilontarkan berkenaan mekanisma bagaimana ia mengurangkan kekuningan pada bayi

1) Adakah dalam Belimbing Buluh mempunyai kompaun yang mampu mengurangkan kuning?

2) Adakah ia bertindak dengan cara menyerap bilirubin ke dalam buah belimbing itu?

3) Adakah dengan meletakkan belimbing itu akan menyebabkan bayi sentiasa mendapat air yang banyak drpd belimbing tersebut, lalu mengurangkan kuning pada bayi?

4) Etc, etc

Ketahui bahawa kulit manusia merupakan lapisan yang telap air. Ia tidak membenarkan air dan kebanyakkan molekul lain masuk ke dalam saluran darah. Ia juga tidak membenarkan kompaun bilirubin diserap keluar drpd saluran darah ke dalam belimbing buluh tersebut.

Para pembaca perlu tahu, seseorang bayi mampu menurunkan kandungan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa memerlukan apa2 bantuan. Sebab itu majoriti daripada bayi hanya akan diperhatikan kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja. Jika semakin menurun kita akan biarkan sampailah ia kembali normal tanpa berbuat apa-apa. Hanya jika ia mencapai kadar tertentu sahaja baru kita letakkan dibawah lampu biru untuk mengurangkan kekuningan bayi tersebut.

Harap bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...