31 Disember, 2016

RESEPI KEK LUMUT HIJAU

Kek cantik dan gebu.

Bahan2nya : (Loyang : 8" x 8")

10 biji telur Gred A
450 gm mentega (Golden Churn, Anchor, SCS)
3/4 cawan gula castor
2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlick
1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
1 cawan susu pekat manis
2 sudu teh esen vanilla
1 botol besar (60ml) pes pandan Cap Kopoe-Kopoe/ jenama lain pun boleh

Cara2 Membuatnya:

1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Gris loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. Nak alaskan dengan kertas minyak pun boleh.

2. Pukul mentega dgn gula halus serta esen vanilla sehingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.

3. Masukkan telur sebiji dan pukul dgn speed perlahan. Kemudian, masukkan lagi sebiji dan pukul lagi. Ulangi proses sehingga habis.

4. Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar hingga sebati.

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan horlick, sebuk almond dan nestum. Kacau lagi hingga sebati.

6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (untuk mengelak kek melekat pada kertas foil)

7. Kukuskan selama 4 jam. (Tambah air panas, jika air pengukus hampir kering)

8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Dah sejuk, baru boleh keluarkan dari acuan.

selamat mencuba sis