RESEPI PAU CENDAWAN VIRAL

BLogTips
0
RESEPI PAU CENDAWAN VIRAL

Bahan-bahan inti Pau Cendawan:

2 bji bawang holand
1 tin cendawan butang
Isi ayam potong kecil
3 sudu butter utk tumis
2 cubit lada hitam yg serbuk
1/2 tin sup cendawan (tin kecil)
3 keping keju cheesedale
3 biji kentang parut
1biji carrot parut jugak
Satu sudu kecil serbuk ayam tumix

Cara-Cara :

1. Tumis bawang sampai layu,
2. Masukkan ayam tggu separuh masak
3. Lepas tu masukkan kentang dan carrot tggu sampai lembut
4. Dah lembut masukkan sup cendawan tadi...tggu sampai pekat sikit masukkan keju tadi
5. Taburkan lada hitam, serbuk tumix,gula dn sedikit garam....

Untuk bancuhan coklat;

2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Tambah sedikit air untuk bancuh, bancuh macam korang bancuh water colour tu. Tak pekat sangat dan tak cair sangat.

Untuk Doh:

300grm tepung pau
Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni)
Setengah paket yis mauripan
2 sudu bsr gula
2 sudu besar susu
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Lepas tu masukkan serbuk yis dan tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih.
Dah kembang yis masuk kan dalam tepung uli sekejap kemudian tambah shortening.
Uli tepung sampai lembut, lepas tu rehat kan doh dalam 20 minit.
Dah rehat dan kembang tumbuk tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap. Bila doh dah lembut bahagikan doh kepada 10. Ambik sikit doh simpan untuk buat batang cendawan.
Doh yang korang bahagikan tadi boleh la isi dgn inti. Dah isi inti sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi dgn menggunakan berus. Tunggu 40 minit baru kukus.
Kukus dengn api besar selama 10minit dan penutup kukus tu balut dgn kain.
Kukus batang pau yg telah digentel sekali. Bila dah masak buat lubang belakang pau, selepas itu celupkan batang pau dengan coklat cair tadi, baru masukkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau tu.
Kemudian kukus lagi 5 minit dan siap untuk di makan.

Credit to:
www dot azhafizah dot com

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)