02 Januari, 2017

GURU BERMANDI LUMPUR UNTUK KESEKOLAH

Kisah sekumpulan cikgu yang mengajar di Sekolah Balar Gua Musang Kelantan. Walaupun kita baru menyambut tahun 2017, hanya 3 tahun sahaja lagi negara kita maju dengan wawasan 2020, namun infrastruktur untuk rakyat Malaysia di kawasan pendalaman amat memalukan.

Berikut adalah gambar situasi yang perlu ditempuh oleh guru-guru yang mengajar di Gua Musang.

Permulaan sekolah tahun 2017. Bertolak dari Pasir Mas 7 pagi. Sampai gua musang 12 tengah hari. Siap2 .. pukul 3 bertolak dari Gua Musang ke Sk Balar Gua Musang .. Berbekalkan tawakal pada Allah.. kecekalan hati, semangat setiakawan, rasa tanggungjawab, kami sampai ke @Sk Balar Gua Musang. Kul 12 mlm.




Dari FB Syibli Sya https://goo.gl/GQiGoR