MEE GORENG BRIYANI YANG MENYELERAKAN

BLogTips
0
MEE GORENG BRIYANI
====================

Bahan:
1 bungkus mee kuning
1 ketul dada ayam didadu kecil
8 ekor udang (ikut suka nak letak berapa)
10 biji fish ball dibelah dua

2 keping fishcake dipotong nipis
beberapa batang sawi
3 ulas bawang merah dihiris nipis
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar rempah briyani
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap masin
1 cube stok ayam
1 cawan air (atau lebih)
.
untuk tabur:
daun bawang dan daun sadri dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit bawang goreng
.
Cara:
-Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang sehingga wangi. Masukkan rempah briyani. Goreng rata.
-Masukkan ayam. Setelah berubah warna, masukkan udang, fishcake dan fish balls. Gaul.
-Masukkan pula tomato puree, stok ayam, sos tiram dan kicap. Tambah air.
-Apabila mendidih masukkan sawi dan mee.
-Sekiranya suka mee basah, bolehlah tambah sedikit air lagi.
-Rasakan masinnya. Tambah kicap atau pun garam kalau perlu.
.
Share Supaya Tak Hilang
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)