RESEPI KEK BLUEBERRY CHEESECAKE GEBU GEBAS

Blueberry cheesecake

Base:
110g butter, di cairkan
200g digestive biscuits, saya guna 100g
100g oreo di hancurkan, optional
50g almond flakes, di panggang
2 sb brown sugar

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.

2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.

3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.

Filling:

500g cream cheese
30g butter
129g gula kaster
1 biji parutan kulit lemon
1 biji jus lemon
30g tepung jagung, di ayak
300ml UHT whipping cream
4 biji telur
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat filling:

1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.

2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.

4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.

5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.

6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.

7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.

Topping:

1 sk serbuk gelatin
30 ml air
150g blueberry pie filling

Cara2 membuat topping:

1. Satukan serbuk gelatin & air. Biarkan 5 min.

2. Cairkan gelatin guna double boiler.

3. Satukan dengan blueberry pie filling. Gaul rata.

4. Tuang atas kek yang telah di sejukkan.

Selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...