11 Januari, 2017

RESEPI KEK MANGGA SPAN LEMBUT

Sedapnya

Kek Mangga

Bahan-bahan untuk Kek Span

6 biji telur
35 gram tepung jagung
170 gram tepung superfine / tepung gandum
170 gram gula castor
35 gram mentega yang dicairkan

Cara Membuatnya

Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 C

Cairkan mentega dan ketepikan

Pukul telur bersama gula sehingga kembang

Didalam mangkok yang lain, campurkan kedua-dua tepung

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan teruskan memutar

Akhir sekali masukkan mentega cair dan kacau menggunakan spatula

Tuang adunan ke dalam loyang bulat dan bakar pada suhu selama 25-30 minit

Apabila kek sudah sejuk, potong kek kepada tiga lapisan secara melintang

Bahan-bahan untuk Mousse Mangga

150 gram puri mangga ataupun mangga yang telah dikisar
13 gram gelatin
30 gram air
40 gram gula
240 gram krim putar(whipping cream)
1 biji mangga dipotong dadu

Cara Membuatnya

Masukkan air ke dalam periuk dan taburkan gelatin

Masukkan gula dan mangga dan masak sehingga gula dan gelatin cair- sejukkan

Pukul krim sehingga kental dan masukkan adunan puri tadi-gaul sebati

Bahan-bahan untuk Sos Mangga

125 gram puri mangga
125 gram air
1/2 sudu kecil gelatin
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar (kuning/putih)
30 gram gula

Cara Membuatnya

Panaskan air dan masukkan gelatin. serbuk agar-agar dan gula
Masak sehingga kesemuanya cair dan masukkan puri mangga

Melapiskan Kek

Gunakan loyang springfoam ( berbentuk ring)

Letakkan 1 lapis kek dibahagan bawah sekali dan tuangkan mousse mangga ke atasnya

Tabur mangga yang telah dipotong dadu

Ulang proses ini sehingga selesai ketiga-tiga lapisan

Masukkan kek ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selam 4 jam ataupun semalaman

Kemudian tuangkan sos mangga perlahan-lahan di bahagian atas kek dan masukkan ke dalam peti sejuk semula selama 1 jam

Selamat mencuba kak