11 Januari, 2017

RESEPI KEK YOGURT STRAWBERI LEMBUT

Resepi Kek Yogurt Strawberi

Bahan-bahan:

100 gm gula perang
150 gm tepung gandum
60 gm serbuk badam
90 gm - 110 gm mentega cair

Cara menyediakan:

1. Satukan gula, tepung dan serbuk badam di dalam bekas pengadun. Gaul rata.

2. Campurkan mentega cair dan gaul lagi hingga sebati.

3. Tuangkan di dalam dulang pembakar bersaiz 16 x 16 sm (8 x 8 inci).

4. Bakar di dalam ketuhar hingga berwarna perang muda.

5. Setelah masak, biarkan ia sejuk.

Bahan-bahan untuk bahagian atas:

100 gm mentega
60 gm (1/4 cawan) madu
200 gm badam - dipanggang

Cara menyediakan:

1. Kacau mentega dan madu sehingga cair.

2. Renehkan selama tiga minit lagi.

3. Masukkan badam dan kacau.

4. Tuangkan ke atas bahagian yang dibakar tadi.

5. Bakar lagi selama 20 hingga 25 minit sehingga kekuningan.

6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.