TIPS SEBELUM DAN SEMASA TEMUDUGA PEKERJAAN

Sebab ramai kawan2 tgh cari kerja dan ada yang dah dipangil untuk temuduga. aku nk share sedikit tips dan pengalaman temuduga yg ramai tak akan jumpa di internet (wah ayat marketing baikk punya. xcaya baca smpai habis.. hahaha). Scope tips aku ni lebih kepada engineering fresh grad. so, klau rasa bermanfaat, free to share. Ilmu untuk dikongsi :D

1) SEBELUM TEMUDUGA.

Bab etila pakaian, profile company, study company interest DLL tu dah byk diceritakan dlm internet. so, aku just nk share ap yg aku rasa susah nk baca dkt website mahupun Youtube.

Study Final year Project anda dgn baik, ingat segala details dan parameters. Untuk fresh grad, interviewers tak expect tinggi dlm hal technical skills, mereka tak akan tanya soalan2 details sbb mereka faham status kita. Memadai dengan anda faham konsep dan aplikasi secara baik dan jelas.

SAMPAI AWAL. Aku prefer sampai 2 jam sebelum interview. Agak pelik kan? Antara sebab aku prefer 2 jam adalah untuk settle down dari nervous. Dari guardhouse nk sampai office anda akan jumpa ramai orang. Jadi, cuba berbual dgn mereka. Time ni anda akan dapat sedikit input dari org yg kerja situ bagi. sekaligus mengurangkan rasa gugup. Dan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. 1 jam anda borak dgn org sekitar dan 1 jam lagi anda tunggu di bilik menunggu. time dkt bilik menunggu tu cubalah refresh balik apa yg anda dh study dan banyakkanlah selawat dan zikir. ( penutup kna Islamik sedikit. :D )

2) SEMASA TEMUDUGA.

melangkahlah dgn doa, handshake kena kemas dan senyuman mesti manis, sekurang-kurangnya first impression tu dah bagus. semasa temuduga, anda akan ditanya dgn 2 jenis soalan. Pertama behavior question dan kedua technical question. KEEP CALM, RELAX and CONFIDENT.

BEHAVIOR QUESTIONS.

soalan ini bertujuan untuk lihat peribadi anda. Aku diajar untuk menjawab soalan2 ini dgn teknik STAR (Situation, Task and Action, Result). Aku hanya mahu memperkanalkan kepada anda teknik ini, selebihnya anda kenalah berusaha lebih. Apa yang penting bagi soalan2 begini, anda haruslah menjawab dengan struktur, jadi STAR concept tu sgt sesuai.

TECHNICAL QUESTIONS.

inilah yang menjadi NIGHTMARE kita semua kan. hahahaha. Jadi untuk mengatasi masalah ini adalah sebenarnya anda kena well prepare dari tahun pertama Degree . Cuma, apa yang aku boleh share, mostly technical questions ni berkisar tentang FYP anda. jadi, impress penal dgn FYP anda. aku disoal dgn rancak tentang FYP sehingga aku terduduk. hahahaaha.

kalau tak tahu jangan cuba goreng. anda sedang berhadapan dgn org yg sgt mahir. free2 nmpak anda xcerdik dan sedang membodohkan diri sendiri. cuba menjawab dan cuba mengoreng tu berbeza tau. banyakkan latihan "What if" questions.

GAJI.

tadaaaaa. HR sgt suka tanya soalan ni. What is your expected salary?. Kaji gaji fresh grad mengikut industri supaya anda ada sedikit gambaran berapa gaji yg sesuai.

soalan ni tidak akan dtg bersendirian, pasti ada soalan tambahan berbunyi "Why we need to pay you at that amount?" Aku cadangkan jawapan yang sesuai utk soalan ini adalah jual balik Assets dan Strength yg kita ada. Ingat, kita kena jual dgn cara baik bukan cara sombong. Yg kedua, aku suka highlight ayat ni lps aku jual diri. "company should invest on talent like me, that I believe in future I will be a valuable asset for this company". tu kira ayat penutup la.. hahahaha

SOALAN KEPADA PENAL.

anda kena prepare soalan kepada penal. contoh soalan yg biasa ditanya - Permanent atau contract? - bila boleh tahu keputusan temuduga? - comp ada provides on job training tak?

3) SELEPAS INTERVIEW.

Cuba cari sapa interviewer dkt LinkedIN. Mostly HR akn active dkt IN. apa sebab anda kena cari mereka di alam maya ni adalah untuk tahu feedback mereka ttg persembahan anda semasa temuduga.

aku sedikit bernasib baik kerana interviewer aku last week adalah penal FYP dkt fakulti aku mggu ni. jadi apa lagi, peluang depan mata grab lah. Alhamdulillah beliau sangat mudah didekati dan sangat membantu. korang jangan takut nk dekati experts seperti mereka ni kerana mereka sgt baik dan peramah. ada sedikit feedback yg aku perolehi dari beliau dan InsyaAllah aku share next time. (Wahhhh marketing lagi. hahahaha)

KONKLUSI.

- Kena apply atleast 10 job sehari (300 sebulan) utk budak2 fresh grad. pakai rule of thumb, 60 akn dibaca HR. 12 akn diprocess HR. dan last sekali hanya 3 interview sebulan je yang kau akan dapat.

- Fully utilize LinkedIN, Jobstreet, Jobstore DLL sbgai medium untuk cari peluang kerja.

- DOA, USAHA, IKHTIAR, TAWAKAL. pakai perinsip ni insyaAllah kita boleh berjaya. ingat, sebaik2 perancang adalah Yang Maha Mengetahui.

Kredit: Aizaq Syazwan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...