12 Januari, 2017

TIPS SUPAYA SAYUR DAN BUAH KEKAL SEGAR

Silakan SHARE utk MANFAAT bersama ye

Menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar tidak semestinya hanya menggunakan peti ais untuk memelihara kesegarannya. Sebenarnya masih terdapat beberapa cara lain supaya sayur dan buah ini tahan lama tanpa menggunakan pengawet makanan. Nah, disini terdapat 10 tips yang bermanfaat. Selamat mengamalkannya.

1. Pisang

Balutkan hujung pisang dengan menggunakan aluminium foil atau plastik pembungkus. Cara ini dapat melambatkan buah pisang membusuk dengan bertukar menjadi warna coklat.

2. Cendawan
Simpan cendawan dalam beg kertas berbanding beg plastik. Beg plastik boleh membuatkan cendawan menjadi lembap dan lebih cepat rosak.

3. Sayur-sayuran hijau

Setiap kali anda membeli sayur-sayuran hijau seperti sawi, bayam dan kangkung bersihkan dan cuci terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan dalam beg plastik yang berzip dan simpan didalam peti ais.

4. Beri

Celupkan buah strawberi, kranberi atau raspberi ke dalam sebesen air yang dicampurkan dengan cuka makanan. Celupkan buah-buahan tersebut satu per satu kemudian basuh dan bilas.

5. Epal dan Kentang

Simpan buah epal bersama dengan kentang untuk kedua-duanya tahan lebih lama. Jika anda ternampak sebiji epal yang sudah busuk, cepat-cepat buangkan epal yang busuk terbabit kerana buah epal akan mudah berjangkit apabila sudah membusuk. Manakala kentang pula tidak perlu disimpan didalam peti sejuk kerana akan menyebabkan kanji bertukar menjadi gula dan mengubah tekstur kentang dan rasa.

6. Salad

Balut salad bersama kertas tisu dan masukkan ke dalam bekas platik yang mempunyai ruang udara, dengan cara ini boleh membuatkan salad tahan lebih lama.

7. Tomato

Simpan tomato di ruang terbuka dan tidak perlu disimpan didalam peti ais kerana apabila disimpan didalam peti ais boleh menyebabkan tomato hilang kesegarannya dan rasanya yang asli juga akan hilang. Selain itu, elakkan menyimpan tomato bersama kentang.

8. Lobak

Buangkan kulit lobak secara nipis, kemudian masukkan ke dalam plastik. Tetapi sebelum diikat, masukkan straw ditengah-tengahnya. Kemudian ikat plastik dan pastikan tidak ada ruang udara didalam plastik. Akhir sekali simpan didalam peti sejuk.

9. Daun Ketumbar dan Daun Sup

Buang akarnya. Kemudian rendamkan daun tersebut ke dalam sebuah bekas kecil yang berisi ais. Tutupkan bahagian atas daun dengan dengan plastik makanan berzip. Simpan didalam peti sejuk dan tukar air setiap tiga hari sekali.

10. Cili

Untuk semua cili. Simpankan didalam sejuk beku dan ianya tahan berbulan-bulan. Tetapi pastikan anda terus menggunakan cili tersebut sebaik sahaja ianya dikeluarkan dari freezer dan potongnya cepat-cepat sewaktu masih beku dan teruskan memasak.