23 Januari, 2017

URUTAN FARAJ UNTUK PANDUAN IBU HAMIL MEMUDAHKAN KELAHIRAN

TIPS UNTUK IBU HAMIL
--------------------------

Ikuti panduan 9 panduan ibu hamil untuk memudahkan kelahiran.

1. Urutan perineal

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu mami memudahkan proses kelahiran yang bakal dihadapi dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Proses meneran hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna iaitu 10sm. Mami boleh mulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula minggu ke-34 kehamilan sehinggalah saat mahu melahirkan.

Tips sebelum melakukan urutan rutin tersebut:

+ Pastikan jari benar-benar bersih
+ Guna minyak yang berasaskan sumber bahan semulajadi seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara
+ Elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum
+ Namun, mami dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

.
2. Senaman Kegel

Senaman Kegel ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan itu, otot berkenanan akan mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran tiba.

Senaman ini boleh dilakukan dimana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh dilakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.

.
3. Teknik pernafasan

Teknik pernafasan ini amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

Di minggu-minggu terakhir kehamilan, mami sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal diaplikasikan ketika proses pelahiran.

.
4. Tidur mencukupi

Walaupun akan mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan,mami dinasihatkan untuk memastikan jumlah waktu tidur adalah mencukupi. Ini kerana mami perlu kekal bertenang semasa proses melahirkan nanti.

.
5. Keadaan selesa

Fikiran yang tenang, mental dan emosi yang mantap sangat penting semasa proses pelahiran. Cuba bertenang diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.

.
6. Teman kuat semangat

Mami perlu pilih siapa teman yang bakal menemani mami di bilik bersalin nanti. Ini kerana sokongan daripada yang tersayang boleh membantu memudahkan kelahiran bayi. Sekiranya mami memilih suami untuk berada disisi, suami perlulah mempunyai semangat yang kental (tidak takut darah, lemah semangat) agar suami mampu memberikan sokongan ketika mami berhadapan dengan kesakitan. Teman Isteri di Bilik Bersalin: 6 Perkara Papa Perlu Peduli

.
7. Perguna graviti

Mami digalakkan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika mami berdiri tengak kerana keadaan begini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul.

Oleh itu, mami tidak disarankan untuk hanya berbaring diatas katil sahaja. Bawa suami untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin.

.
8. Baring mengiring ke kiri

Amalan sebegini juga diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak ‘keluar’ dengan cepat.

.
9. Makan secukupnya

Bila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, mami perlu makan secukupnya untuk tenaga semasa meneran nanti. Sekiranya mami tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

Buat si suami, sentuhan kepada isteri dapat mengurangkan kesakitan sepanjang proses bersalin. Tangan si suami amat berguna ketika itu. So, suami perlu belajar beberapa teknik asas urutan. Bagi mengelakkan tangan letih mengurut, sediakan beberapa bola tenis yang dimasukkan ke dalam stoking bagi membolehkan ia digolekkan di bahagian belakang isteri.

Semoga bermanfaat ❤️❤️