WESTERN FOOD RESEPI CHICKEN CHOP HAOULIOU

====================
RESEPI CHICKEN CHOP
====================

Bahan2 :

Ayam :
5 keping paha ayam (buang tulangnya)
5 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sb serbuk lada putih
2 biji telur dipukul dengan garfu
Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri)
Sedikit tepung gandum

1. Gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam.
2. Gaulkan ayam dengan tepung gandum.
3. Celupkan ayam dalam telur.
4. Golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya.
5. Goreng dalam minyak panas hingga masak.

*
Sauce/Kuah Chicken Chop :
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr
3 cawan air
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil
2 sb lada hitam ditumbuk halus
1 sb mentega untuk menumis

Cara-cara:
1. Satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan.
2. Satukan air dan brown sauce. Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul.
3. Panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya.
4. Masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
5. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api.


Bahan Coleslaw :
1/4 biji kobis (saiz kecil)
1/2 batang karrot
1/4 biji capsicum
5 sb mayonis (anggaran sahaja, lebihkan jika suka)
1 sk gula
1 - 2 sb air perahan limau -semua bahan sayur dipotong kecil. Gaulkan bersama mayonis, gula dan air perahan limau hingga sebati secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk.


Bahan lain :
Kentang Goreng
Daun salad
Hirisan buah tomato
Brokoli -hanya brokoli dicelur dalam air panas sekejap, yang lain tak perlu celur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...