MEJA MUFTI: DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-166 : DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG MUKMIN

Soalan: Apakah status hadith dunia merupakan penjara bagi orang mukmin?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, hadith yang dimaksudkan adalah:

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ

Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.

Sumber Hadith

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahih-nya (2956), Imam al-Tirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113).

Hukum Hadith

Imam Muslim meletakkan hadith ini di dalam Sahihnya maka ini bermakna hadith ini adalah sahih.
Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.
Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya.
Syeikh al-Arna’outh mengatakan hadith ini sanadnya sahih mengikut syarat Imam Muslim ketika mentaqiqkan Musnad Ahmad.
Makna Hadith

Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi. Lihat al-Minhaj (93/18).

Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadis ini dalam Faid al-Qadir (3/546), telah menyebut sebuah kisah yang diambil daripada para ulama: “al-Hafiz Ibn Hajar (al-Asqalani) Ketika dia menjadi Ketua Qadi berjalan pada suatu hari melintasi sebuah pasar. Ketika itu beliau dalam sebuah rombongan penunggang haiwan kenderaan yang besar, cantik lagi mengagumkan. Tiba-tiba meluru ke arahnya seorang lelaki Yahudi, penjual minyak biji rami. Pakaiannya kotor dengan minyak, dan kelihatan semakin lusuh dan buruk. Dia lantas memegang kekang baghal Imam Ibn Hajar dan berkata: “Wahai Syeikh al-Islam! Engkau mendakwa bahawa Nabi kalian berkata: “Dunia itu penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir,” lantas, penjara mana yang engkau berada sekarang? Dan syurga mana yang aku berada sekarang?” Jawab Ibn Hajar: “Aku jika dibandingkan apa yang Allah janjikan bagiku di akhirat nanti daripada kenikmatan syurga, seakan aku sekarang berada di penjara, manakala engkau pula, jika dibandingkan dengan apa yang Allah janjikan bagi engkau di Akhirat, seolah-olah sekarang engkau berada dalam syurga.” Lalu Yahudi itu masuk Islam.

Berkaitan taklif (tanggungjawab), Imam al-Marwazi pernah menceritakan bahawa: Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad: “Bagaimana keadaan anda pagi hari ini?”. Beliau menjawab: “Bagaimana kira-kira keadaan seorang hamba pada pagi hari, di mana Rabbnya menuntut dirinya untuk melaksanakan berbagai kewajipan, Nabinya menuntut dirinya untuk menjalankan al-Sunnah, sementara dua malaikat menuntut dirinya untuk beramal dengan benar, di sisi yang lain, jiwanya menuntut dirinya untuk menurut hawa nafsu dan iblis pula menuntutnya untuk melakukan perbuatan keji, malaikat maut pula melihat dirinya untuk mencabut rohnya, sementara keluarganya menuntut daripadanya untuk mencari nafkah”.

Penutup

Huraian dan syarah hadis di atas menunjukkan bahawa orang beriman itu di dunia diperintahkan untuk taat kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah, sebagai ujian untuk mendapatkan rahmat Allah berupa kebahagiaan di akhirat. Ini tidak menafikan peluang bagi seorang manusia, sama ada Islam atau bukan, untuk mendapatkan kekayaan dunia denga usaha dan peluang. Hadis ini juga tidak menjadi halangan untuk orang Islam untuk berbuat baik dengan orang bukan Islam dan membawa mereka untuk masuk Islam seperti mana yang diungkapkan dalam kisah Ibn Hajar di atas.

Kesimpulannya, kita perlulah berusaha dan beramal dengan bersungguh-sungguh di dunia ini kerana dunia ini bersifat sementara. Selain itu, kita juga perlulah menjadikan dunia ini sebagai lading untuk kite beramal. Berdasarkan firman Allah SWT:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”. [al-Syura:20]

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.

Wallahua’lam

Pautan ke laman rasmi PMWP:

MEJA MUFTI : HUKUM MELETAKKAN SUTRAH DI DALAM SOLAT

AL-KAFI #556 : HUKUM MELETAKKAN SUTRAH DI DALAM SOLAT

Soalan: Boleh mufti beri penjelasan apakah itu sutrah dan kepentingannya?

Jawapan:

Bagi menjawab soalan berkenaan sutrah, kami lampirkan keterangan daripada kitab Fiqh al-Manhaji (1/392-393)dalam bab perkara-perkara sunat berkaitan dengan solat.

“Sekatan (سُترَةٌ) adalah sebagai tanda pemisah di antara orang yang bersolat dengan orang yang lalu-lalang di hadapannya, seperti dinding, tiang, tongkat atau menghamparkan sejadah dan sebagainya. Jika tidak didapati apa-apa pun buatlah tanda garisan sahaja.

Hal ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّى إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِى السَّفَرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila pergi menunaikan solat hari raya, Baginda meminta sebatang tombak pendek (حَربَةٌ) diletakkan di hadapannya, lalu Baginda menghadapnya manakala orang ramai pula di belakang Baginda ketika bermusafir.”

Riwayat al-Bukhari (472) dan Muslim (501)

Sementara cara yang afdhal pula ialah meletakkan sekatan berhampiran dengan tempat sujud.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Sahal bin Sa’ad RA, katanya:

كَانَ بَيْنَ مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الْجِدَارِ مَمَرُّ الشَّاةِ

Maksudnya: “Jarak di antara tempat sujud Rasulullah SAW dan dinding ialah seluas laluan kambing.”

Riwayat al-Bukhari (474) dan Muslim (508)

Dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie juga ada ditambah bahawa haram bagi seseorang untuk lalu di hadapan orang yang bersolat sedangkan dihadapannya sudah ditandakan dengan sutrah, berdasarkan hadis Abu al-Juhaim al-Ansari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ المَارُّ بَيْنَ يَدَيِ المُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ، لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ

Maksudnya: Kalaulah seseorang itu tahu dosa yang dikenakan ke atasnya akibat berjalan di hadapan orang yang solat, nescaya kalau dia berdiri selama 40 (tempoh tertentu), lagi baik daripada dia berjalan di hadapan orang yang solat.

Riwayat al-Bukhari (510)

Berkata Abu al-Nadr, salah seorang perawi hadis ini, : “Aku tidak pasti sama ada baginda bersabda 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”

Sunat hukumnya bagi orang yang bersolat dengan sutrah kemudian ada orang yang lalu dihadapannya dia tahan menggunakan tangannya. Ini berdasarkan hadis Abu Said al-Khudri RA, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَلْيَدْفَعْ فِي نَحْرِهِ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ

Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kalian bersolat dalam keadaan mengadap sutrah yang boleh menghalangi manusia, lalu ada orang yang ingin melintasi hadapannya, hendaklah dia menahannya. Dan jika dia enggan juga, hendaklah dia diperangi (yakni ditolak dengan keras) kerana dia adalah syaitan (yakni bersamanya syaitan).”

Riwayat Muslim (505)

Adapun seseorang yang tidak meletakkan sutrah di hadapan, maka dia tidak berhak untuk menghadang orang lain daripada melintasi hadapannya kerana dia sudah mencuaikan haknya dengan meninggalkan memasang sutrah. Rujuk al-Mu’tamad (1/222-223). Begitu juga sutrah bagi imam adalah sutrah bagi makmum. Rujuk I`anah al-Talibin (1/221) dan Bughyah al-Mustarsyidin (1/112). Justeru, dalam keadaan yang terdesak seperti terbatalnya wuduk ketika dan terpaksa melalui di hadapan makmum lain dalam solat untuk mengambil wuduk semula, sedangkan tiada jalan lain, maka boleh lalu dan tidak boleh dihalang oleh makmum lain.

Semoga Allah berikan kita ilmu untuk melaksanakan amal ibadah dengan sempurna.

Wallahua’lam.

Pautan ke laman rasmi PMWP:

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH UNTUK BUAT BISNES


RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

1/2 ekor ayam (basuh dan toskan)

Bahan kisar
1 1/2sdb jintan manis
1 1/2 sdb biji ketumbar
1 1/2 bj bwg besar
6 ulas bwg putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas(kalo xde jgn ribut2 tp kurang sedap la)
3-4 btg serai
1/2 cawan air
1 sdb air asam jawa(pekat)(x nak letak pun xpe..sy letak😊)
(Kisar semua bahan ini..jika banyak air..tapis buang airnya)..

1 paket kecil serbuk cili(kalo xde buh cili kering 5-6 tangkai kisar dgn bahan kisar yer)
2 sdb(membukit) serbuk kari daging @ ayam
3-4 sdb tepung beras
1/2 sdb garam(sy agak2 jer)
1/2 sdb gula
(Satukan bahan ini dlm bahan kisar dan gaul sebati)
Lumur semua bahan pd ayam..perap 30mnt-1 jam dlm peti sejuk
Bolehlah digoreng..semasa menggoreng tabur daun kari...dah perang habuk2 tu bolehlah angkat dan toskan..
(SELAMAT MENCUBA)

LIKE & SHARE

NASIHAT PAKAR HARTANAH KEPADA ORANG BUJANG BERGAJI RM2000 CARA MEMBELI RUMAH DENGAN BANYAK

GAJI RM2,000 NAK BELI RUMAH BANYAK.
Orang bujang, saya sangat galakkan kau simpan 50% daripada gaji bulanan. Saya ambil contoh graduan baru dengan gaji RM2000 yang baru nak mulakan hidup. Simpan RM2000 x 50% = RM1000 sebulan.

A) RM200: Ibu bapa
B) RM300: Makan
C) RM200: Sewa bilik kongsi
D) RM200: Keperluan diri
E) RM60: Takaful
F) RM40: Minyak motor

Simpan selama 12 bulan, kau akan ada simpanan RM12,000. Cari rumah atau flat harga RM110K. Bayar bulanan RM500. Sementara tunggu urusan jual beli selesai 4-6 bulan, simpan RM1000 macam biasa.

Rumah tu ada 3 bilik. Kau duduklah bilik kecik. Yang bilik lain kau sewakan satu bilik RM300. Total RM600. Buatlah fully furnished, cantik-cantik. Tak rugi pun sebab kau nak duduk rumah tu juga.

Duduk FREE! Haha! Item C tadi tu dah boleh tukar tujuannya. Daripada sewa bilik kongsi, tukarlah kepada simpanan kecemasan RM200 setiap bulan. Setahun, kau dapatlah RM2400, kan.

Bila semua dah stabil balik, kau mulakan semula simpanan RM1000. Duit rumah penyewa bayarkan. Lega. Selepas 2 tahun, gaji kau dah jadi RM3000, naik pangkat, lompat company dan increment tahunan.

Masa tu kau dah ada simpanan tunai lebih kurang RM24,000. Pakcik kayo! Boleh kau jadikan modal untuk beli rumah kedua yang harga RM200K. Wow! Baru 3 tahun kerja dah ada dua rumah.

Siapa kata gaji RM2000 tak boleh beli rumah memang silaplah. Boleh kalau nak. Tapi sanggup ke tak. Itu saja. Mula kerja umur 23 tahun. Pada umur 26 tahun dah ada 2 buah hartanah. Okay what!

Yang paling win, kau dah ada 2 rumah pelaburan, duduk FREE penyewa bayarkan, kau masih makan gaji dan menunggang motor kapcai yang sama sejak kat universiti. Penyewa kau pula yang pakai kereta.

Haha! - HF

#harithfaisal

SHARE lelaju tanpa was-was.

Nota: Kalau kau rasa tak cukup duit nak ikut plan ni, buatlah side income tapi teruskan dengan apa yang dah dirancang. Duit side income adalah khas untuk tampung ketidakcukupan. Jangan kau joli pulak!

C/P

KENALI TANDA-TANDA SEBELUM MENINGGAL DUNIA YANG MUDAH DIKENALI


100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

LEMBU BUNTING PUTUS DUA DILANGGAR KERETA, ANAK LEMBU TERCAMPAK ATAS JALAN RAYA


Perkongsian dari group Facebook Gabungan Anak Terengganu hari ini bertarikh 16 Februari 2017 telah memaparkan gambar kemalangan ngeri yang melibatkan seekor lembu betina bunting dengan sebijik kereta putih. Kemalangan itu menyebabkan lembu betina tersebut terputus dua dan anak kandungan lembu terbabit tercampak keluar daei perut ibunya dan terpelanting ke atas jalan raya.


Kemalangan yang berlaku di sebuah lebuhraya di pantai timur ini sememangnya sesuatu kebiasaan kerana haiwan disini boleh berkeliaran di dalam lebuh raya tersebut disebabkan sikap rakyat Terengganu yang mencuri besi pagar untuk dijual ke kedai besi buruk.

Lebih malang apabila berlaku kemalangan sebegini pemilik lembu berkenaan pasti tudak akan mengaku silap, yang ruginya hanyalah pemilik kereta kerana tidak boleh menuntut kerugian akibat kemalangan tersebut.

Berikut adalah antara gambar badan lembu yang terputus dua tersebut.

INILAH SEBABNYA PRESTASI TIDAK MENENTU PASUKAN JDT TAHUN 2017 INI

Disebabkan JDT ingin menggunakan pemain import dari pasukam JDT2 diluar musim perpindahan, mereka terpaksa menerima peraturan dimana JDT2 di letakkan sebagai "feeder club".

Maksud feeder club adalah JDT2 hanyalah pasukan kelab latihan dan kelab untuk pasukan bawah 23tahun beraksi. Kebanyakan pasukan lain, feeder club mereka beraksi dalam Piala Presiden.

Berikut status dari FB/JDTFC

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan FMLLP.Mulai tahun 2018,mengikut perjanjian 'Feeder Club' JDT harus menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 orang pemain bawah umur 23 tahun di dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan.

Jadi selepas ditolak dengan kuota 5 orang import,kuota untuk pemain senior hanyalah berbaki 2 slot sahaja.Ini bermakna hanya 2 orang pemain senior layak untuk beraksi dalam setiap perlawanan.

Dengan hanya 2 slot setiap perlawanan dan lambakan pemain bintang,adalah mustahil untuk kebanyakan pemain senior mendapat peluang bermain secara kerap.

Adakah akan berlaku penghijrahan beramai-ramai tahun hadapan?

Sumber FB/JDTFC

RESEPI APAM BALIK MUDAH UNTUK JANA INCOME PARTIME


Resepi Apam Balik

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 1/2 cawan air
2 sudu besar susu tepung
Sedikit pewarna kuning jika suka
Blenderkan sebati
Perap 1 jam.

Inti

Kacang tanah kisar
Jagung tin
Mentega
Gula
Coklat rice

Caranya

Buat atas kuali non stick jgn sapu minyak..buat mcm pankek .tabur atas apam gula kacang tanah.jagung coklat dan sedikit mentega..sukati la inti nk taruk apa.

Apam balik yang dh siap sapu mentega.

ROMBONGAN SUKARELAWAN FLOTILLA KE MYANMAR DISAMBUT BEGIS RAKYAT MYANMAR

Setelah pelbagai halangan, kecaman, fitnah oleh orang yang tidak sebulu kononnya program untuk kepentingan politik. Hari ini sukarelawan dari Malaysia telah berjaya sampai ke kem pelarian Rohingya untuk memberi sumbangan kemanusian kepada pelarian Rohingya yang terpaksa melarikan diri dari kekejaman Sami Buddha, Rakyat Myanmar yang beragama Buddha.

Berikut adalah artikel penuh dari sukarelawan ke Myanmar.

REGIM MYANMAR YANG TIDAK BERSAHABAT DENGAN FLOTILLA

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Rombongan misi bantuan kemanusiaan flotilla disambut dengan demonstrasi bantahan dan wajah cemberut oleh sekelompok demonstran Myanmar berkain sarung. Media massa di negara berdarah ini lebih sebulan memainkan pelbagai isu berkaitan dengan misi bantuan yang dianggap menceroboh masalah dalaman negara mereka.

"Food Flotilla for Myanmar" memicu perhatian antarabangsa apabila lebih 60 media antarabangsa berhimpun di pelabuhan, pelaporan mereka positif atau negatif tetap memberikan impak yang positif kepada umat Islam yang tertindas. Misi untuk mengejutkan masyarakat antarabangsa bahawa ada negara pariah yang sedang menindas rakyatnya dengan alasan agama dan etnik.

Penampilan bahasa badan dan guratan wajah pegawai-pegawai Myanmar jelas tidak bersahabat dengan anggota misi flotilla. Ada yang mengacungkan tangan kearah peserta-peserta misi yang melaungkan takbir. Wajah sombong itu memandang dengan penuh kebencian terhadap kapal yang menjadi lambang kemenangan usaha rakyat pelbagai negara untuk membantu saudara mereka Muslim Rohingya.

Peserta-peserta bahu membahu membantu mengangkat barang untuk diserahkan pada pihak berkuasa Myanmar dan mereka memberikan persetujuan untuk acara agihan barangan di Sitwea dipantau oleh wakil Malaysia. Perjalanan ke Chitaggong Bangladesh tertangguh hampir sehari kerana keadaan sungai Yanggon yang surut.

Rombongan flotilla telah mengadakan solat jumaat di atas kapal dan menurut Kapten Firdaus itulah solat kali jumaat kali pertama diadakan di atas Nautica Aliya. Khutbah jumaat dengan tajuk kewafatan Rasulullah SAW mengimbau kembali peristiwa penting sebelum kewafatan iaitu himpunan paling ramai dalam sejarah dakwah nabi iaitu haji widak, seterusnya peristiwa selepas kembalinya daripada haji widak sehingga kewafatan baginda. Jemaah solat jumaat diingatkan bahawa tanggungjawab membantu umat Islam ialah sebahagian arahan ar rasul SAW, qudwah yang dicintai dan menjadi keteladanan di sepanjang jalan dakwah.

Perjalanan ke Chittagong melalui jalan laut mengambil masa lebih tiga hari dan flotilla telah dihentikan oleh pihak keselamatan Bangladesh untuk diadakan perbincangan ditengah laut. Persetujuan dicapai untuk misi bantuan meneruskan bantuan ke Chittagong walaupun pada asalnya ada cadangan supaya misi flotilla terus ke Cox Bazaar melalui pelabuhan kecil dan pihak marin Bangladeh memberikan iringan keselamatan.

Tiba di Chittagong, rombongan flottila menghadapi muara sungai yang cetek, kelihatan kapal-kapal besar di atas beting pasir. Untuk memasuki ruang pelabuhan Chittagong seorang kapten tempatan menakhodai kapal Nautica Aliya yang dibina dengan kos 100 juta itu. Perbincangan terakhir akhirnya berlangsung di atas kapal diantara wakil Flotilla dengan pihak berkuasa Bangladesh. Pada asalnya mereka hanya mahu barang bantuan diturunkan dan relawan tidak dibenarkan ke kem pelarian, namun setelah asakan wakil flotilla maka merela bersetuju hanya 25 wakil turun untuk ke kem pelarian Cox Bazaar dan barangan diserahkan kepada IOM (International organization of migrant) dengan persetujuan pengagihan berikutnya dipantau daripada dekat oleh wakil-wakil Malaysia.

Ada relawan yang bersedih kerana tidak dapat mengagihkan sendiri barangan bantuan ke kem pelarian, namun pihak Bangladesh memberikan alasan -alasan keselamatan dalam kem yang juga berlaku infiltrasi daripada pihak agen Myanmar. Ustaz Tarmizi daripada MAPPIM menerangkan bahawa IOM mempunyai jadual pengagihan mingguan, maka NGO Malaysia mempunyai peluang untuk turun bersama mereka. Setiap barangan dihitung dan diaudit oleh IOM tentang tarikh lupus, produk halal dan sebagainya, mereka mempunyai reputasi yang baik dalam membantu pelarian-pelarian di seluruh dunia.

Misi Flotilla mencapai sasaran yang pertama iaitu menghebahkan pada dunia tentang sebuah sketsa kezaliman bumi Arakan yang digelar "Gaza Asia", media massa dalam dan luar negara melaporkan perkembangan misi pertama membantu muslim Rohingya dalam skala besar. Mesej yang jelas, semua negara umat Islam wajib bangkit membantu bukan menjadi pemerhati bisu. Matlamat membantu pengungsi melibatkan relawan Flotilla yang ramai separuh berjaya kerana halangan dua negara, Myanmar dan Bangladesh. Namun ini menjadi motivasi intrinsik kepada seluruh relawan dan NGO bahawa usaha membantu Muslim Arakan wajib diteruskan tanpa lelah, memberikan pencerahan kepada masyarakat, menggalang dana berterusan, turun ke medan dengan modus operandi khusus tanpa menghadapi karenah birokrasi dua buah kerajaan ini (saya tidak memperincikan di sini kaedah khusus ini, namun berjaya dilakukan dalam diam oleh beberapa NGO termasuk Muslim Care Malaysia). Dalam membantu muslim dipeta luka tertindas ini, abaikan penistaan dan kejian mulut manusia yang memang suka menghambur lancang kejian. Teruskan langkah membantu dan mendoakan muslim Arakan.

(Penulis ialah Pengarah Penerangan Muslim Care yang terlibat dengan misi Food Flotilla for Myanmar)

UMNO BAHAYA DIRASAI, DAP BAHAYA YANG MENANTI -NIK ABDUH

Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara PAS dan PPBM. Kenyataan beliau itu adalah ekoran daripada kenyataan yang dibuat oleh presiden PAS YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang bahawa jika PPBM meneruskan hubungan dengan DAP, maka hubungan yang cuba diusahakan adalah tamat. Tempoh sebulan adalah tidak perlu.

Ia menjelaskan dua perkara besar. Pertama, PAS serius dengan pendiriannya menolak DAP dan siapa pun yang ada hubungan dengan DAP. Selepas PAN yang juga ditolak kerana pengkhianatannya terhadap PAS, PPBM semakin dekat atau secara tidak rasminya ditolak oleh PAS. Adapun PKR, PAS secara serius mengkaji hubungan dengannya.

Kedua, persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan IKATAN semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan BN dan PH. PPBM telah mengukuhkan pendiriannya untuk menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan (PH).

Kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga adalah nyata. Kerana itu, DAP, PAN, PKR dan PPBM terus menerus menembak PAS dengan senjata beratnya bahawa PAS adalah rakan UMNO. Kerana itu juga, UMNO mengurangkan tekanan dan perseteruannya terhadap PAS. Tujuannya sama. Menidakkan PAS sebagai satu kekuatan dan pilihan terbaik bagi menggantikan BN mahupun PH.

Bagi PH, undi PAS adalah undi UMNO. Maka jangan undi PAS. Bagi UMNO, undi UMNO adalah undi PAS. Maka undilah UMNO. Tujuan mereka walaupun berbeza tetapi bertemu di satu titik iaitu kemenangan adalah samada untuk UMNO BN ataupun untuk PH. Hilangkan kemenangan untuk PAS.

Adakah itu sukar buat PAS? Ya, PAS sentiasa sukar perjuangannya. Tetapi kemenangan dan kekuatan PAS hari ini adalah hasil kesabarannya menempuh kesukaran demi kesukaran. PAS sentiasa yakin bahawa motivasi perjuangan Islam adalah 'beriring kesukaran adalah kemudahan'.

UMNO tidak mampu lagi selain berbuat baik kepada PAS. Rekod buruk UMNO terhadap PAS mesti dipadamkan demi survival UMNO. Manakala PH tidak pula mampu memomokkan rekod buruk PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dulu sebagai peluru ampuh buat membedil PAS. Mereka walaupun benci tetapi terpaksa akur jasa PAS dalam PR. Jika mereka menidakkan, peluru itu akan melantun balik kepada mereka sendiri.

Justeru sebaik-baik senjata mereka untuk membunuh PAS adalah menghujahkan perbuatan baik UMNO kepada PAS sebagai bukti bahawa PAS dan UMNO adalah satu. DAP menjaja PAS menyokong UMNO. PPBM menjaja PAS makan dedak UMNO. PKR menjaja PAS menyokong kezaliman. PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara.

PAS menolak untuk tunduk kepada tekanan musuhnya. PAS akan kekal melaungkan ingatan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia bahawa penyelesaian terbaik adalah dengan kembali kepada Islam sebagai cara hidup. Ia suara yang tidak akan padam dengan jaminan Allah. PAS setianya dengan Islam adalah lejen. Satu dalam sejarah politik negara.

Walau baik mana sekali pun UMNO terhadap PAS, PAS akan kekal bersendirian melawan UMNO. UMNO adalah musuh tradisi PAS dalam politik. Jika UMNO ikhlas berbuat baik, itu hak dan kewajiban semua untuk berbuat baik. Jika UMNO bersandiwara atau hanya berlakon semasa susahnya kini, lambat laun UMNO pasti akan terjun ke dalam lubang digalinya sendiri. PAS telah siap siaga menolak sebarang sandiwara. PAS telah lama beriman dan mengajar rakyat bahawa dunia ini adalah sandiwara. Yang selamat adalah yang hidup istiqamah dan berwaspada di jalan Allah. Di tikar sejadah ubudiyah mahupun di karpet merah kemewahan.

PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai. DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang.

Lebih malang adalah rakan lama dalam perjuangan, IKRAM. Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya. Jangan mabuk politik DAP macam PAN. Mabuk laut tak apa.

Orang bertanya mana bahaya antara UMNO dan DAP? Saya berkata, bahaya UMNO bahaya dirasai. Bahaya DAP bahaya menanti. Hapuskan bahawa dirasai. Hilangkan bahaya menanti. Begitulah ubat diciptakan dalam kehidupan menuju kesihatan dan kesejahteraan.

RENDAM FARAJ DALAM AIR ANTARA TIPS FARAJ SIHAT DAN TEMBAM

Tips Mendapatkan Rahim & Faraj Yang Sihat!!!
=================================

Post kali ini khas untuk kaum HAWA!! Tolong jangan ketawa yer!!

1. Mandi serum

Adalalah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat. Lebih lagi bagi yang jenis banyak angin kuss kuss tu.

Maka daun2 yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:

Daun pandan
Daun limau purut
Daun serai wangi
Daun mengkudu
Daun kunyit
Halia
Haissshh banyak lagi boleh ditambah.

Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Glowing2 gitu.

Mandi serum paling simple yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak? Cuba dan rasakannya sendiri. Ala2 spa tradisional gitu.

2. Bertangas

Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang je, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.

Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.

Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.

Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu2 untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh.

Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling simple untuk tangas basah adalah sirih+ manjakani

Tangas kering pula manjakani+ kunyit+halia+ halba+ perahan limau

Alaa..barang kat dapur je kan?

3. Rendaman faraj.

Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani.

Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Lain pula jadi karang.

Rendaman faraj dan tangas ni sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.

4. Meruang.

Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama2 timbul lah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan.

Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

Banyak kebaikkan dari meruang ni.

Nak tahu rahim jatuh atau x meruanglah

Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah

Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah..

Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak?

Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.

Antara rajin atau tidak sahaja
Antara mahu atau tidak sahaja
Tiada siapa memaksa
Nak lebih usaha perlu lebih

Tapi apa pun berjamu untuk dalaman jangan lupa. 😎 itu perlu ya. InsyaAllah!!

DEMI RUU355, WARGA EMAS BERUMUR 69TAHUN MEMBUAT KAYUHAN SOLO DARI KEDAH KE KUALA LUMPUR

BALING - Bekas Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia( KMM) hari ini memulakan kayuhan basikal secara solo dari Masjid Pekan Baling ke Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Himpunan Raksasa 355, Sabtu ini.

Zainon Ismail, 60, berkata, kayuhan menggunakan mini basikal jenis B 201 dijangka tiba di Padang Merbok pagi hari himpunan.

"Usaha kayuhan ini lebih kepada menyedarkan umat Islam agar turun ke H355 sabtu selain merayu kepada seluruh ahli parlimen Islam untuk menyokong usul Rang Undang-Undang (RUU) 355 apabila dibentang nanti.

"Bermula dari Baling saya akan melalui jalan Gerik dan mungkin akan bermalam di Masjid Felda Lawin, Gerik Perak malam ini. Pagi esok selepas subuh saya akan bergerak mengikut melalui jalan Pekan Kati ke Sungai Siput dan seterusnya menuju ke Lebuh Raya Jelapang," katanya di Masjid Pekan Baling, hari ini.

Terdahulu, Zainon dengan berbekalkan buah kurma, madu dan air mineral memulakan kayuhan pada jam 10 pagi.

Menurutnya, latihan diambil bagi melaksanakan misi kayuhan ini adalah selama dua bulan dengan mendaki dan menuruni bukit.

"Latihan mendaki dan menuruni bukit Gadong di Kampung Kuala Kedua Mukim Siong selama dua bulan diharap membantu meningkatkan daya ketahanan fizikal.

"Kayuhan saya turut diiringi semangat seruan perang Tabok di zaman Rasulullah, semangat jihad sewaktu berperang di Afhganistan 1988 serta semangat istiqamah ustaz Ibrahim Libya dalam menegakkan syiar Islam," katanya.

Beliau yang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri( ISA) 2001-2006 berkata, tazkirah penjelasan RUU 355 akan diadakan di setiap masjid disinggahi .

"Sesuai dengan matlamat kayuhan, saya akan adakan tazkirah mengenai kepentingan melaksanakan RUU 355 kepada umat Islam,"katanya

Katanya lagi, dia bersedia melakukan kayuhan dari Kuala Lumpur ke Baling sekiranya pelaksanaan RUU 355 diluluskan dalam Dewan Parlimen.

"Itu adalah cara saya mengucapkan terima kasih kepada ahli parlimen dan kerajaan Malaysia," katanya .

Sementara itu, isteri, Siti Rokiah Hassan, berkata, misi kayuhan suaminya hanya diketahui saat-saat akhir.

"Saya dan keluarga tidak menyangka dia akan melakukan kayuhan secara berseorangan, mohon doa seluruh masyarakat agar perjalanannya pergi dan balik selamat,"katanya.

Bagi pihak berminat untuk mendengar pencerahan RUU 355 di lokasi persinggahan, boleh hubungan Zainon Ismail di talian 013-4405713.

KALI PERTAMA INGIN BERASMARA BERSAMA KEKASIH SELEPAS MAKAN MALAM

Jidin adalah seorang yang suka menonton video tidak senonoh dalam laman sosial. Antara laman sosial yang paling diminati Jidin adalah Twitter dan Thumblr kerana dua laman sosial ini mempunyai banyak koleksi video dewasa.

Pada suatu hari, Jidin dijemput untuk makan malam di rumah kekasihnya. Kekasih Jidin seorang yang cantik dan montok, juga mempunyai adik yang mulus kulitnya dan maknya pula mantap seperti anak dara walau umur sebenarnya 45tahun. Malam ini Jidin telah merancang untuk meniduri ketiga-tiga wanita tersebut dan bergegas ke farmasi untuk membeli kondom.

Jidin masuk ke farmasi dan membeli sekeping kondom. Dengan riang dia memberitahu tauke farmasi bahawa beberapa minit lagi dia akan makan malam di rumah kekasihnya.

“Faham-faham sendiri, encik. Biasanya setelah makan mesti ada kelanjutannya,” katanya sambil menyeringai. Kondom pun berpindah tangan. Baru beberapa langkah keluar dari farmasi, dia kembali masuk.

“Bagi saya satu lagi,” katanya.

“Adik kekasih saya juga cantik. Agak genit pula. Saya rasa dia juga admire saya. Siapa tahu malam ini saya bertuah.”

Kondom kedua berpindah tangan. Jidin
kembali masuk dan minta di tambah satu
kondom lagi.

“Begini, ibunya juga tak kurang seksi.
Penampilannya jauh lebih muda dari usianya. Dan kalau duduk di depan saya, dia selalu menyilangkan kaki. Saya yakin dia juga tak keberatan kalau saya dekati.”

Dengan berbekal tiga kondom, Jidin datang ke rumah kekasihnya sambil tak berhenti bersiul. Sajian sudah siap. Awek Jidin, adik dan ibunya sudah menunggu. Jidin turut menyertai mereka. Mereka menunggu sang ayah.

Sebaik sang ayah masuk ke ruang makan,
tanpa di suruh Jidin memimpin doa sambil
menundukkan kepalanya begitu rapat dengan meja. Mereka yang berada di sisinya turut menundukkan kepala.

Satu minit berlalu. Jidin makin khusyuk
berdoa. Doa masuk ke minit kedua. Jidin terus berkumat-kamit, cukup panjang untuk sebuah doa sebelum makan.

Pada minit keempat, kekasihnya menguis
kakinya dan berbisik, “baru saya tahu kamu seorang yang sangat alim.”

Sambil terus menunduk, Jidin menjawab
dengan suara yang tersekat di kerongkong,

“saya juga baru tahu ayah kamu rupanya
pemilik farmasi....."

PENIAGA MELAYU KOLOT RAMPAS TISU, TUTUP PILI AIR APABILA CUSTOMER KEDAI SEBELAH TERGUNA

Zaman tahun 2017 masih ada peniaga berperangai kau kau aku aku. Kebiasaan lokasi kedai sebegini adalah di medan selera yang berkongsi ruang untuk customer makan. Jika ini perangainya dengkinya boleh membahayakan owner kedai yang bersebelahan dengannya. Mungkin bomoh jampi menjampi akan terjadi.

Berikut adalah perkongsian seorang pengguna facebook di wall profilenya.

Rase terkilan dht yaa g mkn mee sup td kat.... (biarlahrahsia) kole brg ni jer...
Kedanye byok pahtu yaa mkn kat ujung skali.. Okeylaa keda yaa mkn tu layan baik tp yg sebeloh die Masya Allah anok yaa nok g basuh tgn baham g ttp teruh ibu paip..dohla kedekut senyuman..Xdan mikir wase sikap org melayu penuh hasad dengki padahal keda same maju... Huuuuuuuu 😭😭😭 #ayarmor buke hr ni extra senyuman yaa bui.. Hehhheehhh


Antara komen friends owner facebook tersebut.

1. Wasenye ambe tahu kdai mane 2 Ayaar Ramlie...bab penoh kena jge g2,ambe g mkn kdai hop pling ujung jge..ank hop kck 2 sloh abik tisu je kat kdai sblh lasung rampas tisu kat tgn ank..kjt pah kite,klau kbo molek2x slh wasenye..siap wak muke lagi,same je toke ngan pekerja dia..huhuhu

2. Boleh doh pikir ya hok mana..sbb kak pernah kene doh ari tu..lepah pada tu kak x g lasung doh kat tu..berat nanang nk suruh org g mkn kat dia bru boleh basuh tgn kat yer..x percaya pada rezeki dri Allah org gini nim ya..fikirkan keuntungan semata2

WARGA ASING JUGA DAPAT BANTUAN JIKA MENETAP DI SELANGOR

Sejak PR mengambil alih pemerintahan Negeri Selangor dari BN, beberapa bantuan telah disediakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat dan penduduk yang tinggal di Selangor termasuk warga asing yang sah atau haram.


Bantuan ini adalah salah satu cara Kerajaan Negeri berkongsi nikmat kekayaan negeri bersama rakyat. Ini bukanlah bermakna kerajaan pusat dan negeri yang lain tidak membantu rakyatnya juga, malah bantuan yang diberikan tertakluk kepada kemampuan dan kuasa kerajaan pusat dan negeri yang lain.
Nak bantuan lebih banyak tunggulah bila hampir musim pilahraya. Maka lebih banyak gula-gula akan di tawarkan kepada rakyat.

Berikut adalah antara bantuan untuk Rakyat Selangor





TIPS BISNES GAYA McDONALD YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN MAKANAN SEGERA

Baru lepas habis menonton movie The Founder.
Ini kisah benar bagaimana empayar McDonalds bermula.

Dan baru saya tahu pemilik resepi Hamburger McD bukan datangnya dari Ray Kroc, yang terkenal sebagai individu yang membangunkan empayar McD.

Ray Kroc sebelum terjebak di dalam bisnes ini, merupakan seorang SALESMAN yang menjual sebuah produk untuk kegunaan restoran-restoran.

Situasinya ketika itu sangat teruk, di mana setiap kali beliau ke restoran untuk menjual produk tersebut semua akan di REJECT.

Sehinggalah satu hari beliau berjumpa dengan pemilik sebuah restoran Hamburger iaitu McDonalds yang terletak di Southern California.

Pertama kali beliau sampai di restoran ini, kelihatan pelanggan beratur sangat panjang dan beliau turut sama beratur dan terfikir -- pasti pesanan beliau akan dapat lewat.

Namun, yang beliau tidak sedar, konsep restoran itu adalah fast food. Maka, burger sudah di masak awal dan pelanggan tidak perlu menunggu lama.

Beliau sangat tertarik dengan konsep yang di ketengahkan, lalu berjumpa dengan pemilik Restoran McD tersebut iaitu Mac dan Dick McDonalds -- adik beradik yang menjalankan perniagaan ini.

Ray mempelawa mereka untuk dinner dan sangat teruja mahu mengetahui bagaimana mereka dapat membuatkan burger tersebut di masak dengan cepat dan pelanggan boleh menerima pesanan mereka dengan cepat.

SISTEM dan SOP

Pasangan adik beradik ini menceritakan bagaimana mereka membina floor plan (bahagian operasi) dan membuat training secara Role Play kepada semua staff.

Mereka lakarkan floor plan -- kedudukan setiap point gerak kerja di atas sebuah court. (Rujuk pada gambar) dan setiap staff yang bertugas harus melakonkan cara bagaimana sesuatu tugasan itu dapat di selesaikan.

Setelah 3kali perubahan, dan 6 jam training, satu flow yang efektif diperolehi.

Mereka menggunakan separuh mesin dan separuh manual dengan bantuan SOP yang tersusun.

Antara SOP penting -- pelanggan akan dapat burger mereka dalam masa kurang 1 minit.

Ray Kroc sangat teruja dengan cerita mereka dan mula memberi cadangan iaitu -- restoran mereka harus di francaiskan.

Setelah beberapa siri perbincangan, pasangan adik beradik tersebut bersetuju untuk bekerjasama dengan Ray Kroc dengan menandatangani satu perjanjian.

Dan di sinilah bermulanya pengembangan bisnes McD berlaku di bawah Ray Kroc.

-----------------
Apabila menonton cerita ini, banyak persamaan dengan nota-nota bisnes yang di baca dan diimplemenkan.

Iaitu -----

✔ Apabila berbisnes, cari partner yang tahu mengenai bisnes, bukan membuat produk. Ray Kroc tidak pandai membuat burger walau sebiji

✔ Apabila berbisnes, cari partner yang tahu bagaimana mahu mengembangkan bisnes.

✔ Apabila berbisnes dan mahu mengembangkan bisnes tersebut, ia tiada kaitan dengan emosi. (Dalam cerita ini ada di paparkan bagaimana pasangan adik beradik tersebut sangat emosi apabila Ray Kroc banyak membuat keputusan yang mereka tidak setuju akibat banyak elemen emosi terbabit)

✔ Apabila berbisnes, delegate task yang kita tidak mampu lakukan kepada orang lain. Ray Kroc tidak berupaya untuk memantau kualiti restoran franchise yang lain, maka beliau lantik seorang Pengurus bagi memantau kualiti produk setiap restoran francgise tersebut.

✔ Yang paling utama, McD bukan mendapat keuntungan dari menjual hamburger. Ada satu babak di mana , Ray Kroc tidak dapat langsaikan hutangnya akibat beliau bergantung kepada royalti 1.4% dari penjualan burger, di mana ada restoran yang tidak mencapai revenue yang sepatutnya.

✔ McD membuat duit dari sewaan tanah di mana Restoran McD di bina dan Franchisee harus membayar sewaan tersebut kepada McD. Ray Kroc di nasihatkan oleh seseorang yang beliau terjumpa di bank ketika mahu nego tentang loan yang tertunggak

👉 McD tidak boleh buat duit dengan hanya mendapat royalti dari penjualan burger.

👉 McD sebenarnya menjalankan bisnes real estate

👉 Di sini lah untung sebenar mcd yang membolehkannya berkembang

Overall, cerita ini sesuai di tonton oleh pemilik-pemilik bisnes yang mahu mengembangkan bisnes.

Selamat menonton.

ABANG PEMIMPIN UTAMA KOREA UTARA TERBUNUH, PUNCA SIKAP PENGOTOR RAKYAT MALAYSIA

Berita tergempar 14 Feb 2017, abang sulung pemimpin utama Korea Utara di dakwa terbunuh di KLIA oleh 2 agent perisik wanita korea utara.


Perkara ini telah tular di dalam laman twitter dimana kebanyakan tweet mengatakan abang sulung tersebut dibunuh manakala berbeza dengan tweet dari korea utara yang menyatakan si mati terbunuh disebabkan keracunan makanan kerana sikap pengotor rakyat Malaysia.


Kim Jong-nam was the eldest son of Kim Jong-il, former leader of the Democratic People's Republic of Korea. From roughly 1994 to 2001, he was widely considered to be the heir apparent to his father and the next leader of North Korea. Wikipedia

KENALI SI BURUNG PURPLE YANG GILAKAN MUSIK ROCK


Minggu ini page facebook di Malaysia telah tular sejenis meme berbentuk seekor burung merpati bermata besar yang membuat aksi head banging yang bernama Trash Dove.

Siapakah pencipta burung rock ini? Bila dicipta? Bagaimana popular? Berikut adalah biodata ringkas Trash Dove meme.

1. Direka cipta oleh seorang warga Florida bernama Syd Weller.

2. Dilahirkan pada 31 Januari 2017.

3. Mula menjadi tular pada 7 Februari 2017 oleh warga Thailand yang menggunakan burung tersebut dalam video musik rock.

4. Kemudian terus tular keseluruh dunia

6 BULAN BERKAHWIN MASIH TIADA TANDA HAMIL, INI JAWAPANNYA UNTUK WANITA DILUAR SANA

Aku nak beri sedikit motivasi buat isteri² di luar sana yg masih belum mengandung setelah bernikah buat berberapa ketika. Memang awal pernikahan, kita mengharapkan sgt² kehadiran zuriat. Kita akan lalui fasa menunggu agar tak datang period pada setiap bulan yg berlalu. Tapi setelah 6 bulan kawen, tak ada lagi tanda² akan mengandung, malah period datang macam biasa je, macam tak bersalah pulak ye?

Lepas tu kita pun start rasa tertekan, eh bila la nak mengandung ni. Org lain elok je bunting pelamin segala, ada yg lps pantang terus hamil lagi. Mudahnya, MashaaAllah. Kengkawan pulak jenis yg tahu je mengandung, terus update pregnancy test kit tunjuk pada semua, lepas tu tak habis cerita pasal muntah, mual, muak loya setiap pagi. Penuh newsfeed dgn cerita mereka.

Buat wanita/ isteri yg mengharapkan kehamilan, bersabarlah. Aku nak kamu semua buka mata, lapangkan perasaan dan fikir kenapa belum lagi buat masa ini direzekikan anak² buat kita.

Aku lihat ramai sebenarnya, yg boleh mudah mengandung, anak sampai 2 atau 3, tapi suami tak sayang. Kena cerai, kena tipu, malah diabaikan oleh pasangan. Mereka mudah ada anak, malah bukan seorang, tapi suami tak sayang. Kena tinggal pulak tu pun ada.

Sekarang fikir, kita yg lambat mengandung ni ada je suami siang malam dengan kita. Sayangkan kita walau takde zuriat bersama, masih bersungguh² ambil berat, dan tak curang pun dibelakang kita. Jadi, suami ini adalah suatu nikmat. Maka nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan?

Kita suka sgt letak anak sebagai titik fokus kebahagiaan. Memang tak dinafikan, anak ini buat ibu ayah gembira bahagia sbb mereka adalah cahaya mata. Tapi kita cepat sgt lupa, Allah blh beri bahagia dengan pelbagai lagi cara sbnrnya. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah buat kita

Jangan tertekan sgt bila tak ada anak lagi. Kita kira anak² ni akan sentiasa buat kita gembira. Tapi kita tak tahu betapa besar amanah yg kita kena pikul. Lepas ada anak, bukan sahaja nak kena jaga kebajikannya dan membesarkan dia, kita kena didik dia dgn agama. Mampukah kita sbnrnya?

Kita rasa kita dah sediakan kewangan yg mencukupi jadi sepatutnya kita layak ada anak sendiri. Tapi Allah lebih tahu akan apa yg kita perlukan dalam hidup ini. Allah nak kita guna rezeki utk bahagian yg lain dulu sblm diberi kepada anak. Sebab tu, ramai pasangan yg hidup gembira dpt pergi bercuti ke sana sini. Sekarang fikir, kita rasa seronok dapat duduk rumah jaga anak, tapi ada sahaja yg akhirnya bosan sebab asyik kena duduk rumah jaga anak. Sementara Allah beri rezeki dan peluang nak travel saja sini, nikmati dan syukurilah. Sebab bila dah ada anak nnt takut kita sibuk di rumah terus tak dapat pegi mana² lagi. Itu barangkali.

Terlalu memikirkan nak ada anak, smp kita lupa ada pasangan yg mudah sgt nak dpt zuriat sampai akhirnya mereka "tak mahu" ada tambahan zuriat. Mula la keluar alasan, belum ready, takde keperluan nak anak ramai dan ekonomi gawat. Mereka pula tak percaya pada ketentuan rezeki. Lepas tu sibuk pasang implan, ikat rahim, makan pil perancang dan bersusah payah la sedaya upaya agar takde janin dalam rahim mereka. Hidup asyik memikirkan eh tak suka la nak mengandung, alah lecehlah mengandung,ala "eksiden" pula, ala kenapa cepat sgt mengandung, penat la tak larat la.. Merungut sahaja!

Allah mahu beri atau belum memberi, itu atas kehendak dan kekuasaanNya. Kita tak perlu banyak mempersoalkan apa yg Allah swt dah rancangkan buat kita. Kadang kita lihat, dah kawen bertahun² takde anak, rupanya ada takdir lain yg mendatang, suami pula bermasalah. Itu tandanya Allah swt tak mahu membebankan kita. Kita kira anak itu satu²nya pengikat kasih sayang suami. Ada terlalu ramai jangan sampai kita jadi tak terurus diri. Suami kalau ikhlas syg, takde anak pun dia akan sayang sampai mati. Aku pernah dengar, anak dah 7 org tapi masih curang pada isteri!

Hidup ini perlu banyak belajar utk mensyukuri segala nikmat yang diberi. Setiap hari ucap Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab bagi pelbagai nikmat tak terhitung banyaknya. Terlalu runsing nak ada anak, jangan buat diri alpa bahawa Allah itu merancang dgn cintaNya. Apa yang kita tak dapat di dunia, bakal disediakan nikmat yg lebih besar di akhirat sana. Kata kuncinya, sabar. InshaaAllah

#Copypaste

TIDAK MENOREH GETAH, HANYA MAMPU MAKAN IKAN BURUK UNTUK TERUS HIDUP

BERDERAI AIR MATA
Pagi tu Arif, isteri dan anaknya ke pelantar ikan. Si isteri minta udang segar. Arif beli udang 2 kilo RM70.

Di tepi mereka ada sorang pakcik tu ambil ikan yang agak berbau, kami panggil ikan baja.

Pakcik itu bayar RM2. Anak Arif (Iqram) cakap, pakcik hendak bagi makan kucing ke?
Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau.

Pakcik itu terus gosok kepala anak Arif (Iqram) sambil berkata “anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.

Arif tergaman, lalu mintak maaf sangat-sangat dgn pakcik tu. Orang2 di pelantar ikan semua terdiam. Iqram terus nangis, Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing.

Terus Arif beli ketam dan udang dekat pakcik itu. Berat juga pakcik tu mau ambil tapi bila lihat Iqram nangis.. dia gosok kepala Iqram lagi, ucap terima kasih.

Malam tu bila isteri hidangkan ikan masak steam dan udang goreng, terus airmata Arif berderai, emak makan apa dekat kampung malam ini?

Sewaktu Arif kecil dulu, beliau juga lalui perkara yang sama, emak kutip ikan yang tidak sesuai buat keropok di dalam tong ikan untuk lauk nasi kami sekeluarga.

Hari ini Allah swt ingatkan Arif lagi dari mana Arif datang. Sebenarnya kesusahan itu nikmat, merasai kesukaran orang lain untuk survival hidup setelah kita mendapat lebihan rezeki Nya.

Di atas rezeki kita ada hak untuk mereka.

Ya Allah ya Rabbku... tetapkanlah hati kami dalam memahami hikmah Mu, jauhkanlah kami dari bangga diri ya Allah.

Ya Allah ya Rabbku . ..jauhi lah kami dr bangga diri

JUAL LAKSA DAN AIS KACANG RM1, RUPANYA KENAIKAN HARGA BARANG HANYA ALASAN PENIAGA NAIKKAN HARGA JUALAN

NIBONG TEBAL: Sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang penduduk di Kampung Sungai Buaya dekat Taman Rekreasi Bukit Panchor di sini popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat kerana beberapa jenis makanannya dijual pada harga RM1 semangkuk.

Laksa dan hidangan berkuah lain, ais kacang dan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang terdapat pada menu dan berharga RM1 itu hanya boleh diperolehi pelanggan apabila mereka berkunjung di Kedai Kak Na.

Makanan tersebut dihidangkan seperti biasa, tanpa bahan-bahannya dikurangkan.

Pemilik gerai, Mazlina Md Hashim, 32, berkata terdapat pelanggan yang memesan dua atau tiga mangkuk makanan untuk memenuhi selera mereka.

Mazlina berkata dia tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana dia hanya mahu mendapat sedikit keuntungan daripada perniagaannya.

"Ramai pelanggan tanya saya kenapa saya jual makanan murah sangat ketika harga bahan-bahan mahal harganya.

"Jawapan saya sentiasa sama 'supaya semua orang mampu'.

"Jika harga makanan murah, lebih banyak pelanggan akan datang. Jika mereka gembira, saya juga gembira," katanya ketika ditemui di kedainya, Sabtu.

Mazlina berkata, dia berhenti kerja di kilang sembilan tahun lalu sebelum mengambil alih perniagaan ini daripada ibunya.

Gerainya, yang dibuka dari tengah hari hingga 3 petang kecuali hari Selasa dapat menarik ramai pelanggan, khususnya pelajar dari dua kolej berdekatan.

Terdapat juga lain-lain jenis makanan yang dijual dengan harga yang lebih mahal.

Antara pelanggan tetapnya adalah seorang pekerja kilang, Osman Mat Nayan, 29, yang datang untuk makan tengah hari dengan sekumpulan rakan-rakannya selepas bermain badminton.

"Kami datang ke sini setiap kali selepas perlawanan badminton mingguan. Makanannya bukan sahaja murah, malah sangat memuaskan. Kadang-kadang kami rasa harganya terlalu murah dibandingkan dengan hidangannya yang banyak.

"Sebagai contoh, ais kacangnya yang besar banyak bahan-bahan," katanya.

JUAL LAKSA DAN AIS KACANG RM1, RUPANYA KENAIKAN HARGA BARANG HANYA ALASAN PENIAGA NAIKKAN HARGA JUALAN

NIBONG TEBAL: Sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang penduduk di Kampung Sungai Buaya dekat Taman Rekreasi Bukit Panchor di sini popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat kerana beberapa jenis makanannya dijual pada harga RM1 semangkuk.

Laksa dan hidangan berkuah lain, ais kacang dan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang terdapat pada menu dan berharga RM1 itu hanya boleh diperolehi pelanggan apabila mereka berkunjung di Kedai Kak Na.

Makanan tersebut dihidangkan seperti biasa, tanpa bahan-bahannya dikurangkan.

Pemilik gerai, Mazlina Md Hashim, 32, berkata terdapat pelanggan yang memesan dua atau tiga mangkuk makanan untuk memenuhi selera mereka.

Mazlina berkata dia tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana dia hanya mahu mendapat sedikit keuntungan daripada perniagaannya.

"Ramai pelanggan tanya saya kenapa saya jual makanan murah sangat ketika harga bahan-bahan mahal harganya.

"Jawapan saya sentiasa sama 'supaya semua orang mampu'.

"Jika harga makanan murah, lebih banyak pelanggan akan datang. Jika mereka gembira, saya juga gembira," katanya ketika ditemui di kedainya, Sabtu.

Mazlina berkata, dia berhenti kerja di kilang sembilan tahun lalu sebelum mengambil alih perniagaan ini daripada ibunya.

Gerainya, yang dibuka dari tengah hari hingga 3 petang kecuali hari Selasa dapat menarik ramai pelanggan, khususnya pelajar dari dua kolej berdekatan.

Terdapat juga lain-lain jenis makanan yang dijual dengan harga yang lebih mahal.

Antara pelanggan tetapnya adalah seorang pekerja kilang, Osman Mat Nayan, 29, yang datang untuk makan tengah hari dengan sekumpulan rakan-rakannya selepas bermain badminton.

"Kami datang ke sini setiap kali selepas perlawanan badminton mingguan. Makanannya bukan sahaja murah, malah sangat memuaskan. Kadang-kadang kami rasa harganya terlalu murah dibandingkan dengan hidangannya yang banyak.

"Sebagai contoh, ais kacangnya yang besar banyak bahan-bahan," katanya.

PELUANG MILIKI RUMAH DI KUALA LUMPUR SERENDAH RM200,000 SAHAJA, MOHON SEGERA

RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH PERSEKUTUAN (RUMAWIP)


Kementerian Wilayah Persekutuan sedang dalam proses membangunkan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam menikmati kediaman sendiri yang lebih selesa.

PERMOHONAN TELAH DIBUKA!!!!
- Warganegara berumur 21 tahun keatas
- Menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan


Maklumat Lanjut Sila Layari DISINI :

LIKE PAGE :

#WilayahMedia
#Rumawip
#KualaLumpur

PELUANG MILIKI RUMAH DI KUALA LUMPUR SERENDAH RM200,000 SAHAJA, MOHON SEGERA

RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH PERSEKUTUAN (RUMAWIP)

Kementerian Wilayah Persekutuan sedang dalam proses membangunkan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam menikmati kediaman sendiri yang lebih selesa.


PERMOHONAN TELAH DIBUKA!!!!
- Warganegara berumur 21 tahun keatas
- Menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan


Maklumat Lanjut Sila Layari DISINI

LIKE PAGE KAMI

#WilayahMedia
#Rumawip
#KualaLumpur

RUPANYA GUNA KAD PETRON LEBIH JIMAT DARI KAD LOYATLY LAIN, INI PERBEZAANNYA.

Kali ni saya buat perbandingan kelebihan kad-kad loyalty petrol dari segi penebusan petrol.

1. Caltex: Kad Journey

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

2. Petronas: Kad Mesra

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

3. BHPetrol: BHPetrol eCard

RM1 petrol = 1 point
550 points = RM5 petrol percuma
3000 points = RM27.27 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.28/liter

4. Shell: Kad Bonuslink

1 liter petrol = 1 point
1000 points = RM10 petrol percuma
3000 points = RM30 petrol percuma
Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM6,900
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.29/liter

5. Petron: Kad P-Miles

RM1 petrol = 1 point
950 points = RM10 petrol percuma
1600 points = RM20 petrol percuma
3000 points = RM45 petrol percuma

Untuk mendapatkan 3000 points, kamu perlu beli petrol RM3,000
Sekiranya 3000 points ni ditebus, harga sebenar petrol yg dibayar adalah RM2.27/liter

Berdasarkan pengiraan ni, kad petrol yg paling menguntungkan mengikut turutan (Harga semasa RON95 = RM2.30) :

1. Petron: Kad P-Miles (RM2.27/liter)
2. BHPetrol: BHPetrol eCard (RM2.28/liter)
3. Caltex: Kad Journey (RM2.29/liter)
3. Petronas: Kad Mesra (RM2.29/liter)
3. Shell: Kad Bonuslink (RM2.29/liter)

Utk org mcm saya yg menggunakan 90.5 L petrol sebulan (perjalanan 60km sehari, hanya mengambilkira hari bekerja) , berikut adalah jumlah petrol yang dapat dijimatkan:

1. Petron: RM2.71
2. BHPetrol: RM1.81
3. Caltex, Petronas & Shell: RM0.90
4. Tanpa sebarang kad royalti petrol: Tiada penjimatan

Nota kaki:

1. Semua pengiraan berdasarkan penggunaan RON95 pada harga semasa RM2.30/liter
2. Contoh pengiraan utk dapatkan nilai sebenar yg dibayar utk per liter petrol:
Caltex
3000 L = RM6900 - RM30
1 L = RM?
1÷3000 × (6900-30) = RM2.29/L
Petron
1304 L = RM3000 - RM45
1 L = RM?
1÷1304 x (3000-45) = RM2.27/L

INGIN MEMILIKI TELEFON ASUS 3 SECARA PERCUMA, SERTAI SEKARANG DARIPADA ASUS MALAYSIA

Tags
The Storm is finally here! Join the contest and stand a chance to win a #ZenFone3Max everyday for the next 38 days! Watch this space! #TakHabisHabis

Ribut akhirnya telah melanda! Sertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi sebuah #ZenFone3Max setiap hari sepanjang 38 hari! Perhatikan ruangan ini! #TakHabisHabis

Cara menyertai seperti dibawah.

Kindly read our Terms & Conditions here. Sila baca Terma & Syarat di sini: Syarat Pertandingan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...