CARA TERBARU KAKI SKODENG/MENGINTIP PEREMPUAN DI TOILET PETRONAS SUNGAI PETANI.

Group facebook Warga Sungai Petani Kedah telah digemparkan dengan kes kaki skodeng di dalam tandas perempuan. Tandas tersebut dikatakan di premis Stesen Minyak Petronas Nasmin.

Modus operandi kaki skodeng tersebut adalah dengan meletakkan skeping cermin yang diselit dicelah siling tandas. Seperti dalam bulatan merah dalam gambar diatas.

Walaupun cermin tersebut kecil, sikaki skodeng tetap boleh melihat mangsa sedang melepas hajat dari pandangan atas.
Bagi kaki skodeng, samada kecil atau besar yang paling penting adalah untuk memuaskan nafsu pelik mereka.

Sehubungan itu, diharap warga perempuan mahupun lelaki, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu toilet awam sebelum anda mula membuka seluar untuk melepaskan hajat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...