BERGADUH KERANA MELINDUNGI SENAPANG ANGIN DAN 17 PELURU HIDUP


OPS SARANG NARKOTIK DI BERGOSONG DAN PULAU SEBATIK

Tawau, 17 Mac 2017 - Sepasang suami isteri antara ditahan memiliki dadah oleh sepasukan polis semasa Ops Sarang di sekitar Wallace Bay dan Bergosong. Ops tersebut yang melibatkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dibantu Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA)Tawau bermula jam 4.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang 15 Mac lepas.


Dalam serbuan yang dijalankan di salah sebuah rumah di Kampung Pendekar Bergosong, suami isteri tersebut berada di ruang tamu sebelum ditahan pihak polis. Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah pihak polis menemukan sepaket kecil dadah.

Dalam serbuan lain di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mentadak Baru, seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun bertindak agresif apabila menyedari kehadiran polis di rumahnya. Pihak polis terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek polis menemukan 2 paket dadah berlainan saiz sekurang-kurangnya seberat 5.1 gram di dalam satu bungkusan lutsinar.


Selain daripada itu, pihak polis turut menemukan selaras senapang patah buatan sendiri, selaras senapang angin dan satu bungkusan plastik hitam mengandungi 17 biji peluru hidup jenis Bore 12.

Suspek-suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tanpa permit.

#KeArahTawauSejahtera

Sumber FB IPD Tawau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...