ISTERI JANGAN BERSIKAP BEGINI, JIKA INGIN PERNIAGAAN SUAMI TERUS MAJU TANPA KEGAGALAN


Benda paling suami terlepas pandang. HUTANG NAFKAH.

Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa? Hati kusut..

Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.

Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu? Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati, kedua sebab nak elakkan pergaduhan.


Kahwin tahu nak menggatal je tapi part nafkah wat tahu tak tahu. Banyak yang suami2 terlepas pandang sebenarnya.. Macamna nak berkat rumah tangga kalau hati isteri tak redha perlakuan suami tu..

JANGAN KEDEKUT dengan isteri.. perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak??

Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri.. Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia? Keluh kesah dia?

Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu kerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat.

Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?


Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin....

Sumber Facebook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...