JANGAN KERANA DIA, KAMU YANG NORMAL MENGHINA WARGA OKU. DIMANA LETAKNYA AKAL NORMAL KAMU!!!!

BLogTips

Bukan dia meminta untuk menjadi begitu, tiada siapa yang ingin menjadi ORANG KURANG UPAYA (OKU). Dalam menyatakan ketidakpuasan hati dan amarah kamu, jangan sampai menghina warga OKU yang lain. Dia seorang yang tidak bernasib baik dilahirkan didunia tidak sesempurna kamu, wajarkah kamu melayan dia sebegini?

Viral di media sosial dengan status yang menyindir dan mengejek warga OKU seperti "nak buuh orang, ambil dadah, pandu lawan arus, kamu selamat". "Best nya jadi OKU, lesen besar, kat mana nak daftar jadi OKU". Status begini amat menghina warga OKU yang lain. Dimana akal waras kamu berfikir?

Lihat gambar dibawah, jika seorang yang normal, adakah dia boleh setenang ini? Dia kelihatan amat blur, adakah kamu rasa dia sedang berlakon? Dia memang OKU. Sewajarnya memaafkan adalah lebih baik dari mengkritik mengutuk dia.


Maklumat tambahan bagi manusia normal yang tidak tahu apa itu OKU. Siapa itu OKU, Mengapa mereka OKU.

KATEGORI OKUTerdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut :

(i) Kurang Upaya Pendengaran

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.  Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu :Minimun 15 - < 30 dB (Kanak-Kanak) 20 - < 30 dB (Dewasa)Sederhana 30 - < 60 dBTeruk (severe) 60 - < 90 dB
Sangat teruk (
Sangat teruk (Sangat teruk (Sangat teruk (Sangat teruk (profound) > 90 dB

(ii) Kurang Upaya Penglihatan

Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh. Terdapat dua tahap kurang upaya penglihatan seperti berikut :-

Terhad Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan ataU lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.Buta Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation

(iii) Kurang Upaya Pertuturan

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

(iv) Kurang Upaya Fizikal

Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi tubuh badan. Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.
Contoh ketidakupayaan fizikal:

(a) Limb defectc (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.
(b) Spinal Cord Injury [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan](c) Stroke [Hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan](d) Traumatic Brain Injury(e) Kerdil (Achondroplasia) iaitu<142 cm bagi lelaki dan;<138 cm bagi wanita(f)Cerebral Palsy

(v) Masalah Pembelajaran

Masalah kecerdasa otak yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down, dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).

(vi) Kurang Upaya Mental

Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.

(vii) Pelbagai (Multiple Disabilities)

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)-mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.