NASI LEMAK UDANG GALAH TERBAIK YANG PATUT DICUBA -WHERE TO EAT-


TOLONG VIRALKAN !!! KISAH NASI LEMAK UDANG GALAH MAHARAJA DI RESTORAN RAMBO STATION , BANDAR BARU BANGI!!

Macam ni ceritanya , satu hari tu aku pergi la ke page RESTORAN RAMBO STATION ni. Kedai yang kat kat tepi jalan sebelah kiri kalau dari PKNS BANGI menghala ke Jalan Reko. Ada Deretan butik butik kedai dia kat tengah tengah antara Klinik Mediviron (Dr Halim ) dan Farmasi An Najah.

Aku ni memang giler nasi lemak dan pencinta udang galah ni. Jadi aku memang sentiasa nak cuba .

Satu hari tu aku nampak iklan dia kat kat FB pasal promosi baru NASI LEMAK UDANG GALAH MAHARAJA kononnya. Entah apa yang maharaja pun aku tak tahu.Rupa2 nya bila aku tengok komen komen orang .

Rupanya nasi lemak diorang ni memang jadi pilihan kat Bandar Baru Bangi. Yang lagi berasap otak aku!!! Bila baca komen pasal Udang Galah Kari Madu.

Katanya antara makanan signature kat Rambo Station ni. Ada yang komen kata Udang Kari madu ni Masakan udang Galah yang paling Sedap .Pernah diorang makan. Hype Sungguh. Betul ke!!!Tengok gambar Udang Galah Kari Madu tu pun meleleh air liur aku. Eh gilerr aku tengok.

Satu hari tu aku sampai termimpi mimpi gambar udang galah kari madu ni. Tak boleh jadi mesti kena cuba.

Tibalah satu hari tu. Aku pun pergilah kedai tu. Sampai2 jer dgn muka kelaparan tu. Agak ramai orang kat meja luar.Jadi aku masuk dan duduk kat satu meja di bahagian dalam.

Datang seorang lelaki dengan muka yang boleh tahan kacak. Aku Tanya dia Udang Galah Kari Madu ada dik. Ada bang katanya.

Belum sempat aku order. Dia kata ada Promosi Menu Baru. NASI LEMAK UDANG GALAH MAHARAJA. Hhmmmm ,, ini terbaik. Dua dalam satu aku dapat rasa. Aku pun order la satu set . Dengan TEH HIJAU BAPAK RAMBO.

Bapak terkejut aku, tak sampai 15 minit dah siap. Tadi dia kata udang dimasak fresh. Orang order baru Udang diorang masak. Aku pun tak cakap apa la sebab geram sangat tengok udang galah tengah terlentang tepi nasi lemak tu. Perghhh , Tanpa segan silu aku guna tangan jer makan. Senang nak kopek2 Udang Galah tu.

Peeerrrggghhhh . mmg pengalaman yg tk boleh aku lupakan pada suapan pertama udang galah maharaja yang rasanya lain dari lain. Rasa masin , manis , dan sedikit pedas hujung2 cukup rasa,Tak tahu nak explain macam mana. Tapi wajib rasa kalau dah sampai sini . Ditambah dengan nasi lemak wangi ditemani sambal sedikit pedas manis.. Masyallah.. Boleh termimpi mimpii.

Air Teh Hijau Bapak Rambo ni pelik macam monster... buih power boleh makan macam ice cream. Buih dia pun rasa manis. Tapi bukan manis gula. Aku kaut habis makan sampai habis buih dia. Dia siap bagi sudu lagi.Tak puas rasa.

Lepas kenyang makan aku . Aku rasa tak puas makan udang tu. Jadi aku tapau lagi dua ekor satu Udang Galah Kari Madu Seekor lagii Udang Galah Masak Lemak..Rupanya kat sini ada masak lemak malam malam. Ada pilihan Udang dan Ketam . Dah bosan2 asyik makan tomyam thailand. Nak tukar citarasa. Boleh la datang makan Masak lemak pulak kan.

Yang best kt Rambo Station ni. Macam macam. Antaranya

WESTERN, MEE KARI UDANG GALAH, SET SUP TULANG,NASI LEMAK UDANG MAHARAJA. UDANG DAN KETAM KARI MADU , UDANG DAN KETAM MASAK LEMAK. TAK LUPA GORENG GORENG ALA CARTE DAN TOMYAM PUN ADA.

Senang nak datang makan ramai ramai. Banyak pilihan.
Sekarang aku dah jadi pelanggan tetap Nasi Lemak kedai ni. Nasiblah Kedai ni mereka bukak SETIAP HARI dari (JAM 12PM-12AM)

Mintak tolong viralkan hal ini dengan Click Share ke warga BANGI,KAJANG dan SHAH ALAM!!

Supaya anda yang belum pernah rasa Udang Galah Kari Madu tu. Boleh pergi makan kat Restoran ni.

Dijamin akan termimpi mimpi lepas tu. Inshaallah takkan menyesal. Hehehe , boleh tengok alamat kat bawah tu. Sila buat tempahan kalau datang nak terus makan. Tak payah pandang kiri kanan. Datang jer dah siap semua.

RESTORAN RAMBO STATIONS
NO. 53 , JALAN 8/35,
SEKSYEN 8, SERI BANGI.
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR.
Untuk tempahan : 012 3532483
Waze atau Google map " Rambo Station". Pasti sampai kesana.
============================================================
Waktu Operasi : + Bermula Jam 12 pagi hingga jam 12 pagi setiap hari
kecuali hari jumaat, bermula pada jam 4 petang hingga 12 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...