18 Mac, 2017

RESEPI BUBUR NASI BERSAMBAL IKAN BILIS MAMPU MENJANA INCOME PENIAGA KECIL


Bubur nasi bersambal untuk selera anak gadis yang tengah demam. Yang tak demam pun tumpang makan bermangkuk2 juga...membuka selera sungguh makan macam ni. Slurpp slurppp tak sedar habis semangkuk, tambah lagi..habis lagi๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜‚

Ikan bilis dan udang kering. Goreng ikan bilis dahulu, dah separuh garing baru masukkan udang kering yang dah direndam dalam 15min. Rendam sebab nak bagi kembang dan lembut.


Cabai masak, cabai kecil, bawang besar, bawang putih, belacan dikisar kasar.

Tumis bahan2 tumis mcm biasa, dah garing masukkan gula, garam dan air limau. Rasa secukup rasa. Tak perlu masukkan air sebab ni versi sambal kering yang sesuai dimakan dengan bubur nasi.

Bubur nasi dimasak seperti biasa, masukkan halia dan garam. Saya tambah daging dalam bubur tu..rasa lemak berkrim gitu๐Ÿ˜†
Nak makan tabur la daun bawang dan bawang goreng. Bawang goreng tu buat la sendiri, lagi sedap dari yang beli kan..


Cuba la buat..confirm bertambah 3x ๐Ÿ˜‹

resepi ini telah diambil dari fb ‎Amy Aziz Mohamed‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)