RESEPI SARDIN ROLL SEJUK BEKU UNTUK BISNES KECIL DARI RUMAH


Bismillah. Production 2 untuk 8 Mac 2017 : #sardinroll

Buat bebyk boleh simpan. Petang-petang anak selalu mencari kuih. Senang sket bila ada stok.
Best pula buat. Rasa mcm nak buat lagi dan lagi.
P/s : Maap sblm salah faham. Yg masuk dlm oven tu utk stok frozen ye. Hehe..nak makan boleh goreng later... :-)

**RESEPI SARDIN ROLL

Hasil : lebih kurang 48 biji
Pastry
4 cawan tepung
1sdm tpg beras
2sdm tpg jagung
2 sdk gula
1sdk garam
*campur semua

1/4 cawan myk
2 sdm penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit

Air (tambah sehingga terbentuk doh)

-tuang myk panas ke dalam tepung. Gaul sampai jd serbuk.
-tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh.
-Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna(wajib tok guru kata :-) ).
-Tutup doh dgn kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jd lembut..masa ni uli dlm seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-).
-Buat doh kecik bulat saiz yang diigini.
-Buat bentu bulat bujur seperti buah "pear"
-canaikan seperti bentuk dlm gambar.
-utk bhgn hujung yg tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Is akan melekat.

*(optional tip)boleh tambah 1sdm shortening utk efek ranggup. Tambah dlm aduanan atau masa menggoreng ;-)

Inti
1 tin besar sardin
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2sdm cili giling-optional
-gula garam
-perahan limau nipis

-tumis bwg putih, bwg besar, cili padi/besar dgn 1 sdm minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sket je...nnt berminyak ssh nak handle)
-tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing
-masukkan sardin. Pecah2kan.
-tambah garam gula dan akhir sekali perah limau.
-Masak sampai kering.

::::::》》》utk frozenkan saya bakar sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tp lbh pantas bakar dlm oven**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...