RESEPI TAKOYAKI YANG MUDAH DAH SEDAP

Tags

Resipi Takoyaki Paling Mudah & Sedap

Bahan-bahan Asas:

250 gram tepung takoyaki
(kalau guna tepung gandum, tambah sedikit garam dan air rebusan kek ikan)
2 biji telur
700 ml air


Bahan-bahan Isi:

Tako (sotong) - direbus dan dipotong kecil
Kubis - dicincang halus
Daun bawang - dipotong halus

Bahan-bahan Topping:

Mayonis
Sos okonomiyaki/Worcestershire
Katsuobushi/kek ikan
Serbuk nori halus


Cara-cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan-bahan.
2. Kacau sebati sehingga bancuhan tidak berketul.
3. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan sedikit minyak.
4. Tuangkan bancuhan tepung ke dalam acuan (separuh acuan).
5. Masukkan bahan-bahan isi ke dalam tepung.
6. Tuangkan lagi adunan tepung hingga menutupi isi.
7. Tunggu sehingga bahagian bawah keras sedikit kemudian balik-balikkan sehingga menjadi bulat dan keperangan-perangan dengan lidi.
8. Taburkan kek ikan, sos okonomiyaki, mayonis dan serbuk nori.

Kredit: [Kongsi Resepi www.kongsiresepi.com]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...