27 Mac, 2017

RESEPI TOMYAM PUTIH ALA THAI SEDAP DAN MUDAH

RESEPI TOMYAM PUTIH! SEDAP DAN MUDAH!

Resepi tomyam kali ketiga dari vov ni berbeza lagi, kali ni tomyam putih! Nampak cair tp sedap! Try la.. Share cpt!!

BAHAN-BAHAN:

Isi:
10 ekor udang
10gm sotong
10gm isi ikan
10gm isi kupang
20gm ketam
*Boleh juga tukar dengan ayam

1 ulas bawang merah | dihiris halus
2sm lengkuas | dihiris halus
2 tangkai cili padi | diketuk
1 batang serai | diketuk
2 helai daun limau purut
1 biji tomato | dipotong wedges
5 helai daun selasih
2 sudu teh air limau nipis
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh stok ayam
1 sudu teh gula
300ml air
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:

1. Di dalam periuk, masukkan air bersama bawang merah, daun limau, cili padi, serai, lengkuas, daun selasih, air limau nipis, sos ikan dan stok ayam.

2. Masak sehingga mendidih.

3. Setelah itu, masukkan udang, sotong, isi ikan, kupang dan ketam.

4. Biarkan beberapa minit hingga masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Hidangkan dan sedia dinikmati.