Resepi Ayam Goreng Hot Spicy KFC

firaz
0
AYAM GORENG KFC (HOT SPICY)


Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam)
√ 1 ekor ayam potong
√ 7 ulas bawang putih tumbuk
√ 3 sudu besar serbuk cili
√ 1 sudu serbuk kari ayam
√ 3 sudu serbuk pasti sedap
√ sedikit soda bikarbonat
√ sedikit garam
√ sedikit air

Bahan-bahan : (Tepung Salut)
√ 2 cawan tepung jagung
√ 3 cawan tepung ubi
√ 1/2 cawan tepung gandum
√ 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
√ sedikit garam
√ sedikit serbuk lada hitam
√ sedikit serbuk lada putih
√ sedikit serbuk bawang putih
√ sedikit serbuk five spice
√ sedikit serbuk oregano
√ sedikit serbuk thyme
√ sedikit soda bikarbonat
√ 1biji telur

Cara-cara:

1. Perap ayam 1-2 jam dengan bahan-bahan perapan tadi.

2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut.

3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.

4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut.

5. Goreng ayam dalam periuk, biar ayam tenggelam dalam minyak yang panas dalam 15 minit sehingga masak.

Note : Pastikan api dapur tidaklah terlalu besar untuk mengelakkan minyak masak tersebut menjadi hitam.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)