RESEPI AYAM MASAK HITAM MERAH SWEET SOUR

Tags

Ayam Masak Hitam

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari


1 biji tomato 🍅 potong potong suka hati(buat hiasan)
1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)
kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang)
Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)

Cara Memasak Ayam Masak Hitam

#1:kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia

#2: ayam potong sederhana gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak

#3: panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar no#1 biar sehingga pecah minyak.

#4: masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih.

#5: masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan.

Daging pon sedap masak macam ni 😋😋😋

resepi ini telah diambil dari fb ‎Nana Azuwan‎ melalui perkongsian ke group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...