RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA ALA KELANTAN

RESEPI IKAN MASAK 3 RASA

Bahan-bahan A:
● 1 ekor ikan siakap ataupun bawal (dibersihkan dan dikelar)
● 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan)

● 3 biji bawang merah
● 1 labu bawang besar (dihiris)
● 2 ulas bawang putih (dihiris)
● 2 inci cili merah (dihiris)
● 2 biji cili merah (dihiris)
● Minyak (Bagi menggoreng ikan)
.
Bahan-bahan B: (untuk sos)
● 3 sudu makan sos tomato
● 3 sudu makan sos cili
● 3 sudu makan air
● 1 sudu teh gula
.
Bahan-bahan C: (Sebagai hiasan)
● 1 pokok daun bawang (dihiris)
● 1 biji cili merah (dihiris)
● 2 biji tomato (dipotong 4)
.
Cara-cara:
1. sapukan tepung jagung di sekeliling ikan.
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6. Curahkan kuah sos di atas ikan.
7. Hiaskan dengan bahan C.
Selamat mencuba :D

LIKE & SHARE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...