RESEPI KERABU PUCUK PAKU MASAM MANIS

Geram jumpa kerang fresh dan sado pagi tadi...terus buat Kerabu Pucuk Paku dengan Tauge....penambat selera lunch hari ni....ratah pun sodap...secukup rasa pedas, masin, manis, masam dengan aroma kerisik dan limau kasturi....yummeh....😁


Bahan Heronya :
Pucuk Paku
Tauge
Kerang rebus

Bahan Heroinnya :
Bawang Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
Cili Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian)
Cili Padi
Belacan Bakar
Ikan Bilis
Perahan Limau Kasturi
2 sdb kerisik
Garam & Gula Secukup Rasa

Cara Menggabungkan Hero & Heroinnya :
1- Tumbuk Bawang, Belacan dan Ikan Bilis hingga lumat.
2- Hiris bawang dan cili merah.
3- Celur Pucuk Paku dan Tauge.
4- Campur kesemuanya. Tambah kerisik dan perasakan secukupnya. Yummeh...sedap bag hang..

kredit resepi kepada ‎Suzie Saufi‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...